AkHiRnYa III
Isu 2: Arak di Selangor

Walaupun agak lewat untuk ana respon terhadap isu ini, tetapi ana tetap berdegil nak juga bagi respon. Biarlah orang nak kata apa pun. Yang penting kebenaran tetap ditegakkan.

Isu yang pelik sebenarnya kerana banyak perkara yang boleh kita ambil pengajaran daripadanya dan kita juga dapat melihat bagaimana Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang ini sedang tenat dan terdesak untuk meraih kembali sokongan daripada rakyat.

1. Sebelum Selangor diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR), 50 tahun Kerajaan Barisan Nasional memerintah Selangor. Ada dibangkitkan isu arak? Sedangkan arak tetap berleluasa dijual di Selangor walaupun yang memerintah Kerajaan BN. Kilang arak yang sebesar-besarnya, yang terletak di Shah Alam dimana kalau anda lalu di kawasan lebuhraya, jelas terpampang kilang arak. Siapa yang bina?

2. Antara isu berkaitan dengan arak ini ialah apabila arak dijual di kawasan majoriti penduduknya Islam (pada ana, istilah Islam lebih tepat daripada Melayu). Masalahnya sekarang, iklan arak di akhbar-akhbar Bahasa Inggeris dan di pawagam macamana pula? Apa Kerajaan BN ingat yang beli surat khabar Bahasa Inggeris itu semuanya orang bukan Islam? Bukan ke ramai pensyarah dan cikgu menggalakkan anak murid mereka membeli surat khabar Bahasa Inggeris ini? Cakap nak memantapkan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Yang duduk melangok di panggung wayang itu bukan majoritinya orang Islam?

3. Kalau arak haram, judi pe cerita? Sejak bila pula arak haram, judi tak jadi haram. Pusat PERJUDIAN terbesar di Asia Tenggara bukan ke di Genting Highland (kalau tak pun, pernah suatu ketika dahulu)? Genting Highland tu di negeri bawah pemerintahan siapa? Mana akhbar yang kononnya kecoh tentang isu arak ini?

4. Kebetulah beberapa hari yang lalu ana berkesempatan membaca akhbar METRO. Nah, terpampang iklan ah long dan perjudian nombor ekor di empat muka surat pada akhbar tersebut. Apa, ingat akhbar METRO yang baca bukan majoriti orang Islam?

Jawab sikit...
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN