AkHirNya...
Assalamu’alaikum wrh wbt...

InsyaALLAH kali ini ana akan respon kepada beberapa perkara mahupun isu yang timbul, hangat diperkatakan mahupun dipaparkan di dada akhbar mainstream untuk ana kongsi bersama agar kita boleh menggunakan aqal kurniaan ALLAH ini sebaik-baiknya. Sebelum itu...


Pneumonia, bukan H1N1

Beberapa minggu yang lepas, tahap kesihatan ana di tahap yang agak membimbangkan apabila demam yang ana alami selama hampir 1 bulan tidak menunjukkan tanda ianya akan kebah. Meskipun kebimbangan diserang virus Influenza A H1N1 tinggi dalam diri ana, ana tetap menjalankan kehidupan seperti biasa. Masuk ke minggu ke-3, keadaan menjadi agak membingungkan apabila suhu bandan memuncak. Semua tanda yang menunjukkan ana diserang virus Influenza H1N1 jelas kelihatan, namun menjadi hampa kerana apabila ke klinik doktor hanya memberikan ubat.

Atas kesedaran sendiri, ana mengambil keputusan untuk ke hospital di tempat ana melakukan check sekali lagi. Alhamdulillah, ana hanya disyaki mengidap tanda-tanda awal pneumonia (paru-paru berair). Masih di tahap awal tapi tetap membimbangkan.


Isu 1: Perhimpunan Mansuhkan ISA




Alhamdulilah, segala puji-pujian hanya bagi ALLAH yang telah memberikan kesempatan pada ana dan beberapa sahabat untuk bersama dengan ribuan rakyat berhimpun bagi menyatakan bantahan kami terhadap undang-undang zalim durjana tajaan kerajaan Malaysia. Meskipun tahap kesihatan yang agak kurang, tetapi ana tetap menguatkan diri untuk ke sana. Komuter yang sepatutnya dijadual berlepas ke tempat himpunan nampaknya sekali lagi dimanipulasi oleh pihak berwajib untuk menghalang rakyat yang hanya inginkan keadilan. Tetapi kuasa ALLAH tetap dengan kehebatannya yang tersendiri apabila tetap dapat menghimpunkan ribuan rakyat di tempat himpunan.

Ana yang ditugaskan oleh ketua himpunan kami untuk memulakan pergerakan dari Masjid Jamek, bersama beberapa orang sempat solat di Masjid Jamek meskipun polis dan Unit Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Unit – FRU) kelihatan berlambakan di sekitar masjid, menangkap mereka yang disyaki akan menyertai himpunan meskipun jam masih jauh daripada menunjukkan pukul 2 petang, masa himpunan dijadualkan bermula.

Meskipun dada berdebar menyaksikan sendiri beberapa sahabat dicekup polis tetapi tawakkal ku hanya kepada ALLAH mengharapkan agar ana beserta sahabat-sahabat yang ada di sisi tidak dicekup sama.

Seusai solat Zohor, ana bersama sahabat bersiap sedia untuk bersama beberapa lagi pejuang keadilan yang lain berhimpun untuk memulakan perarakan. Seperti biasa, kawanan polis dan FRU dengan semena-mena menembak gas pemedih mata, namun keberhasilannya nampak kurang berjaya. Kumpulan kami berjaya melepasi halangan dan sekatan sehinggalah kami mampu bersama dengan kumpulan di pasaraya SOGO, yang mana turut menyertai ialah pimpinan Pakatan Rakyat.

Walaupun perhimpunan yang diadakan tidak mencapai matlamat asal, iaitu menyerah memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agung, tetapi ia tetap suatu perjalanan yang penuh cabaran, gas pemedih mata, serta air kimia. Semuanya berjalan lancar tidak sehingga polis dan FRU menyembur dan melepaskan bahan kimia itu ke arah kami. Di sini ingin ana utarakan beberapa persoalan:

1. Berita sibuk memaparkan bahawa peniaga di sekitar Kuala Lumpur kecoh mengatakan bahawa mereka mengalami kerugian kerana Himpunan Mansuhkan ISA. Persoalannya, kenapa hanya Himpunan GMI, bagaimana dengan Himpunan Pro-ISA? Bukankah mereka juga turut mengadakan himpunan? Mengapa mereka tidak dipersalahkan? Dua kumpulan yang berbeza membuat perhimpunan di kawasan sekitar Kuala Lumpur, tetapi hanya mereka yang menyertai Himpunan Mansuhkan ISA dipersalahkan. Adil? Atau yang terlibat dengan pro-ISA itu ada kena mengena dengan Kerajaan???

2. Media arus perdana juga turut melaporkan yang menghadiri perhimpunan hanya sekitar 5 000 orang. Butakah atau bodohkah anda dalam membuat suatu andaian? Seramai itu dikatakan 5 000? Orang Kerajaan juga turut mengatakan jumlah yang sedemikian. Hmmm... patutlah Malaysia bermasalah, kebanyakan Menterinya jahil dalam mengagak jumlah crowd yang hadir dalam sesuatu perhimpunan.

3. Ada dikalangan orang yang menyertai perhimpunan di katakan bertindak ganas? Bagaimana dengan polis dan FRU yang bertindak se’haiwan’ dengan sang Yahudi laknatullah? Tak cukup ganas ke tangkap orang yang hendak berhimpun macam tangkap binatang nak sumbat dalam zoo? Menyembur dengan air kimia (hmmm... ada yang cakap kepekatan air kimia itu sama dengan air kimia yang digunakan sang Yahudi ketika mereka menghalau rakyat Palestin... Sama tak macam Yahudi?), menembak dengan gas pemedih mata dengan tembakan terus ke arah himpunan, mengejar orang yang menyertai himpunan macam anjing kejar perompak... Tak cukup kurang ajar ke? Tak masuk TV pon? Tak keluar surat khabar pun? Takut ke? Yang peliknya, nak halau penduduk yang duduk kat penempatan haram, kenapa lembik macam ...........?

Yang ana nyatakan diatas hanyalah beberapa perkara. Hakikatnya banyak lagi perkara dan isu yang ingin diutarakan tetapi atas kekangan beberapa perkara, itu sahaja untuk isu ini. Antum yang membaca fikirlah sendiri.


bersambung...
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN