SaKaRatUL MaUT: BuaT RenuNgan BerSama [BaHagiAn 2]
Kaedah Sakaratulmaut

Bukan semua manusia di muka Bumi ini menghadapi sakaratulmaut dalam keadaan yang sama. Bahkan orang Muslim dan Mu'min itu pun mempunyai pelbagai keadaan ketika menghadapinya. Orang yang jahil sakit ketika matinya bukan semata-mata kerana dosa-dosa yang pernah dilakukannya, tetapi ada juga yang tandanya ALLAH Ta'ala ingin mengampunkan dosa-dosanya. Berbeza dengan orang yang 'alim, jika mereka sakit ketika saat kematian mereka, ada dua tanda. Sama ada sakitnya itu kerana ada dosanya yang belum terampun ataupun ALLAH ingin mengangkat darjatnya lebih tinggi di sisi-NYA.

Sebagai orang yang beriman bahawa kematian itu pasti dan keampunan Tuhan itu juga pasti, kita jangan sesekali mengata orang yang telah meninggal dunia. Kita perlulah beringat bahawa ketika menghadapi sakaratulmaut, dosa-d
osa yang pernah kita lakukan akan kembali menghantui kita. Khayalan tentang dosa-dosa yang lalu pasti akan datang. Penyesalan pasti akan ada.


Iman dan 'Amal

Keimanan kepada ALLAH S.W.T. perlulah diikuti dengan 'amalan kerana keimanan tanpa 'amalan akan sia-sia sebagai mana ilmu tanpa 'amal. Iman juga bukan hanya sekadar perhiasan mahupun angan-angan. Iman perlulah seiring dengan keyakinan dan 'amalan. 'amalan yang penuh dengan keikhlasan hanya kepada-NYA. 'amalan tidak diangkat ke langit (tidak diterima) kerana kebakhilan, keras hati, merasa diri itu terlalu bagus (sombong) serta perkara-perkara sia-sia yang kita lakukan.

Sebagai orang yang beriman, perlu ada dalam diri kita ketakutan dan kebimbangan bahawa ALLAH tidak menerima 'amalan yang kita lakukan. Hal ini kerana ada orang yang ber'amal tetapi suka menunjuk 'amalan yang dilakukan. Bangga dengan apa yang di'amalkan itu. Mengata orang lain seolah-olah 'amalannya itu adalah yang terbaik dan diterima ALLAH.

Manusia tidak akan sentiasa betul, dan kita tidak perlu merasa bahawa diri kita sentiasa betul. Islam mengajarkita berkaitan dengan 'ilmu dunia dan Akhirat. Tidak terpisah antara keduanya apabila kita mempelajari Islam de
ngan cara yang betul. Berjiran, bermasyarakat, berpolitik. Semua ini ada kaitan denagn 'ilmu dunia dan ia perlulah selaras dengan apa yang diajar oleh ALLAH Ta'ala melalui Rasul-NYA di dalam Al-Quran. Janganlah jadi seperti orang-orang yang dikatakan ALLAH dalam kitab suci-NYA:

Al-Baqarah:


Susuk

Dalam kaedaah feqah, terdapat satu situasi di mana orang yang sudah mati tetapi anggita badannya masih bergerak. Menurut doktor, denyutan nadinya sudah tiada tetapi masih makan dan minum seperti manusia yang hidup. Hukum feqah mengatakan bahawa si dia masih belum mati. Maka si dia tidak boleh dimandi dan dikebumikan. Masalah inilah yang akan timbul apabila sebahagian daripada kita menuntut 'ilmu yang salah. Bersahabat ataupun berkhadam dengan jin dan syaaitan ini hukumnya haram di sisi Islam kerana ianya membawa kepada syirik kepada ALLAH. Malah, susuk yang masih digunakan oleh orang hari ini akan mendatangkan kemudharatan ketika sudah tua kerana susah nak dikeluarkan.

Susuk sudahpun mula di'amalkan
pada zaman Fir'aun di mana ketika itu terdapat seorang tua yang berumur ratusan tahun tetapi kecantikannya seperti oran yang berumur 20-an. Ketika itu susuk menyerupai haiwan-haiwan yang berbisa. Hukum penggunaan Botox untuk tujuan kecantikan dan perhiasan juga adalah HARAM.


Hakikat Penciptaan Jin

Ketika Jan (asal usul jin) diciptakan, ALLAH telah memakbulkan tiga permintaannya. Ketiga-tiga permintaan Jan itu ialah:
  1. Supaya manusia tidak nampak kepadanya
  2. Boleh menembusi air dan tanah
  3. Apabila tua, menjadi muda semula sebelum mati.

'Alam Kubur

Ketika di alam kubur, segala penyeksaan dan penderitaan yang di'alami oleh si mati hanya didengar oleh haiwan, tidak manusia. Gelap gelitanya di dalam kubur itu adalah lebih gelap daripada gelapnya malam. Apabila datangnya malaikat untuk menyoal si mati, roh akan kembali ke jasad untuk merasai seksa kubur itu. Maka si mati akan berada dalam keadaan antara hidup dan mati. Tetapi yang menjawab bukanlah susuk tubuh itu tetapi 'amalan yang pernah kita lakukan. Jika tak dapat manjawab soalan yang diajukan Malaikat, maka si mati akan di seksa; tetapi jika kita dapat menjawab, maka kita akan ditidurkan sebagaimana pengantin baru, dibukakan pintu-pintu Syurga.

Maka dengan itu kita digalakkan untuk berdoa, maksudnya:
"Ya ALLAH, aku berlindung dengan-MU dari azab kubur, fitnahnya dan api Neraka."

Pesan Nabi s.a.w. supaya rajin-rajinlah mengingati mati. kematian ada amarannya tetapi ramai antara kita yang tidak perasan akan amaran yang didatangkan kepadanya. Kita perlu selalu mengingati kawan-kawan kita yang telah mati. Sekarang ini sudah kurangnya bilangan orang tua kerana ramai orang muda yang telah mati.

Jasad orang yang melakukan dosa tidak layak untuk bertemu ALLAH walaupun ketika di Syurga nanti. Oleh itu, jagalah hubungan kita dengan ALLAH Ta'ala. Segeralah dalam ber'amal. Kerana modal yang paling mahal yang ALLAH berikan kepada kita ialah umur. Sewaktu umur masih ada, ber'amallah. Kematian itu datang tanpa kita tahu masanya dan tidak akan memilih orang yang tertentu. Sewaktu keluarnya roh daripada jasad, sakitnya adalh umpama 300 kali ganda pancungan.

Sewaktu hayat Nabi, pernah suatu ketika Nabi memohon bebrapa permohonan tetapi ada yang tidak dimakbulkan oleh ALLAH. Dan salah satu daripadanya ialah doa Nabi supaya ummat Islam tidak merasai sakitnya mati. Nabi meminta supaya segala seksa dan sakit menghadapi mati itu ditanggung olehnya.

Janganlah kita bertangguh dalam ber'amal. Rebut dan rampaslah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Sihat sebelum sakit, tua sebelum muda, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati (mafhum hadith Nabi). Perlulah kita mewajibkan diri kita ber'amal selagi masih ada ruang dan peluang. Merasai penat itu adalah biasa kerana tiada atau kurangnya semangat dalam diri kita. Oleh yang demikian, semangat dan keyakinan kita pada ALLAH perlu ada. Rasai dan ni'mati ganjaran yang akan diperoleh nanti.


11 Golongan di Padang Mahsyar

Sewaktu di 'alam kubur, sama ada merasai ni'mat ataupun derita diseksa sehinggalah tiupan sangkakala ke-2. Maka akan terdapat 11 golongan yang akan dihalau ke Padang Mahsyar untuk menantikan perhitungan segala 'amalan yang dilakukan di dunia. Mereka ialah:
  1. Orang yang tiada tangan dan kaki kerana suka menyakiti jiran tetangga
  2. Orang yang mana wajahnya menyerupai babi (khinzir) kerana malas dlam melaksanakan solat. (Setiap waktu yang ditinggalkan akan dibalas selama 80, 000 waktu di Akhirat)
  3. Orang yang perutnya besar seperti gunung kerana malas mengeluarkan zakat
  4. Orang yang keluar darah dari mulutnya kerana berbohong sewaktu berjual beli
  5. Orang yang badannya berbau busuk seperti bangkai kerana melakukan ma'siat secara bersembunyi
  6. Orang yang putus tengkuknya kerana menjadi saksi palsu
  7. Orang yang tiada lidahnya kerana enggan menjadi saksi
  8. Orang yang kakinya di atas, mukanya di bawah serta berjalan menggunakan lidah kerana melacurkan diri
  9. Orang yang wajahnya hitam, perutnya penuh dengan api kerana memakan harta anak-anak yatim (Suami yang meninggal perlu diberikan hartanya itu kepada anak-anak secara faraid seawal yang munkin selepas kematiannya. Wasiat kepada waris selain anak-anak adalah tidak sah)
  10. Orang yang gatal kulitnya kerana derhaka
  11. Orang yang berseri-seri wajahnya kerana beriman dan bertaqwa kepada ALLAH
~Ringkasan Kuliah Ustaz Ismail Kamus bertajuk "Sakaratul Maut~

Wallahua'lam


p/s: Al-Fatihah buat ayah kepada sahabat ana, Allahyarham Azhari yang telahpun pergi menyahut seruan ILLAHI Selasa lepas tanggal 16 Jun 2006. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh, Ameen.
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN