AiDiLfiTri DaTanG LagI
Assalamu’alaikum wrh wbt...

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua sahabat dan kenalan yang mengenali diri ini, tidak lupa buat mereka yang pernah melawawat blog ini serta mereka yang sudi membaca dan memberi komen yang membina untuk ana terus berada dalam alam maya penuh dugaan dan cabaran ini. Ampun maaf dipinta andai segala perlakuan dan perbuatan ana yang membuat antum semua tersinggung, almaklumlah kerana kekerdilan diri ini yang banyak membuat dosa.

Sambutan raya kali ini agak lain daripada tahun-tahun sebelum ini apabila ketiadaan insan yang disayangi, datuk ana setelah beliau pergi menyahut seruan ILLAHI hujung tahun lepas. Jadinya, inilah pertama kali menyambut Syawal tanpa datuk di sisi.

Meskipun ketiadaan mereka yang tercinta, hidup ini mestilah diteruskan. Tradisi berduka dan bersedih-sedihan ketika datangnya Syawal bukanlah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam. Sedangkan 1 Syawal merupakan hari di mana kita meraikan kemenangan setelah satu bulan berjaya bermujahadah melawan nafsu serakah. Buat mereka yang masih gagal dalam merubah diri sepanjang Ramadhan lalu, janganlah berputus asa kerana hidayah itu datang bukan dalam bulan-bulan tertentu. Apa yang penting, kita berusaha bersama dalam usaha kita mencari hidayah ILLAHI agar kehidupan kita lebih diberkati dan dirahmati.

Salam Aidilfitri daripada ana sekeluarga. Maaf Zahir dan Batin...

Wallahu a’lam
MeRdeKakah KiTa?

Assalamu’alaikum wrh wbt...

Salam kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia. Tahniah kepada semua umumnya kerana berjaya mempertahankan kemerdekaan negara kita selama 52 tahun ini. Semoga kemerdekaan ini kekal hingga ke akhirnya. Amiin...

Apabila orang bercerita tentang kemerdekaan, pasti akan timbul isu berkaitan dengan maksud kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan yang sering diuar-uarkan di media massa serta kemerdekaan yang difahami oleh sebahagian besar muda mudi zaman kini hanyalah berkisah disekeliling ‘kulit’ kemerdekaan itu. ‘Isi’ ataupun main issue berkenaan kemerdekaan ini sering dialpakan oleh ramai pihak.
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN