SeLaMaT TinGGaL KMC
Kami berlindung dengan-MU ya ALLAH daripada syaitan yang direjam...

Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum wrh wbt...

Dengan rasminya, KeMBaRa MeNuJu CINTA melabuhkan tirainya di sini.

Blog ini dengan ini secara rasminya berpindah ke alamat baru:
http://kembaracintaillahi.blogspot.com/

InsyaALLAH, kepada followers setia ana, jumpa di sana ye.

Sekian, wallahua'lam...
QuNuT NaZiLaH
Kami berlindung dengan-MU ya ALLAH daripada syaitan yang direjam...

Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Ya ALLAH!
Sesungguhnya kami memohon keampunan MU dari segala dosa dan kesalahan serta kami bertaubat kepada MU. Kami juga beriman dengan MU dan bertawakkal kepada MU. Ya ALLAH! ENGKAUlah TUHAN YANG MAHA KAYA dan kami adalah orang fakir yang berhajat kepada MU.

Ya ALLAH! ENGKAUlah TUHAN YANG MAHA KUAT dan kami adalah orang-orang yang lemah yang mengharapkan bantuan MU.

Ya ALLAH! ENGKAUlah TUHAN YANG MAHA MULIA dan kami adalah orang-orang yang hina yang mengharapkan kemuliaan MU.

Ya ALLAH! Muliakanlah Islam dan kaum muslimin. Ya ALLAH! Bantulah Islam dan kaum muslimin. Ya ALLAH! Bantulah tentera-tentera (para pejuang) yang terdiri daripada golongan tauhid. Ya ALLAH! Tinggikanlah kalimah MU sehingga ke hari kiamat. Ya ALLAH! Binasakanlah kaum kafir dan golongan munafik yang mendustakan para Rasul MU, membunuh para wali MU, serta menyekat orang ramai dari jalan MU.

Ya ALLAH!
Sesungguhnya kami jadikan leher-leher musuh kami dan kami berlindung dengan MU dari kejahatan-kejahatan mereka.
Ya ALLAH!
Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan pendirian mereka, kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing MU.
UnTiTLeD (KaU PeRGi JuA)
Wajahmu... seindah serinya pelangi nan indah
Seharum bunga putih berkembang
Wajahmu masih sering terbayang di mata ku
Sehingga terkenang di dalam doa ku

Sahabat ku
Tahukah kau di dalam hati ku ini
Terhimpunnya seribu doa nan suci
Sesungguhnya walau hilang mu jauh dari mata ku
Tetap ku abadikan dalam jiwa ku

Sepinya... harapan yang selama ini ku bawa
Jatuh berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi

Kau pergi jua
Ketika perjuangan mu membara
Belum puas ku menatap wajah mu
Kau pergi tak kembali

Sahabat ku
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Terhimpunnya seribu doa yang suci
Sesungguhnya walau hilang mu jauh dari mata ku
Tetap ku abadikan dalam jiwa ku

Walau hilang mu jauh dari mata ku
Tetap ku abadikan dalam jiwa ku


Terkenangkan sahabat seperjuangan yang pergi dahulu menyahut seruan ILLAHI setahun yang lalu. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan hamba-hambaNYA yang soleh. Al-Fatihah...

p/s: Ketahuilah, kami amat merinduimu...
TaHNiaH 1MaLaYSiA
Kami berlindung dengan-MU ya ALLAH daripada syaitan yang direjam...

Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum wrh wbt...


Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah maju setapak lagi dalam melaksanakan agenda 1Malaysia dengan meluluskan lesen judi sempena kejohanan Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung pada bulan Jun dan Julai ini. Walaupun telah jelas pengharaman judi itu di dalam Islam melalui firman ALLAH dalam al-Quran yang bermaksud:
KeMBaLi MeNuLiS???
Sudah lama tidak menulis. Ye... Ianya mengakibatkan pelbagai komplikasi. Kebekuan idea, kemalasan memuncak, ke’blur’an menjadi-jadi... Macam-macam lagi....

“Terlalu banyak yang perlu dilakukan.”

Persepsi? Anda fikirlah sendiri. Siapa yang patut berfikir? Entahlah. Wallahua’lam...

Tidak tahu apa yang hendak dinukilkan. Berat. Amat amat berat untuk jari jemari ini terus menulis walaupun terlalu banyak yang berlaku dalam negara Malaysia ini. Yelah, mana ada negara yang akan berhenti daripada pelbagai isu untuk timbul. Selagimana sesebuah negara itu ada manusia dan manusia yang ada di dalamnya mempunyai pelbagai akhlak dan perangai, pasti sahaja pelbagai perkara boleh timbul kerana itulah fitrah kejadian manusia. Tidak akan dan tidak pernah kering daripada isu.

Itu baru Malaysia. Belum dikira lagi negara-negara di luar sana. Pergolakan di Thailand, keangkuhan berterusan Amerika Syarikat. Pelbagai lagi. Tetapi diri ini mempunyai satu masalah besar. MALAS untuk memberikan pandangan. Bukan malas untuk berpendapat, cuma malas untuk menulis pendapat itu untuk dikongsikan bersama. Kenapa? Tiada jawapan.

Dan kini, muncul pula idea baru. PINDAH. Ye berpindah ke alamat dan wajah baru. Sedangkan tidak sampai setahun kewujudan ‘Kembara Menuju CINTA’ ini setelah ketidak relevenan ‘Save Us from Ourselves’ difikirkan oleh penulis. Kini, mahu ubah lagi. Sebab? Mesti ada. Hendak tahu? Nantikan...=)

Wallahua’lam...
insYaALLAH
Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go

Don't despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you'll find your way
LaZiMi InsYaALLAH
Kami berlindung dengan-MU ya ALLAH daripada syaitan yang direjam...

Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum wrh wbt...

InsyaALLAH, satu lafaz mudah yang sering kali kita abaikan dalam pertuturan harian kita. Mungkin kerana lupa, mungkin juga alpa, mungkin juga kerana bangga.

Dalam satu kuliah yang disampaikan melalui corong radio beberapa hari yang lalu, ana berkesempatan mendengar kuliah berkenaan lafaz mulia ini. Dalam sirah nabi junjungan Muhammad s.a.w., terdapat satu peristiwa yang wajar kita renungi dan hayati semoga kisah ini menjadi pedoman dan ikhtibar dalam kehidupan harian kita.


Rasulullah Terlupa

Pada suatu ketika, kaum kafir Quraisy sudah hampir putus asa untuk menghalang dakwah mulia baginda Rasulullah s.a.w. Perbagai cara telah dilakukan, pelbagai gelaran telah diberikan. Daripada ‘orang gila’ hinggalah kepada ‘tukang sihir’ semuanya tidak menghalang baginda daripada menyampaikan dakwah mulia ini demi Islam yang dicintai.

Lalu mereka bertemu dengan puak Yahudi, dan bertanya tentang cara lain untuk menyekat dakwah baginda. Akhirnya si Yahudi memberikan 3 soalan, yang mana soalan-soalan ini perlu diajukan kepada Muhammad. Jika benar baginda seorang Rasul, pasti baginda dapat menjawabnya. Lalu pergilah kaum kafir Quraisy ini menemui baginda Nabi beserta dengan 3 soalan ini tadi.
MaLaYSia, oH TaNaH AiR Ku
Kami berlindung dengan-MU ya ALLAH daripada syaitan yang direjam...

Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum wrh wbt...

Jika di Parlimen kecoh dengan isu yang dibangkitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkenaan kaitan One Israel dengan 1Malaysia. Di laman maya tidak berapa lama yang lalu pernah heboh dengan kemunculan simbol-simbol Fremasonary, salah sebuah pertubuhan terbesar Yahudi yang cuba menguasai dunia dengan pelbagai cara, dalam Anugerah Juara Lagu ke-24. Dan kini, ana lampirkan satu surat yang pernah diberikan kepada Mantan Perdana Menteri Israel, Ehud Barak daripada Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri (kini Tun) Mahathir Muhammad meminta dana untuk membantu United Malays National Organization (UMNO) dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum ke-10 pada tahun 1999.

MaRi BeRSaMa BuKTiKan KeCinTaaN KePaDa RaSuLuLLaH S.a.W.
Kami berlindung dengan-MU ya ALLAH daripada syaitan yang direjam...

Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum wrh wbt...


Tindakan biadap golongan kuffar terhadap umat Islam kian menyerlah apabila yang terbaru, 3 akhbar Sweden menyiarkan karikatur yang menghina baginda Nabi s.a.w. Mereka yang tidak serik-serik melakukan perbuatan biadab ini seolah-olah tidak gentar dengan ancaman yang pernah dilafazkan umat Islam suatu ketika dahulu, sewaktu kejadian yang hampir sama dilakukan oleh kartunis Belanda dan Denmark. Ancaman yang pernah dikeluarkan itu nampaknya diambil remeh oleh golongan yang jelas menentang Islam ini kerana... Hmmmm... kerana....
UnTiTLeD (TauBaT SeORaNG HaMBa)
Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah taubat ku ini

Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redha-Mu ya Tuhan

Di hamparan ini ku meminta
Moga taubat ku diterima
NiKMaTnYa LeTiH
Kami berlindung dengan-MU ya ALLAH daripada syaitan yang direjam...

Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum wrh wbt...


Apabila kita semua terlalu banyak melakukan sesuatu perkara, pasti akan datang satu perasaan yang dinamakan letih. Letih ini pula biasanya datang dalam 2 bentuk, letih fizikal dan letih mental (otak). Keletihan yang dialami oleh fizikal akan menyebabkan kita mengalami sakit-sakit badan. Tetapi jika otak kita yang letih, pasti seluruh tubuh kita akan menjadi layu. Kerana otaklah yang mengawal seluruh aktiviti anggota badan.
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget
    Terdapat ralat dalam alat ini
    Terdapat ralat dalam alat ini

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN