LaZiMi InsYaALLAH
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Kami berlindung dengan-MU ya ALLAH daripada syaitan yang direjam...
Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG
Assalamu’alaikum wrh wbt...InsyaALLAH, satu lafaz mudah yang sering kali kita abaikan dalam pertuturan harian kita. Mungkin kerana lupa, mungkin juga alpa, mungkin juga kerana bangga.Dalam satu kuliah yang disampaikan melalui corong radio beberapa hari yang lalu, ana berkesempatan mendengar kuliah berkenaan lafaz mulia ini. Dalam sirah nabi junjungan Muhammad s.a.w., terdapat satu peristiwa yang wajar kita renungi dan hayati semoga kisah ini menjadi pedoman dan ikhtibar dalam kehidupan harian kita.Rasulullah TerlupaPada suatu ketika, kaum kafir Quraisy sudah hampir putus asa untuk menghalang dakwah mulia baginda Rasulullah s.a.w. Perbagai cara telah dilakukan, pelbagai gelaran telah diberikan. Daripada ‘orang gila’ hinggalah kepada ‘tukang sihir’ semuanya tidak menghalang baginda daripada menyampaikan dakwah mulia ini demi Islam yang dicintai.Lalu mereka bertemu dengan puak Yahudi, dan bertanya tentang cara lain untuk menyekat dakwah baginda. Akhirnya si Yahudi memberikan 3 soalan, yang mana soalan-soalan ini perlu diajukan kepada Muhammad. Jika benar baginda seorang Rasul, pasti baginda dapat menjawabnya. Lalu pergilah kaum kafir Quraisy ini menemui baginda Nabi beserta dengan 3 soalan ini tadi.Ketika bertemu dengan baginda Rasul, mereka pun mengajukan soalan ini. Dan baginda menjawab, “Esok akan aku jawab semua soalan kamu.”.Lalu esok pun tiba, tetapi wahyu daripada ALLAH Ta’ala tetap tidak tiba jua untuk memberikan jawapan kepada baginda Rasul.Ibrah daripada SirahMaha Suci ALLAH daripada segala sifat yang tercela.Daripada kisah di atas, kita sapat saksikan bagaimana ALLAH Ta’ala sendiri telah menahan wahyu daripada turun kepada Nabi selama beberapa ketika, ketika mana baginda sendiri amat memerlukan wahyu untuk memjawab 3 soalan yang telah diberikan. Puncanya hanya satu, baginda terlupa untuk menyebut ‘insyaALLAH’. Mungkin kerana keyakinan baginda bahawa ALLAH pasti menolongnya kerana baginda adalah kekasih ALLAH, dan baginda adalah Rasulullah.Jika kita perhatikan, setiap perkara yang ALLAH Ta’ala lakukan itu, terutamanya dalam sirah hidup Rasulullah, pasti ada pengajaran yang kita boleh ambil.Yang pertama, perlunya kita sebagai hamba yang tidak mengetahui akan perkara yang akan datang (termasuk dalam perkara ghaib), mengucapkan lafaz ‘insyaALLAH’ yang bermaksud ‘dengan izin ALLAH’. Oleh kerana itu, ucapkan sahaja sebagai suatu keyakinan kita bahawa sebagai hamba yang lemah, segala sesuatu itu pasti ada hikmahnya walaupun ianya tidak berlaku seperti yang kita inginkan. Dengan lafaz ini juga sebenarnya, ia merupakan suatu janji kita dengan nama ALLAH bahawa kita akan melakukan perkara tersebut. Walaupun kiranya perkara yang dijanjikan itu tidak menjadi, kita sudah menyerahkan kepada ALLAH. Tetapi perlu diingat, setelah terbitnya lafaz ini, ia dikira janji kerana telah adapun suatu keyakinan bahawa dengan izin ALLAH pasti ianya terjadi. Perlu ada usaha untuk melaksanakannya, bukan hanya duduk sahaja tanpa ada usaha untuk menunaikan janji tersebut.Yang kedua, dapatlah kiranya kita menyangkal beberapa pendapat musuh-musuh Islam serta orientalis dalam mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah karangan dan ciptaan baginda rasul. Kerana jika benarlah ianya tulisan dan karya baginda, mengapakah ketika saat-saat genting ini, tiada sebarang wahyu yang ‘ditulisnya’Wallahua’lam...