H1N1
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Assalamu'alaikum wrh wbt...
Bermula dengan kampus di Lendu, Melaka. Diikuti dengan kampus di Permatang Pauh dan Seri Iskandar di Pulau Pinang dan Perak. Kini giliran Shah Alam pula. Begitulah serba ringkas rentetan penutupan kampus Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM) yang merupakan antara kampus Institusi Pengajian Tinngi (IPT) terbesar di Malaysia ini. Tiada apa yang pelik di waktu dan ketika ini jika ana ingin mengetengahkan isu Selesema Babi (H1N1) yang sedang teruk melanda negara, tetapi yang ingin ana bawa ialah hikmah disebalik penyebaran wabak merbahaya ini yang telah pun meragut nyawa manusia di luar sana.
Mengapa Malaysia?
Malaysia merupakan antara negara di dunia ini yang mengaku bahawa ianya adalah sebuah negara Islam. Itu bukanlah isu utama. Yang peliknya kenapa sebuah negara yang (kalau betullah) merupakan sebuah negara Islam diazab ALLAH S.W.T. dengan azab yang sungguh menyiksakan ini. Meskipun kata mereka yang bertanggungjawab bahawa Malaysia masih lagi dalam keadaan selamat (kes dah cecah 700 lebih pun kira slamat lagi ye... hmmmm...), tetapi mereka bagaikan tidak dapat terus menipu rakyat dengan mengatakan demikian kerana semakin ramai rakyat yang menderita penyakit ini dan semakin banyak tempat awam yang ditutup kerana penularan virus ini.
Meski pun jumlah kes di Malaysia tidaklah begitu membimbangkan berbanding dengan kes-kes di Amerika Syarikat dan beberapa negara di Barat, namun jika di nisbahkan jumlah kes dan jumlah rakyat di negara ini, sepengetahuan ana sudah boleh dikatakan merbahaya. Hmmm... Betulkan ye kalau ana silap.
Peringatan dari ILLAHI
Sememangnya setiap apa yang dijadikan ALLAH di muka Bumi ini ada hikmahnya tidak kiralah perkara itu baik mahupun buruk. Tetapi yang peliknya berapa ramai antara kita yang mengakui bahawa ini adalah balasan ALLAH terhadap mereka yang tidak melaksanakan perintah dan suruhan-NYA.
Ramai yang masih menidakkan bahawa ini adalah suatu azab dan peringatan daripada ALLAH. Ramai lagi yang masih mempermainkan isu ini sebagai suatu fenomena alam. Lihatlah pada akhir tahun 2004, di mana tsunami melanda negara kita. Ramai juga yang masih menidakkannya sebagai suatu azab daripada ALLAH sedangkan apa yang telah ditunjukkan ALLAH itu terang lagi nyata.
Kembali kepada Islam
Bukankah telah termaktub dalam Islam itu bahawa hanya Islamlah satu-satunya agama yang lengkap (syumul). Teringat ana bagaimana pihak berwajib mengeluarkan garis panduan langkah berjaga-jaga untuk menghindari H1N1 ini.
Tutup mulut dengan sapu tangan ataupun tangan ketika bersin dan batuk. Basuh tangan dengan sabun setelah melakukan sesuatu. Dan banyak lagi garis panduan yang telah dikeluarkan. Apa yang menariknya, bukankah semua ini telah digariskan oleh Islam melalui Rasulullah dalam sunnah kehidupannya yang mana kita dituntut untuk mengikuti.
Yang peliknya, ramai lagi yang masih menidakkan sunnahseorang insan agung kekasih Yang Maha Pencipta. Manusia oh manusia...
Berubahlah...
Bilalah lagi manusia akan menerima Islam itu sebagai suatu agama dan cara hidup yang mereka anuti? Mungkin ketika ajal sampai ke halkum barulah manusia akan sedar siapa diri mereka berbanding Pencipta. Janganlah kita sombong dan angkuh dengan apa yang kita ada kerana semuanya hanyalah pinjaman semata yang bersifat sementara. CONFIRM...
Oleh yang demikian, ana menyeru sahabat-sahabat di luar sana untuk kita sama-sama memperbetulkan mereka yang masih tercari-cari jalan yang lurus itu. Jangan sampai ada yang tersesat mengikuti jalan yang salah yang memang pengakhirannya Neraka Jahannam. Wana'uzubillah...
Wallahua'lam...