PeRhiMpuNaN ManSuHkaN ISA keMbaLi
Assalamu’alaikum wrh wbt...

Kehangatan demonstrasi semakin terasa apabila tarikh 1 Ogos semakin menghampiri. Meskipun tidak mendapat permit daripada pihak polis, nampaknya penganjur perhimpunan, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) masih bertegas ingin meneruskan perhimpunan meskipun banyak risiko yang akan dihadapi mereka yang menyertai perhimpunan itu. Undang-undang rimba ISA ini nampaknya masih lagi dipertahankan pihak kerajaan meskipun kekejamannya terhadap hak asasi manusia dipertikaikan banyak pihak kerana ianya secara kerana ianya secara jelas merampas hak asasi manusia lebih-lebih lagi untuk sebuah Negara yang melabelkan dirinya Negara Islam dan Negara Demokrasi.


Kenapa ISA?

Undang-undang yang telah diperkenalkan sejak zaman awal pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) ini pada asalnya untuk menahan pemberontak Negara yang mengancam keselamatan Negara yang berbilang kaum ini terutamanya di kalangan komunis. Tetapi undang-undang itu sudah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu apabilanya ianya digunakan untuk menangkap mereka yang tidak bersalah. Ramai di kalangan rakyat Malaysia khususnya mereka yang menyebelahi pembangkang (terutamanya daripada PAS dan KeADILan) yang telah diperangkap menggunakan undang-undang rimba ini atas alasan yang tidak munasabah. Cukup sahaja hendaknya ana member contoh bagaimana undang-undang ini telah menahan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) selama 10 tahun (lebih kurang) tetapi akhirnya dibebaskan begitu sahaja kerana kekurangan bukti kukuh untuk terus menahannya.

Penahanan seseorang tanpa bicara bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam kerana dalam Islam, walaupun seberat mana sekalipun jenayah yang dilakukan ses
eorang itu, mereka perlulah diadili seadilnya sebelum dijatuhkan hukuman. Itu barulah adil. Sedangkan pengadilan ALLAH Yang Maha Adil sekalipun ada mahkamahnya, inikan pula manusia yang serba lemah dan hina ini mahu mengatasi penciptaan Sang Pencipta.


Demi Keadilan

Siang tadi ana baru sahaja mendengarkan temu ramah dengan seorang wakil NGO dalam satu berita berkenaan Perhimpunan Mansuhkan ISA ini. Beliau menyatakan bahawa antara sebab keamanan di Negara ini mampu dipertahankan adalah dengan adanya ISA. Ana mahu bertanya kembali kepada mereka yang sependapat dengan saudara tersebut, wujudkah ISA di zaman pemerintahan khalifah Islamiyah?

Jika jawapannya ada, ana cadangkan supaya antum melihat semula sirah.

Tetapi jika jawapannya tidak, mengapa kita masih perlu mempertahankan un
dang-undang rimba ini? Keadilan tetap keadilan. Jika pihak kerajaan masih berdegil tidak mahu melaksanakan hukum Hudud dan Qisas di Negara ini atas alasan yang tertentu, ambillah langkah permulaan dengan menghapuskan akta zalim ini. Islam tidak pernah mengajar kita untuk zalim sesama makhluk ciptaan ALLAH apatah lagi dengan kita sesama ummat Islam. Janganlah kerana ego antum semua masih berdegil mahu mempertahankan akta zalim ini.


Demonstrasi dan Demokrasi

Ramai pihak yang tidak bersetuju dengan demonstrasi (dalam konteks ini, perhimpunan) kerana dikatakan demonstrasi akan menjejaskan imej Negara. Mungkin ramai yang tidak sedar dan masih ramai yang tidak tahu apakah itu tu
juan demonstrasi.

Bagi sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi, demonstrasi merupakan salah satu kaedah (method) untuk menunjukkan reaksi menyokong ataupun membangkang sesuatu yang dipersetujui. Tidak kiralah sama ada perkara yang di demonstrasikan itu baik atau tidak, demonstrasi menjadi suatu tradisi di Negara-Negara Barat.

Antum boleh melayari laman-laman web yang ada menunjukkan perkembangan berita di Negara Barat khususnya yang ada menunjukkan mereka melakukan demonstrasi. Bukanlah bermakna di sini bahawa berdemonstrasi itu digalakkan, tetapi hanya ingin menyatakan bahawa ianya memang diamalkan.

Keganasan

Demonstrasi juga sering dikaitkan dengan keganasan, huru-hara dan banyak lagi perkara negatif. Bagi seseorang yang pernah menyertai demonstrasi suatu ketika dahul
u, tiada apa yang ganasnya dalam demonstrasi itu melainkan campurtangan pihak berkuasa, dalam konteks ini adalah pihak Polis atau lebih tepatnya Federal Reserve Unit (FRU), yang menyebabkan mereka yang berdemonstrasi bertindak kembali.

Gas pemedih mata (ana lebih suka merujuk gas itu sebagai gas pembunuh nyawa), air kimia yang menggatalkan dan beberapa lagi keganasan yang hanya dirasai oleh mereka yang berada dalam demonstrasi itu sahaja yang mengetahui 'nikmat' berdemonstrasi.


Kenapa Rumah ALLAH?

Salah satu kejadian yang tak dapat ana lupakan dalam siri demonstrasi yang pernah ana sertai adalah serangan yang secara jelasnya menyerang rumah suci ALLAH. Memang jelas dan nyata ianya secara sengaja. Meskipun bolehlah ana katakan
salah mereka yang berdemonstrasi apabila mereka berlindung di dalam masjid, tetapi menembak gas pemedih mata masuk ke dalam kawasan solat jemaah adalah sesuatu yang boleh ana label sebagai perbuatan orang yang tidak menghormati agama Islam. Sedangkan pihak FRU majoritinya orang Islam.

Sikap kurang ajar anggota FRU yang bertugas seolah-olah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan UMNO itu menentang agama ALLAH kerana mereka dengan jelas menyerang ummat Islam bahkan menyerang kawasan rumah suci ALLAH itu. Tanya sahaja kepada mereka yang turut menyertai demonstrasi jika antum yang membaca tidak mempercayai.


Al-Arqam dan Ayah Pin

Pasti antum masih ingat bagaimana suatu ketika dahulu Jemaah Al-Arqam telah diisytiharkan haram oleh JAKIM sehingga membawa kepada siri penangkapan besar-besaran ahli mereka. Ada juga yang dibawa ke kandang ISA kerana mereka dikatakan menggugat keamanan Negara. Antara mereka yang ditangkap ialah Abuya Al-Arqam.

Hampir 10 ta
hun selepas itu Negara dikejutkan dengan kehadiran Ayah Pin. Jika Al-Arqam berkubu di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur; Ayah Pin pula membina 'empayar' sesatnya di Terengganu. Meskipun Ayah Pin dengan jelas turut menggugat keamanan Negara apabila dia mengaku bahawa dia menyatukan semua agama di bawahnya, tetapi hingga hari ini, kenapa Ayah Pin tidak diringkukkan ke dalam kandang ISA?

Bukanlah ana ingin menyatakan bahawa penangkapan Abuya itu adalah salah, tetapi dmanakah adilnya jika seorang ditangkap dengan alasan mengancam keamanan Negara, bagaimana dengan lagi seorang. Tidakkah menyebarkan fahaman sesat lagi menyesatkan itu turut mengancam keamanan Negara?


Kembalikan Hak Kami

Sebagai rakyat yang berada di bawah kerajaan yang melaksanakan demokrasi, kami mempunyai hak kami untuk bersuara. Besar sangatkah antum sebagai orang yang memimpin sehingga suara kami sabagai rakyat tidak didengari.

Hatta Rasulullah sendiri serta para sahabat sekalipun tenang menerima teguran daripada rakyat yang berada di bawah kepimpinan mereka, inikan pula kita sebagai hamba yang belum tentu Syurganya. Janganlah kerana kuasa yang diamanahkan itu, antum menggunakannya untuk menangkap mereka yang boleh menggugat apa sahaja agenda antum untuk mendapatkan apa jua yang diinginkan. Sebaliknya orang yang sehaluan dengan antum, antum biarkan sahaja mereka walaupun perbuatan mereka jelas menjejaskan Negara.

Wallahua'lam...
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN