TuDunG
Usai menunaikan solat asar, ana bersama seorang rakan sekelas duduk di suatu kawasan rehat mengambil peluang berbual sambil mengisi masa yang terluang. Topik yang dibualkan... hanyalah bualan kosong pada awalnya. Tetapi takdir ALLAH menentukan segalanya...

“Kau perasan tak, aku rasalah kan Farah tu gediklah perangai dia. Pakai je tudung, tapi perangai mengada-ngada cam tu,” kata Taib memulakan bicara.

“Kenapa ko kata gitu?” ana membalas, penuh tanda tanya.

“Iyelah, cuba ko tengok. Kalau nak dibandingkan antara Farah dengan Sal tu, aku rasa elok lagi perangai si Sal tu. Walaupun Sal tu free hair, tapi dia takde tergedik-gedik dengan lelaki,”

“Ko takleh cakap cam tu. Kita tak tau perangai sebenar Sal. Mungkin depan lelaki je dia gitu,”

“Memang aku tak tau. Tapi aku pernah je dengar budak bilik Sal, Demi tu borak dengan budak kelas kita. Demi kata memang perangai Sal macam tu kat bilik. Dia pun memang jenis study je kat bilik, tu pasal dia boleh score every sem,”

“Hmmm... ada betulnya kata Taib ni...” ana bermonolog. “Jadinya, apa yang cuba ko bagitau ni?”

“Pada akulah kan, better takyah pakai tudung kalau macam tu. Pakai tudung pun perangai ngade-ngade. Baik lagi orang yang free hair tapi jaga perangai depan lelaki,” Taib menyatakan pendapatnya.

..........................................................................................................................................................

Dialog yang sengaja ana paparkan di atas mungkin pernah antum semua lalui ketika antum menjadi mahasiswa mahupun ketika sudahpun melangkah ke dunia pekerjaan. Sesuatu yang mungkin dianggap biasa oleh kebanyakan orang hari ini tetapi hakikatnya, pendirian seperti Taib inilah yang menghancurkan banyak ummat Islam hari ini dengan pegangan Islam yang sebenar di samping memecah belahkan ummat Islam yang semakin lemah ini lantaran ketidak fahaman yang nyata terhadap apa yang dimaksudkan dengan suatu perkara yang asas, iaitu ‘BERTUDUNG’.


Aduhai Tudung...

Bertudung hari ini tidak lagi dianggap suatu kewajipan yang qat’ie oleh kebanyakan ummat Islam, sebaliknya ramai yang beranggapan bahawa bertudung adalah suatu trend ataupun gaya fesyen yang ‘wajib’ diikuti dan dipatuhi jika tidak mahu dianggap ketinggalan zaman. Maka wujudlah istilah ‘bertudung’ sehingga muncul pelbagai jenis dan gaya tudung yang diambil daripada nama-nama artis dan selebriti.

Ramai yang tidak faham akan hakikat sebenar disebalik pengsyariatan memakai tudung seperti yang dianjurkan Islam. Sebagai sebuah agama yang memimpin manusia ke arah jalan yang benar lagi lengkap ajarannya, pasti perkara asas seperti memakai tudung ini ada sebab pengsyariatannya. Meskipun budaya ataupun amalan bertudung ini pada asalnya adalah budaya orang Arab ketika zaman Arab Jahiliyyah dahulu, tetapi sebaik sahaj turunnya Islam, budaya ini menjadi syariat lantas daripada melaksanakannya atas nama budaya, ia menjadi suatu ibadah kerana dengan memakainya membolehkan perlaksanaan ibadah itu menjadi sempurna.

Bukan isu pakai atau tidak pakai tudung yang sepatutnya diperbincang ataupun diperdebatkan. Satu isu yang lebih besar patut diambil perhatian oleh masyarakat kini iaitu isu menutup aurat. Tidak mengapa kira seorang wanita muslimah itu tidak mahu memakai tudung asalkan apa yang dipakainya itu menutup aurat. Yang menjadikan wajib tudung itu dipakai bukan kerana namanya tudung, tetapi kerana ianya boleh melindungi mahkota kurniaan ALLAH Ta’ala bernam rambut itu daripada pandangan lelaki ajnabi. Pakailah apa sahaja. Termasuk tudung saji (jika boleh menutup rambut). Tetapi pemahaman ummat islam hari ini, mesti bertudung walaupun bajunya sendat dan ketat hingga menampakkan pusat, lengan tangannya pendek hingga menampakkan ketiak, sendat dan ketatnya seluar jeans hingga menampakkan alur punggung dan bentuk punggung, terbelah sana sini kainnya hingga menampakkan betis dan peha yang putih melepak. Jadi, apa gunanya memakai tudung jika auratnya terdedah. Kesimpulan ringkas, sama sahaja orang yang bertudung tetapi tidak memenuhi kriteria menutup aurat yang sempurna dengan wanita yang tidak memakai tudung meskipun yang dipakainya itu baju kurang mahupun jubah.

Bertepatan dengan apa yang pernah disabdakan Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu hadithnya yang bermaksud:

“Di akhir zaman nanti akan ada di kalangan wanita yang memakai tudung tetapi mereka bertelanjang.”

Hebat sungguh seorang Rasul kekasih ALLAH. Meskipun pada ketika itu kriteria wanita di sana majoriti menutup aurat, tetapi baginda boleh mengetahui saat dan ketika bagaimana rupa bantuk ummat akhir zamannya itu. Mereka yang dinyatakan Nabi itu adalh kebanyakan wanita bertudung zaman ini.

Mungkin ada yang membaca tulisan ana kali ini mengatakan bahwa tulisan ana pedas. Tetapi yang benar tetap perlu ditegakkan walaupun ianya pahit untuk ditelan.


Fesyen???

Menyentuh tentang isu tudung ini, masih ramai yang berdegil ingin mempertahankan kehendak dan kemahuan mereka untuk berfesyen sebegitu hanya kerana bertuhankan dunia yang sementara ini. Mereka tidak menyedari bahawa kewajipan menutup aurat itu merupakan suatu tuntutan ke atas semua ummat Islam. Itu belum lagi hendak diceritakan isu wanita bertudung yang semakin berani melakukan aksi-aksi luar tabiie, dan juga wanita bertudung yang boleh tergelak serta bertepuk tampar dengan lelaki meskipun apa yang dipakainya itu boleh dikategorikan sebagai menutup aurat dengan sempurna.

Aduhai dunia zaman ini, penuh dengan fitnah yang membuatkan ummat Islam semakin lemah. Jika ditanyakan kepada ana, mengapa ummat Islam hari ini begini, ana akan tetap dengan jawapan ana iaitu “aqidah ummat Islam hari ini masih rapuh”. Memang itu hakikatnya. Dek kerana kurang ataupun tidak yakin dengan apa yang dinyatakan ALLAH dan Rasul-NYA, maka ramai daripada kita yang mengambil remeh akan tuntutan Islam itu. Lihat sahaja masjid dan surau-surau yang sering kelihatan lengang di setiap waktu solat berjemaah berbanding dengan pasaraya yang mana semenjak daripada pagi ianya dibuka hinggalah malam, tidak pernah putus dengan orang mengunjunginya. Ramai yang memberi alasan kurang bijak dengan mengatakan “solat jemaah itu fardhu kifayah, bukannya takde orang yang solat jemaah. Ada seorang imam dengan bilal cukuplah tu. Lepaslah kita semua daripada dosa.” Satu soalan ana nak bertanya, kalau solat jemaah itu hukumnya fardhu kifayah, apa pula hukum membeli belah? Fardhu ain ke???


Skeptikal

Berbalik kepada persoalan yang ingin ana ajukan, adakah pemikiran yang ditunjukkan oleh Taib itu menunjukkan bahawa dia sedang mengalami suatu jenis pemikiran yang dinamakan ‘pemikiran skeptikal’ dalam beragama. Pemikiran seperti ini adalah merbahaya terutamanya kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan Islam. Kerana dengan wujudnya pemikiran seperti ini, akan timbul golongan-golongan baru yang akan menentang agama hasil daripada kejahilan diri mereka mentasir sesuatu lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan hukum dalam Islam.

Wallahua'lam...

p/s: Nama-nama yang dipaparkan dalam dialog di atas bukanlah nama sebenar empunya diri. Tetapi dialog tersebut merupakan dialog yang diolah daripada perbualan penulis dengan salah seorang kenalannya. Semoga ianya bermanfaat.
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN