Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG
Assalamu’alaikum wrh wbt...


RaNTai-raNTai PeRJuaNGaN
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamu’alaikum wrh wbt...

Rantaian perjuangan...
Satu ungkapan yang sering didengari oleh kebanyakan para pejuang Islam di luar sana. Baik daripada kalangan pelajar, mahasiswa, mahupun mereka yang berada di medan yang sebenar di luar sana. Persoalannya sejauh mana kita memahami maksud disebalik istilah rantaian perjuangan ini? Kenapa perjuangan ini dikaitkan dengan rantaian?
kHuTBaH AidiL aDHa
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Assalamu’alaikum wrh wbt...

Salam Aidil Adha buat semua ummat Islam di seluruh dunia amnya, ummat Islam di Malaysia khususnya. Semoga sambutan ibadah korban pada tahun ini membawa seribu satu pengertian yang amat bermakna buat kita semua. InsyaALLAH...
Dua minggu blog ini sunyi tanpa sebarang post daripada ana. Kesibukan berprogram sepanjang dua minggu ini menghadkan ana untuk bersama dengan laptop dan alam maya sehingga keputusan untuk tidak membawa laptop ke tempat program diambil untuk memudahkan pergerakkan dan gerak kerja. Alhamdulillah, setelah selesai program dan pulang ke kampung halaman, ana dapat juga melepaskan rindu bersama dengan keluarga dan alam maya ini. InsyaALLAH, proses berblog sambil menyampaikan akan terus bersambung hingga ke akhirnya. Amiin...
aPa naK Jadi ni?
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamu’alaikum wrh wbt...
Baru beberapa hari lepas ana ‘memuji’ Kelantan kerana pendekatan Islamnya yang diambil oleh kerajaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Hujung miggu yang lalu, khabaran tidak baik ini menerjah ke fikiran. Apa nak jadi dengan industri sukan tanah air? Inikah yang dinamakan semangat kesukanan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia itu?
Pelik dan jelik. Itu antara apa yang mula bermain di fikiran ana. Memikirkan nasib ummat seagama yang semakin layu dan lalai dalam kesibukan hiburan dunia yang semakin melampau membuatkan ana tertanya-tanya, apa yang mereka nakkan sebenarnya? Kepuasan apakah yang dicari? Dimana silap pemerintahan Tok Guru Nik Abdul Aziz?
Tindakan liar beberapa orang penyokong pasukan Kelantan ini sebenarnya merupakan lanjutan daripada sikap mereka yang juga pernah ‘mengganas’ tidak berapa lama yang lalu ketika pasukan The Red Warriors ini juga tewas di tangan Negeri Sembilan sehingga membawa kepada tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) serta ‘mengharamkan’ perlawanan bola sepak diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu daripada sebarang kejohanan Piala Malaysia. Kini, apa pula tindakan yang bakal dikenakan kepada KAFA.
Insaflah wahai manusia. Bola sepak hanya sekadar satu permainan (ana tertarik dengan pendekatan penggunaan istilah ‘riadah’ daripada istilah ‘permainan’ yang disyorkan oleh Tok Guru). Sejauh manapun kita tidak berpuas hati, janganlah sampai menggadai maruah sendiri dengan mengambil tindakan tidak bertamadun itu.
GaGaL iTu PaSTi
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Assalamu’alaikum wrh wbt...
Selesai pilihanraya kecil (PRK) DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan beberapa minggu yang lalu, ada antara sahabat ana yang mengucapkan kata-kata ini, “Kalah tu biasa dalam PAS. Yang tak biasanya bila kita menang. Menang tu hadiah daripada ALLAH,”. Ada juga yang berkata, “Kalah tu benda biasa dalam perjuangan. Menang tu yang hadiah,”.
Dan ana akui, kekalahan dalam medan perjuangan memang perkara biasa. Hakikat kemenangan merupakan suatu hadiah istimewa buat para pejuang Islam. Lihat sahaja sirah perjuangan para anbiya’ dan mereka yang berjuang untuk Islam. Kebanyakannya menerima kekalahan dahulu sebelum kemenangan tiba.
Tetapi untuk post kali ini, bukan ini yang ana ingin ceritakan. Hanya sekadar muqadimah.
Gagal vs Berjaya
Gagal dan berjaya merupakan antara ungkapan-ungkapan kita seharian sebagai hamba ALLAH. Tidak ketinggalan juga bagaimana kita sebagai hamba ALLAH menghadapi ujian kegagalan dan kejayaan ini setiap hari dalam hidup. Ya, kita gagal dan berjaya setiap hari. Setiap apa yang kita lakukan ada gagal dan berjayanya yang tersendiri. Cuma sejauh mana kita menilai kebesaran atau keseriusan tahap kegagalan dan kejayaan kita itu.
InDaHnYa KeLanTaN
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Assalamu’alaikum wrh wbt...
Beberapa tahun yang lalu, ketika sedang asyik mendengar kuliah yang di sampai oleh seorang ustaz (maaf, ana lupa tajuknya), ana tertarik dengan satu kisah yang diceritakan oleh ustaz tersebut. Kisah ini diceritakan sewaktu beliau masih lagi penuntut ilmu di salah sebuah universiti lebih sepuluh tahun yang lalu...
Ketika ustaz tersebut menuntut di salah sebuah negara orang di Asia Tengah (ana juga lupa di mana, sama ada Mesir ataupun Jordan), beliau menemui beberapa orang pelajar yang turut sama menuntut dengannya tetapi daripada negara-negara ummat Islam lain yang sedang membangun (seperti negara di Asia Tengah dan Afrika Selatan). Dalam sesi ta’arufnya (suai kenal) itu, beliau ditanya berasal dari mana. Lalu ustaz tersebut menjawab, “Malaysia”. Tetapi mereka merasa hairan. Lalu bertanya lagi...
“Malaysia itu di mana?” tanya salah seorang daripada mereka.
“Asia Tenggara...” jawab si ustaz.
“... Singapura? Indonesia? Thailand?...” mereka masih lagi bingung. Barang kali ini pertama kali mendengar nama Malaysia.
Lalu ustaz tersebut menjelaskan, “Malaysia terletak antara Singapura dan Thailad.” Penjelasan yang ringkas yang pastinya mudah difahami mereka yang mengetahui bentuk geografi Bumi ini.
“Oooh, maksud kamu, Kelantan?” jawab salah seorang daripada sahabat barunya itu.
..:: InDaHnYa BerCinTa ::..
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Assalamu’alaikum wrh wbt...

Baru-baru ni ana ada membaca satu artikel daripada sahabat ana, yang juga diambil daripada sahabatnya. Artikel bertajuk “HAI, BOLEH BERKENALAN...tepuk dada tanya iman” ini sebenarnya cukup menarik minat ana untuk memberi sedikit respon. Semoga ianya bermanfaat.
Ana jarang nak bagi respon berkaitan dengan isu couple ataupun bercinta sebelum perkahwinan ini kerana ramai yang sudah tahu hukum di sebalik semua ini. Telah banyak forum mahupun ceramah dan kuliah berkisar di sekeliling masalah percintaan dalam Islam namun nampaknya masih ramai yang kurang/tidak/sengaja tidak memahami perkara ini.
..::PeMerGiaN::..
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Assalamu’alaikum wrh wbt…
Adik Fatimah ketika bersama Abi dan Ummi tercinta
Awal pagi tadi, sedang asyik melayani laman-laman kegemaran ana, ana menerima satu mesej daripada sahabat ana. Mesej berkaitan pemergian anakanda kepada Al-Ustaz Ramadhan Fitri, Nur Fatimah yang baru berusia 3 bulan. Si kecil ini telah bertarung selama 2 minggu di bawah Unit Jagaan Rapi (Intensive Care Unit – ICU), setelah mengalami deep coma akibat beberapa masalah yang mungkin berkaitan dengan gegeran di bahagian otaknya (rujuk mereka yang lebih mengetahui).
Walaupun di peringkat ana sendiri belum pernah bertemu apatah lagi bersua muka dengan si kecil mahupun abi dan ummi nya (ayah dan ibu nya), tetapi membaca post daripada Ustaz Hasrizal (Belasungkawa Anakanda Nur Fatimah) cukup menyayukan hati ini.
TuDunG
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Usai menunaikan solat asar, ana bersama seorang rakan sekelas duduk di suatu kawasan rehat mengambil peluang berbual sambil mengisi masa yang terluang. Topik yang dibualkan... hanyalah bualan kosong pada awalnya. Tetapi takdir ALLAH menentukan segalanya...
“Kau perasan tak, aku rasalah kan Farah tu gediklah perangai dia. Pakai je tudung, tapi perangai mengada-ngada cam tu,” kata Taib memulakan bicara.
“Kenapa ko kata gitu?” ana membalas, penuh tanda tanya.
“Iyelah, cuba ko tengok. Kalau nak dibandingkan antara Farah dengan Sal tu, aku rasa elok lagi perangai si Sal tu. Walaupun Sal tu free hair, tapi dia takde tergedik-gedik dengan lelaki,”
“Ko takleh cakap cam tu. Kita tak tau perangai sebenar Sal. Mungkin depan lelaki je dia gitu,”
“Memang aku tak tau. Tapi aku pernah je dengar budak bilik Sal, Demi tu borak dengan budak kelas kita. Demi kata memang perangai Sal macam tu kat bilik. Dia pun memang jenis study je kat bilik, tu pasal dia boleh score every sem,”
“Hmmm... ada betulnya kata Taib ni...” ana bermonolog. “Jadinya, apa yang cuba ko bagitau ni?”
“Pada akulah kan, better takyah pakai tudung kalau macam tu. Pakai tudung pun perangai ngade-ngade. Baik lagi orang yang free hair tapi jaga perangai depan lelaki,” Taib menyatakan pendapatnya.
H1N1
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Assalamu'alaikum wrh wbt...
Bermula dengan kampus di Lendu, Melaka. Diikuti dengan kampus di Permatang Pauh dan Seri Iskandar di Pulau Pinang dan Perak. Kini giliran Shah Alam pula. Begitulah serba ringkas rentetan penutupan kampus Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) yang merupakan antara kampus Institusi Pengajian Tinngi (IPT) terbesar di Malaysia ini. Tiada apa yang pelik di waktu dan ketika ini jika ana ingin mengetengahkan isu Selesema Babi (H1N1) yang sedang teruk melanda negara, tetapi yang ingin ana bawa ialah hikmah disebalik penyebaran wabak merbahaya ini yang telah pun meragut nyawa manusia di luar sana.
Mengapa Malaysia?
Malaysia merupakan antara negara di dunia ini yang mengaku bahawa ianya adalah sebuah negara Islam. Itu bukanlah isu utama. Yang peliknya kenapa sebuah negara yang (kalau betullah) merupakan sebuah negara Islam diazab ALLAH S.W.T. dengan azab yang sungguh menyiksakan ini. Meskipun kata mereka yang bertanggungjawab bahawa Malaysia masih lagi dalam keadaan selamat (kes dah cecah 700 lebih pun kira slamat lagi ye... hmmmm...), tetapi mereka bagaikan tidak dapat terus menipu rakyat dengan mengatakan demikian kerana semakin ramai rakyat yang menderita penyakit ini dan semakin banyak tempat awam yang ditutup kerana penularan virus ini.
Assalamu'laikum wrh wbt...
Semalam ana baru sahaja selesai mengembara bersama isteri seorang Tok Guru dalam buah tangan pertamanya bertajuk 'Bidadari dari Timur' bersama dengan seorang lagi penulis yang lain. Ana berjaya mendalami perasaan seorang isteri seorang pejuang Islam di mana beliau menceritakan serba sedikit tentang perjalanan rumahtangga beliau bersama dengan insan yang disayanginya itu.
Ana amat tertarik dengan cara penulisan penulis yang cukup arif dalam pemilihan kata-kata yang digunakan dalam pengembaraan beliau bersama dengan para pembaca.