SaKaRatUL MaUT: BuaT RenuNgan BerSama [BaHagiAn 1]
Assalamu'alaikum wrh wbt...

Sabdaan baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Sesungguhnya kubur itu merupakan stesyen-stesyen akhirat. Barang siapa yang berjaya, maka selepas itu ia lebih mudah. Dan barang siapa yang tidak berjaya, maka selepas itu lebih berat lagi.”

Istilah kubur yang digunakan oleh kita masyarakat melayu hari ini merujuk kepada alam barzakh. Oleh yang demikian, meskipun seseorang itu meninggal di lautan, dibaham harimau, ditelan ular sawa, mahupun tidak dijumpai mayatnya; dia tetap akan memasuki alam kubur kerana alam kubur ataupun alam barzakh itu jauh lebih luas daripada pengertian yang biasanya dimaksudkan oleh kebanyakan orang.

Alam barzakh sebenarnya jauh lebih luas daripada alam dunia yang sedang kita berada sekarang. Semua ini adalah ketentuan ILLAHI di mana menyaksikan turutan alam yang dilalui oleh seseorang insan itu, bermula daripada ketika dia berada di alam roh yang kecil, singgah di alam rahim yang lebih besar (dalam ‘perut’ ibu yang mengandungkannya), seterusnya menjejak ke dunia seperti sedia ada ini. Pengenbaraan seorang insan itu diteruskan ke alam barzakh yang hakikatnya lebih luas daripada alam dunia. Dan sebelum menamatkan pengembaraan, insan itu akan dihimpunkan di Padang Mahsyar di mana menghimpun semua manusia daripada zaman Nabi Adam A.S. sehinggalah ke zaman manusia terakhir ummat Nabi Muhammad S.A.W. Setelah tamat hisab dan timbangan, barulah seseorang hamba ALLAH itu memasuki Syurga mahupun Neraka bergantung kepada amalan serta rahmat ALLAH Ta’ala di mana menyaksikan suatu alam yang tiada penghujungnya.

Keimanan seseorang hamba itu juga bergantung kepada sejauh mana keyakinannya kepada ALLAH dan Rasul-Nya. Keyakinan yang sempurna adalah apabila seseorang itu turut beramal dengan apa yang diyakininya. Akhirat merupakan tempat tinggal yang abadi. Perkampungan akhirat merupakan kehidupan yang hakiki di mana akhirat merupakan tempat yang lebih baik dan kekal abadi. ALLAH Ta’ala menjanjikan Syurga kepada mereka yang tidak sibuk mencari pangkat dan darjat serta keseronokan yang hanya sementara di dunia ini. Tetapi ini tidak bermaksud kita tidak boleh mencari harta dan kekayaan, Cuma biarlah ianya hanya sebagai pembantu penggerak perjalanan da’wah kita. Jangan jadikan pangkat dan darjat halangan untuk kita terus berada di medan da’wah yang serba mencabar ini.

Alam barzakh merupakan suatu alam yang amat menakutkan. Berbeza dengan ummat manusia sekarang ini, ummat Islam dahulu kala seronok menantikan jemputan daripada ALLAH ini kerana bercita-cita ingin berjumpa dengan Sang Maha Pencipta. Diceritakan bahawasanya Bilal bin Rabbah r.a. apabila isterinya mengatakan kepadanya, “Sayu apabila engkau meninggal nanti.”. Sebaliknya Bilal menjawab, “Gembiranya aku segera dapat berjumpa dengan Nabi.” Mungkin juga kerana dengan sogokan demi sogokan dunia menyebabkan kita merasa seronok dengan dunia yang melekakan ini dan melupai ni’mat sebenar alam selepas dunia.

Kebolehan serta mu’jizat yang diberikan ALLAH kepada Nabi Isa a.s. antaranya ialah boleh menghidupkan orang yang telah mati. Pernah suatu ketika di mana ummat baginda tidak mempercayai dengan mujizat yang dikurniakan ALLAH itu. Mereka pun mendapatkan orang yang telah lama meninggal dunia. Lalu dengan izin ALLAH Ta’ala, orang yang telah lama meninggal itu pun dapat dihidupkan kembali oleh Nabi Isa a.s. Katanya, aku sangkakan bahawa sudah datangnya kiamat. Beliau juga mengatakan bahawa, cukuplah sekali aku merasai mati kerana sehingga sekarang aku masih merasai sakitnya azab kematian itu.

Kita perlulah sentiasa berdoa kepada ALLAH Ta’ala agar meringankan sakaratulmaut kita. Nabi s.a.w. ketika menghadapi sakitnya sakaratulmaut pernah mendoakan “Ya ALLAH bantulah aku menghadapi mabuknya mati.” Nabi juga diceritakan berkata kepada Jibril, “Wahai Jibril, sakitnya mati. Wahai Jibril, sampai hati engkau tidak melihat wajahku ketika aku menanggung sakitnya mati.” Namun Jibril berkata, “Tidak sampai hati aku melihat wajahmu.” Aishah r.a. pernah berkata, “Aku tidak cemburu melihat orang yang mudah matinya kerana aku melihat Nabi juga susah matinya.”

~Ringkasan Kuliah Ustaz Ismail Kamus berkenaan 'Sakaratulmaut'~



p/s: Sekadar suatu perkongsian ilmu sebagai langkah memperluaskan lagi ilmu Islam. Ana akan cuba sedaya upaya untuk menambah baik artikel berkaitan dengan ilmu di masa akan datang dengan menambah dalil-dalil daripada Al-Qur'an dan As-Sunnah. Wallahua'lam...
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN