PeRhiMpuNaN ManSuHkaN ISA keMbaLi
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Assalamu’alaikum wrh wbt...
Kehangatan demonstrasi semakin terasa apabila tarikh 1 Ogos semakin menghampiri. Meskipun tidak mendapat permit daripada pihak polis, nampaknya penganjur perhimpunan, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) masih bertegas ingin meneruskan perhimpunan meskipun banyak risiko yang akan dihadapi mereka yang menyertai perhimpunan itu. Undang-undang rimba ISA ini nampaknya masih lagi dipertahankan pihak kerajaan meskipun kekejamannya terhadap hak asasi manusia dipertikaikan banyak pihak kerana ianya secara kerana ianya secara jelas merampas hak asasi manusia lebih-lebih lagi untuk sebuah Negara yang melabelkan dirinya Negara Islam dan Negara Demokrasi.
Kenapa ISA?
Undang-undang yang telah diperkenalkan sejak zaman awal pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) ini pada asalnya untuk menahan pemberontak Negara yang mengancam keselamatan Negara yang berbilang kaum ini terutamanya di kalangan komunis. Tetapi undang-undang itu sudah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu apabilanya ianya digunakan untuk menangkap mereka yang tidak bersalah. Ramai di kalangan rakyat Malaysia khususnya mereka yang menyebelahi pembangkang (terutamanya daripada PAS dan KeADILan) yang telah diperangkap menggunakan undang-undang rimba ini atas alasan yang tidak munasabah.
H1N1
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Assalamu'alaikum wrh wbt...
Bermula dengan kampus di Lendu, Melaka. Diikuti dengan kampus di Permatang Pauh dan Seri Iskandar di Pulau Pinang dan Perak. Kini giliran Shah Alam pula. Begitulah serba ringkas rentetan penutupan kampus Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) yang merupakan antara kampus Institusi Pengajian Tinngi (IPT) terbesar di Malaysia ini. Tiada apa yang pelik di waktu dan ketika ini jika ana ingin mengetengahkan isu Selesema Babi (H1N1) yang sedang teruk melanda negara, tetapi yang ingin ana bawa ialah hikmah disebalik penyebaran wabak merbahaya ini yang telah pun meragut nyawa manusia di luar sana.
Mengapa Malaysia?
Malaysia merupakan antara negara di dunia ini yang mengaku bahawa ianya adalah sebuah negara Islam. Itu bukanlah isu utama. Yang peliknya kenapa sebuah negara yang (kalau betullah) merupakan sebuah negara Islam diazab ALLAH S.W.T. dengan azab yang sungguh menyiksakan ini. Meskipun kata mereka yang bertanggungjawab bahawa Malaysia masih lagi dalam keadaan selamat (kes dah cecah 700 lebih pun kira slamat lagi ye... hmmmm...), tetapi mereka bagaikan tidak dapat terus menipu rakyat dengan mengatakan demikian kerana semakin ramai rakyat yang menderita penyakit ini dan semakin banyak tempat awam yang ditutup kerana penularan virus ini.
KeHiLanGan II...
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Assalamu'alaikum wrh wbt...
Tiada sajak untuk disertakan bersama...
Tiada kata-kata indah untuk diungkapkan kali ini...
Tiada gambar-gambar menrik untuk menghiasi...
Yang tinggal hanyalah kenangan bersamamu yang tak mungkin dapat ku lupakan...
Kerana kau tidak meninggalkan ku hanya untuk seketika...
Tetapi kau pergi selamanya menyahut seruan ILLAHI...
Pemergian seseorang yang disayangi dalam hidup ini merupakan sesuatu yang amat memeritkan. Meskipun 'pengalaman' ini adalah sesuatu yang amat baru dalam hidup ana, tetapi kehilangan itu tetap dapat dirasai.
Beberapa bulan yang lepas, ketika saki baki ni'matnya sambutan Aidilfitri serta debaran para penuntut universiti berhadapan saat-saat getir menduduki peperiksaan akhir semester, ana dikunjungi berita pemergian datuk ana beberapa hari sebelum peperiksaan akhir semester berakhir. Meskipun pemergiannya itu berlaku dekat dengan diri ini, tetapi ana dapat rasai pemergian seorang insan yang cukup banyak berjasa kepada diri ini.
Masih ana ingat kata-kata terakhirnya ketika ana berada di kampung sebelum berangkat pulang ke universiti.
"Belajar baik-baik ye, cu..."
Masih dapat ana rasai kesayuan ketika mengingati kata-kata ini walaupun ketika saat artikel ini ditulis.