Kaedah Sakaratulmaut
Bukan semua manusia di muka Bumi ini menghadapi sakaratulmaut dalam keadaan yang sama. Bahkan orang Muslim dan Mu'min itu pun mempunyai pelbagai keadaan ketika menghadapinya. Orang yang jahil sakit ketika matinya bukan semata-mata kerana dosa-dosa yang pernah dilakukannya, tetapi ada juga yang tandanya ALLAH Ta'ala ingin mengampunkan dosa-dosanya. Berbeza dengan orang yang 'alim, jika mereka sakit ketika saat kematian mereka, ada dua tanda. Sama ada sakitnya itu kerana ada dosanya yang belum terampun ataupun ALLAH ingin mengangkat darjatnya lebih tinggi di sisi-NYA.
Assalamu'alaikum wrh wbt...
Sabdaan baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Sesungguhnya kubur itu merupakan stesyen-stesyen akhirat. Barang siapa yang berjaya, maka selepas itu ia lebih mudah. Dan barang siapa yang tidak berjaya, maka selepas itu lebih berat lagi.”
Istilah kubur yang digunakan oleh kita masyarakat melayu hari ini merujuk kepada alam barzakh. Oleh yang demikian, meskipun seseorang itu meninggal di lautan, dibaham harimau, ditelan ular sawa, mahupun tidak dijumpai mayatnya;