KeHiLanGan II...
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Assalamu'alaikum wrh wbt...
Tiada sajak untuk disertakan bersama...
Tiada kata-kata indah untuk diungkapkan kali ini...
Tiada gambar-gambar menrik untuk menghiasi...
Yang tinggal hanyalah kenangan bersamamu yang tak mungkin dapat ku lupakan...
Kerana kau tidak meninggalkan ku hanya untuk seketika...
Tetapi kau pergi selamanya menyahut seruan ILLAHI...
Pemergian seseorang yang disayangi dalam hidup ini merupakan sesuatu yang amat memeritkan. Meskipun 'pengalaman' ini adalah sesuatu yang amat baru dalam hidup ana, tetapi kehilangan itu tetap dapat dirasai.
Beberapa bulan yang lepas, ketika saki baki ni'matnya sambutan Aidilfitri serta debaran para penuntut universiti berhadapan saat-saat getir menduduki peperiksaan akhir semester, ana dikunjungi berita pemergian datuk ana beberapa hari sebelum peperiksaan akhir semester berakhir. Meskipun pemergiannya itu berlaku dekat dengan diri ini, tetapi ana dapat rasai pemergian seorang insan yang cukup banyak berjasa kepada diri ini.
Masih ana ingat kata-kata terakhirnya ketika ana berada di kampung sebelum berangkat pulang ke universiti.
"Belajar baik-baik ye, cu..."
Masih dapat ana rasai kesayuan ketika mengingati kata-kata ini walaupun ketika saat artikel ini ditulis. Namun tidak pernah ana tahu bahawa itulah saat terakhir ana menatap wajah tua itu.
Dan beberapa hari lepas, sahabat baik ana yang sedang menuntut di salah sebuah universiti tempatan pula pergi buat selamanya menyahut seruan Yang Maha Esa. Memang perit jika mengenang pemergiannya baru-baru ini. Tetapi hakikat ALLAH jauh lebih menyayanginya walaupun ramai keluarga dan sahabatnya yang turut menyayanginya.
Dan juga tak pernah ana menyangka pertemuan bersamanya beberapa bulan yang lalu (beberapa minggu sebelum pemergian datuk ana) juga merupakan pertemuan kami yang terakhir. Takkan dapat ana lupakan saat-saat indah kita bersama.
Namun hakikat pemergian dua insan yang disayangi ini tetap salah satu daripada ketentuan ILLAHI. Susah untuk diungkapkan dengan kata-kata, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang tahu hakikat pemergian insan yang disayangi itu.
Semoga ALLAH S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Semoga kalian ditempatkan di kalangan para auliya' dan solihin.
Al-Fatihah buat Allahyarham Wahab Uda Lamat (datuk ana) dan Muhammad Nabil Marwan (sahabat ana).
Wallahua'lam...
p/s: Proses kemasukan entry baru akan tertunda atas urusan-urusan dan pengumpulan artikel untuk dikeluarkan.