MeRdeKakah KiTa?

Assalamu’alaikum wrh wbt...

Salam kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia. Tahniah kepada semua umumnya kerana berjaya mempertahankan kemerdekaan negara kita selama 52 tahun ini. Semoga kemerdekaan ini kekal hingga ke akhirnya. Amiin...

Apabila orang bercerita tentang kemerdekaan, pasti akan timbul isu berkaitan dengan maksud kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan yang sering diuar-uarkan di media massa serta kemerdekaan yang difahami oleh sebahagian besar muda mudi zaman kini hanyalah berkisah disekeliling ‘kulit’ kemerdekaan itu. ‘Isi’ ataupun main issue berkenaan kemerdekaan ini sering dialpakan oleh ramai pihak. Tidaklah dapat ana pastikan sama ada isu tentang kemerdekaan ini dirahsiakan oleh ‘mereka yang sepatutnya memberitahu’ atau memang ramai yang tidak tahu.

Kemerdekaan adalah hakikat kepada kebebasan hakiki manusia daripada sebarang bentuk penjajahan. Walaupun maksudnya sebegitu rupa, hakikatnya manusia tetap memerlukan suatu bentuk ‘penjajahan’ agar kita sebagai insan yang sering lupa ini tidak jauh menyimpang daripada tujuan asal kita diciptakan. Sepertimana firman ALLAH dalam kitab sucinya:

“Tidak AKU jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepada-KU”

Tepat dan kelas sebagaimana yang difirmankan-NYA dalam Al-Quran bahawa kita ini diciptakan untuk mengabdikan (beribadat) diri kepada-NYA. Tiada sebab lain kita diciptakan, hanyalah untuk mengabdikan diri kepada-NYA. Persoalan yang perlu kita fikirkan bersama, adakah matlamat penciptaan kita sebagai manusia ini telah tercapai, atau masih jauh daripada tercapai, atau hampir ke arah pencapaiannya, atau sudah pun mencapai matlamat penciptaan seperti ayat di atas? Ketuk hati, tanyalah iman.


Umat Islam Semakin Jauh?

Umat Islam hari ini nampak seperti semakin dekat dengan Islam kerana semakin ramai yang dapat dilihat berani bersuara menegakkan Islam, semakin ramai yang datang serta menganjurkan kuliah-kuliah agama, serta semakin ramai yang memahami hukum hakam berkaitan Islam.

Tetapi tidak dinafikan, kebanyakan mereka yang disebut di atas adalah di kalangan golongan ‘pencen’ yang umurnya 50 tahun ke atas. Bak kata pepatah Melayu “Rumah kata pergi, kubur kata mari” (Pepatah ini kurang tepat sebenarnya...”. Lihat sahaja kepada mereka yang menghadiri kuliah-kuliah di surau-surau dan masjid-masjid, kebanyakan mereka adalah orang-orang tua walaupun tidak dapat tidak ada juga golongan kanak-kanak dan remaja tetapi jumlahnya hanyalah sebahagian kecil.

Ramai juga daripada kalangan kita hari ini yang bagaikan sudah semakin berani lantang bersuara jika apa yang dilakukan pihak berkuasa bertentangan dengan ajaran Islam. Alhamdulillah, suatu perkembangan yang baik terutama sekali selepas ‘kuasa’ yang diperlukan telah pun ada di depan mata. Sebagai contohnya ialah kes sebat Kartika.


Kes Sebat Kartika

Ana tidak berhasrat untuk mengulas lanjut berkaitan isu ini kerana cukuplah isu ini dihangatkan oleh beberapa pihka termasuk pihak media arus perdana yang inginmnecari keuntungan sehinggalah kepada pihak Kerajaan Persekutuan. Ana cukup tertarik dengan kenyataan Tok Guru Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) apabila beliau ada menyatakan punca kepada permasalahan arak ini yang sepatutnya diselesaikan. Dalam erti kata yang lain, kilang-kilang arak dan kedai-kedai yang masih menjual arak secara terbuka kepada umat Islam patut ditutup dan dihentikan serta-merta. Jika puncanya tidak diselesaikan, bagaimana akibatnya hendak diubati.

Silapnya apabila ramai yang sudah menghebohkan perkara ini, barulah pihak berwajib seolah-olah mahu campur tangan dalam kes ini. Itulah jadinya apabila tiada kefahaman dalam diri mereka yang tidak mahu dan enggan menerima Islam. Walaupun hukuman yang dikenakan ke atas si pesalah (Kartika) bukanlah hukuman Hudud seperti yang dianjurkan oleh Islam, tetapi hal ini menunjukkan bahawa ada pihak berkuasa yang sudah berani untuk melaksanakan undang-undang Islam yang jelas keadilannya itu.

Lebih malang lagi apabila ada di kalangan ahli di dalam kabinet sendiri yang seolah-olah tidak faham kenapa hukuman sebat itu relevan untuk dijalankan. 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan tetapi masih ramai yang tidak nampak akan kesan buruk undang-undang tinggalan penjajah yang hanyalah berupa undang-undang ciptaan manusia yang tidak membawa kita ke mana-mana melainkan lembah kehancuran.


Palestin

Isu yang tidak selesai-selesai meskipun sudah sekian lama. Sedang kita gembira meraikan kemerdekaan negara kita dengan pelbagai pesta dan hiburan setiap tahun, saudara seIslam kita di Palestin masih menantikan kemerdekaan mereka yang sudah sekian lama dijajah oleh si laknat Yahudi Zionis. Mereka dijajah di negara mereka sendiri, dinafikan hak sebagai rakyat tempatan, ditindas dan dihina, malah dibom dan diletupkan hampir setiap hari. Di mana kita???

Umat Islam hari ini seolah-olah hanya sensitif kepada isu-isu peperangan di negara umat Islam hanyalah mengikut musimnya sahaja. Hakikatnya itulah realiti umat Islam zaman ini. Kata sahaja bersaudara tetapi hakikatnya tidak. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

“Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia menyayangi orang lain sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri.”

Dalam hadis yang lain:

“Umat Islam itu umpama satu tubuh. Jika sakit satu anggota, maka sakitlah anggotanya yang lain.”

Tetapi hakikat umat Islam hari ini, hanya sensitif jika media melaporkan, jika tidak...


Wallahua'lam...
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN