Assalamu’alaikum wrh wbt...
Moderator (Soalan kepada AP 4)
Adakah salah apabila ada di kalangan orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat (PR) menggunakan ayat Quran?
Assalamu’alaikum wrh wbt...

Wacana Perdana bertajuk “Islam di Malaysia: Realiti dan Harapan” merupakan wacana perdana yang diadakan di Kelantan Trade Center, Kota Bharu, Kelantan Darul Na’im beberapa minggu yang lepas. Dah lama sebenarnya nak masukkan post tentang wacana ini, cuma ada masalah sikit.
Assalamu’alaikum wrh wbt...
Tiba-tiba datang ilham untuk ana berkongsi berkenaan dengan teknologi dalam blog ni. Memandangkan ada sedikit kemahiran dalam bidang teknologi maklumat (IT) ini, insyaALLAH sedikit sebanyak ana akan berkongsi apa sahaja yang ana kira bermanfaat untuk dikongsi bersama. Semoga ianya bermanfaat bagi yang sudi membaca...=)
Untuk post pertama berkaitan tajuk ini, ana akan berkongsi dengan antum semua berkenaan dengan cara untuk membuka lebih daripada satu akaun Yahoo Messenger (YM) dalam satu-satu masa.Caranya senang sahaja:

Kaedah SakaratulmautBukan semua manusia di muka Bumi ini menghadapi sakaratulmaut dalam keadaan yang sama. Bahkan orang Muslim dan Mu'min itu pun mempunyai pelbagai keadaan ketika menghadapinya. Orang yang jahil sakit ketika matinya bukan semata-mata kerana dosa-dosa yang pernah dilakukannya, tetapi ada juga yang tandanya ALLAH Ta'ala ingin mengampunkan dosa-dosanya. Berbeza dengan orang yang 'alim, jika mereka sakit ketika saat kematian mereka, ada dua tanda. Sama ada sakitnya itu kerana ada dosanya yang belum terampun ataupun ALLAH ingin mengangkat darjatnya lebih tinggi di sisi-NYA.
“Hasrizal, bangun!” saya dikejutkan.
Allah… jam menunjukkan pukul 3 pagi. Siapa pula ini?
“Oh, abang. Baiklah saya bangun” saya terkejut melihat abang Zam berdiri di sisi katil. Seperti biasa di tangan kirinya ada sebatang kayu, teman berjalan malam.
Badan saya terasa amat sakit. Maklum sahaja siang tadi sekolah mengadakan sukan tahunan. Saya seperti biasa, mewakili ‘rumah hijau’ untuk acara tarik tali, dan lontar peluru. Sungguh memenatkan.
Tetapi, tidak pula saya menyangka yang tengah malam ini ada usrah. Abang Zam tidak memberitahu terlebih dahulu. Allah sahaja yang tahu betapa beratnya mata, tubuh badan dan hati saya untuk bangun. Tetapi sudah menjadi kebiasaan, usrah tidak pernah ditolak ansurkan.
Saya bersiap. Di dalam gelap malam saya berjalan menuju ke bilik BADAR. Jam sudah hampir 4 pagi. Angin subuh bertiup sejuk mencelahi bukit hijau di pinggir sekolah.
“Kita mulakan usrah kita dengan al-Fatihah” Abang Zam memulakan usrah.
Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras. Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini? Kata Hasan al-Banna, “Apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?”
Mereka menjawab, “solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat Islam adalah wajib”.
Lantas Hasan al-Banna menjawab, “Apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat Islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat? Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian”.
Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da’i Otak Faqih.
Assalamu'alaikum wrh wbt...“Sesungguhnya kubur itu merupakan stesyen-stesyen akhirat. Barang siapa yang berjaya, maka selepas itu ia lebih mudah. Dan barang siapa yang tidak berjaya, maka selepas itu lebih berat lagi.”
Istilah kubur yang digunakan oleh kita masyarakat melayu hari ini merujuk kepada alam barzakh. Oleh yang demikian, meskipun seseorang itu meninggal di lautan, dibaham harimau, ditelan ular sawa, mahupun tidak dijumpai mayatnya;



