Memaparkan catatan dengan label Palestin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Palestin. Papar semua catatan
QuNuT NaZiLaH
Kami berlindung dengan-MU ya ALLAH daripada syaitan yang direjam...

Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Ya ALLAH!
Sesungguhnya kami memohon keampunan MU dari segala dosa dan kesalahan serta kami bertaubat kepada MU. Kami juga beriman dengan MU dan bertawakkal kepada MU. Ya ALLAH! ENGKAUlah TUHAN YANG MAHA KAYA dan kami adalah orang fakir yang berhajat kepada MU.

Ya ALLAH! ENGKAUlah TUHAN YANG MAHA KUAT dan kami adalah orang-orang yang lemah yang mengharapkan bantuan MU.

Ya ALLAH! ENGKAUlah TUHAN YANG MAHA MULIA dan kami adalah orang-orang yang hina yang mengharapkan kemuliaan MU.

Ya ALLAH! Muliakanlah Islam dan kaum muslimin. Ya ALLAH! Bantulah Islam dan kaum muslimin. Ya ALLAH! Bantulah tentera-tentera (para pejuang) yang terdiri daripada golongan tauhid. Ya ALLAH! Tinggikanlah kalimah MU sehingga ke hari kiamat. Ya ALLAH! Binasakanlah kaum kafir dan golongan munafik yang mendustakan para Rasul MU, membunuh para wali MU, serta menyekat orang ramai dari jalan MU.

Ya ALLAH!
Sesungguhnya kami jadikan leher-leher musuh kami dan kami berlindung dengan MU dari kejahatan-kejahatan mereka.
Ya ALLAH!
Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan pendirian mereka, kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing MU.
MeRdeKakah KiTa?

Assalamu’alaikum wrh wbt...

Salam kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia. Tahniah kepada semua umumnya kerana berjaya mempertahankan kemerdekaan negara kita selama 52 tahun ini. Semoga kemerdekaan ini kekal hingga ke akhirnya. Amiin...

Apabila orang bercerita tentang kemerdekaan, pasti akan timbul isu berkaitan dengan maksud kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan yang sering diuar-uarkan di media massa serta kemerdekaan yang difahami oleh sebahagian besar muda mudi zaman kini hanyalah berkisah disekeliling ‘kulit’ kemerdekaan itu. ‘Isi’ ataupun main issue berkenaan kemerdekaan ini sering dialpakan oleh ramai pihak.
PaLeSTin... DiKau seMaKin DiLupaI
Assalamu'alaikum wrh wbt...

Bandar suci ummat Islam yang ketiga ini nampaknya semakin dilupakan dunia khususnya ummat Islam itu sendiri, termasuklah di negaraku ini. Walaupun hakikat sebenar bahawa rakyat masih kekal menderita jauh di sana, tetapi kita sebagai rakyat yang kononnya prihatin dengan nasib ummat sesaudara kita di sana nampaknya semakin jauh daripada kebenaran sebenar. Ramai lagi rakyat di negaraku ini yang tidak tahu hakikat sebenar yang berlaku di sana.

Walaupin pada awal tahun lalu, banyak usaha yang dilakukan pelbagai pihak termasuklah parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu-individu yang melakukan pelbagai usaha mengutuk dan melaknat perbuatan kejam sang Yahudi laknatullah itu, tetapi akhir-akhir ini, berita tentang penderitaan rakyat Palestin bagaikan terus dipinggirkan. Yang banyak difokuskan hanyalah berkaitan dunia hiburan yang semakin menjelekkan itu.
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN