MaRi BeRSaMa BuKTiKan KeCinTaaN KePaDa RaSuLuLLaH S.a.W.
Kami berlindung dengan-MU ya ALLAH daripada syaitan yang direjam...

Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum wrh wbt...


Tindakan biadap golongan kuffar terhadap umat Islam kian menyerlah apabila yang terbaru, 3 akhbar Sweden menyiarkan karikatur yang menghina baginda Nabi s.a.w. Mereka yang tidak serik-serik melakukan perbuatan biadab ini seolah-olah tidak gentar dengan ancaman yang pernah dilafazkan umat Islam suatu ketika dahulu, sewaktu kejadian yang hampir sama dilakukan oleh kartunis Belanda dan Denmark. Ancaman yang pernah dikeluarkan itu nampaknya diambil remeh oleh golongan yang jelas menentang Islam ini kerana... Hmmmm... kerana....

Berat rasanya mahu menghabiskan kenyataan di atas. Kerana memang hakikatnya, terang lagi bersuluh, kecintaan dan kasih sayang kita umat Islam kepada agama Islam dan Nabi junjungan Muhammad s.a.w. sudah semakin pudar. Malah ana berani katakan, sebahagian besar umat Islam hari ini sudah hilang rasa cinta dan kasih sayang kepada Nabi Muhammad s.a.w., hatta perasaan marah ‘hangat-hangat tahi ayam’ yang ditunjukkan oleh umat Islam jelas hanya sementara, dan pastinya tidak menimbulkan sedikitpun rasa gentar di hati golongan musyrikin laknatullah ini. Sejauh mana kita mencintai baginda Rasul?


Jom Turun Himpunan Aman 26 Mac Ini

Dewan Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat pada minggu ini ada menyatakan pendirian mereka mengutuk penyiaran karikatur itu, seterusnya mengajak umat Islam di Malaysia untuk bersama turun berhimpun secara aman di hadapan kedutaan Sweden pada Jumaat, 19 Mac 2010. Namun tarikh itu ditunda atas sebab-sebab tertentu tetapi perhimpunan ini masih diteruskan pada 26 Mac 2010, minggu hadapannya. Ayuh pemuda pemudi Islam yang sayangkan perjuangan Islam ini, mari kita bersama tunjukkan kecintaan kita kepada baginda Rasul. Berhimpun atas rasa kasih sayang kepada Nabi Muhammad seterusnya mengutuk perbuatan hina dan tidak bertanggungjawab mereka yang sewenang-wenangnya menghina dan memperlekehkan baginda Rasul.



Umat Islam digalakkan untuk bersama menunaikan Solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur. Selepas itu kita akan bersama berarak ke Kedutaan Sweden bagi menyatakan pendirian kita. Umat Islam tidak seharusnya mendiamkan diri atas penghinaan demi penghinaan yang terus-terusan dilakukan ini. Satu langkah yang drastik perlu diambil bagi menyedarkan golongan ini bahawa agma suci Islam ini bukanlah untuk diperlekehkan semata-mata. Malah agama suci ini perlulah dipertahankan, agar kesuciannya terus terpelihara hingga ke akhirnya.

Dan peringatan khas kepada golongan-yang-bising tentang isu perarakan Maulidurrasul. Jangan hanya pandai ‘berkokok’ untuk mempertahankan pendirian tanpa hujah anda. Marilah bersama buktikan bahawa kita semua adalah umat Islam yang benar-benar cintakan Islam. Kita adalah umat Islam yang tidak sesekali rela Nabi dan agama ini diinjak-injak maruahnya. Kita adalah umat yang benar-benar sayang dan cintakan perjuangan suci ini. Buktikanlah wahai umat Islam di seluruh tanah airku.

Semoga usaha kecil kita ini, mendapat tempat di sisi ALLAH Ta’ala.

ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!


Wallahua’lam...
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN