AkHiRnYa IV
Isu 3: Ahli UMNO Masuk Neraka

Isu yang agak baru. Macam biasa, kenyataan Tok Guru sekali lagi diputarbelitkan oleh media arus perdana yang juga alat Kerajaan BN untuk menghilangkan kepercayaan rakyat kepada PR khususnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Kenyataan yang mana beliau menyatakan UMNO membawa ajaran Islam palsu bukannya Islam yang tulen, serta ajaran Islam palsu ini tak bawa kita masuk Syurga dimainkan oleh media arus perdana supaya Tok Guru seolah-olah sudah hilang ‘pedoman’ sebagai seorang ulama’.

Persoalan yang timbul:

1. Kenyataan tersebut menyatakan UMNO membawa ajaran Islam yang tidak betul dan tidak boleh bawa kita masuk Syurga, bukannya ahli UMNO tidak masuk Syurga. Yang membacanya tidak faham atau boleh dikategorikan sebagai ‘kurang pandai’. Ahli UMNO dan UMNO itu sama ke? Kalau macam itu, Islam dan umat Islam itu samalah. Umat Islam ramai yang melakukan maksiat, nak salahkan Islam ke? Atau nak salahkan umat Islam? Jadi sama ke Islam dengan umat Islam. Kalau tak sama, sama ke UMNO dengan ahli UMNO???

2. Para Mufti turut mengambil tindakan ke atas Tok Guru atas alasan kenyataan itu boleh mengelirukan umat Islam khususnya di Malaysia. Nak tanya sedikit, kalau isu ini boleh dibawa sampai ke pihak mufti, apa cerita dengan kenyataan Tun Mahathir suatu ketika dahulu sewaktu beliau masih lagi menjadi Perdana Menteri (PM)? Bukankah beliau pernah menyatakan Nabi Muhammad tak cukur janggut sebab pada zaman itu tiada Gilette. Apa tindakan pihak berkuasa agama Islam?

3. Ramai lagi di kalangan ahli UMNO khusunya pernah menghina Islam dengan jelas dan terang, siap ditayangkan di televisyen. Hatta PM sekarang ini pun pernah mengeluarkan kenyataan ketika beliau masih lagi seorang menteri dengan menyatakan Kelantan tidak akan maju sekiranya mereka melaksanakan hukum Islam. Tidak cukup jelaskah kenyataan itu untuk menghukum mereka? Adakah pihak berkuasa lebih takutkan pemimpin-pemimpin yang sebegini ini daripada takutkan ALLAH???

Ya ALLAH, selamatkah negara kami daripada pemimpin-pemimpin yang zalim ini. KAU hancurkanlah pakatan jahat mereka. KAU musnahkanlah perancangan jahat mereka... Amin.
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN