AiDiLfiTri DaTanG LagI
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Assalamu’alaikum wrh wbt...
Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua sahabat dan kenalan yang mengenali diri ini, tidak lupa buat mereka yang pernah melawawat blog ini serta mereka yang sudi membaca dan memberi komen yang membina untuk ana terus berada dalam alam maya penuh dugaan dan cabaran ini. Ampun maaf dipinta andai segala perlakuan dan perbuatan ana yang membuat antum semua tersinggung, almaklumlah kerana kekerdilan diri ini yang banyak membuat dosa.
Sambutan raya kali ini agak lain daripada tahun-tahun sebelum ini apabila ketiadaan insan yang disayangi, datuk ana setelah beliau pergi menyahut seruan ILLAHI hujung tahun lepas. Jadinya, inilah pertama kali menyambut Syawal tanpa datuk di sisi.
Meskipun ketiadaan mereka yang tercinta, hidup ini mestilah diteruskan. Tradisi berduka dan bersedih-sedihan ketika datangnya Syawal bukanlah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam. Sedangkan 1 Syawal merupakan hari di mana kita meraikan kemenangan setelah satu bulan berjaya bermujahadah melawan nafsu serakah. Buat mereka yang masih gagal dalam merubah diri sepanjang Ramadhan lalu, janganlah berputus asa kerana hidayah itu datang bukan dalam bulan-bulan tertentu. Apa yang penting, kita berusaha bersama dalam usaha kita mencari hidayah ILLAHI agar kehidupan kita lebih diberkati dan dirahmati.
Salam Aidilfitri daripada ana sekeluarga. Maaf Zahir dan Batin...
Wallahu a’lam