PaLeSTin... DiKau seMaKin DiLupaI
Assalamu'alaikum wrh wbt...

Bandar suci ummat Islam yang ketiga ini nampaknya semakin dilupakan dunia khususnya ummat Islam itu sendiri, termasuklah di negaraku ini. Walaupun hakikat sebenar bahawa rakyat masih kekal menderita jauh di sana, tetapi kita sebagai rakyat yang kononnya prihatin dengan nasib ummat sesaudara kita di sana nampaknya semakin jauh daripada kebenaran sebenar. Ramai lagi rakyat di negaraku ini yang tidak tahu hakikat sebenar yang berlaku di sana.

Walaupin pada awal tahun lalu, banyak usaha yang dilakukan pelbagai pihak termasuklah parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu-individu yang melakukan pelbagai usaha mengutuk dan melaknat perbuatan kejam sang Yahudi laknatullah itu, tetapi akhir-akhir ini, berita tentang penderitaan rakyat Palestin bagaikan terus dipinggirkan. Yang banyak difokuskan hanyalah berkaitan dunia hiburan yang semakin menjelekkan itu. Sibuk memberikan artis itu dan ini duit sehingga bernilai jutaan ringgit, tetapi nak bagi sejuta 'cash' pada rakyat Palestin punyalah susah. Itulah hakikat kita ummat Islam, lemah dan terus lemah umpama buih di lautan, banyak tapi tiada berguna.

Terbaru, sang Yahudi tak berguna itu terus merancang dan merancang untuk memperluas tanah jajahan haram mereka. Berikut merupakan salah satu berita terkini daripada salah satu media alternatif, Palestinkini. info:

Jumaat, 08/05/2009 - Syeikh Ra’id Solah, ketua ‘al-Harakah al-Islamiyyah’ di Palestin yang terjajah, membongkar satu tragedi baru yang sedang disempurnakan oleh 5 buah kementerian Zionis yang aparteid itu, dan yang menjadikan bandar al-Quds sebagai sasaran.

Beliau berkata dalam satu sidang akhbar di perkhemahan Umm Kamil pada hari Khamis (7/5) di kampung al-Syeikh Jarrah, bandar al-Quds yang terjajah dan sedang diancam akan diruntuhkan itu: “Terdapat perancangan Zionis meluas yang sedang diperkukuhkan siri-sirinya bagi memukul binaan kemasyarakatan dan menyahudikan suatu kawasan bermula dari kampung al-Syeikh Jarrah hingga ke lembah al-Jauz dan al-Suwanah yang dinamakan sebagai ‘kolam suci’ bagi mengepung kawasan lama bandar tersebut. Sebagaimana turut sedang berjalan peluasan 32 kawasan utama yang dirampas daripada masjid al-Aqsa bagi menguasainya.”

Beliau juga mendedahkan bahawa majlis perbandaran Zionis akhir-akhir ini mula melakukan pengukuran kejuruteraan semula bagi semua rumah di al-Quds bagi mengenal pasti mana-mana penambahan binaan bagi mengeluarkan arahan agar tambahan atau keseluruhan bangunan diruntuhkan, sambil menyifatkan bilangan rumah yang mahu dimusnahkan oleh pihak perbandaran sebagai ‘menakutkan’.”

Itu baru salah satu berita yang terbaru, belum lagi berita-berita sebelum ni yang mana pihak Zionis baru sahaja melancarkan serangan terbarunya Khamis lalu dengan menyaksikan 16 rakyat Palestin telah diculik.

Dimanakah kesedaran kita sebagai ummat yang dikatakan ummat terbaik di kalangan ummat manusia??? Adakah kita sebagai orang Islam, yang dikatakan nabi s.a.w. umpama batang tubuh yang satu, hanya mampu berdiam diri terhadap tindakan biadap Yahudi? Tidakkah kita berasa segan dan malu dengan mereka yang bermati-matian menentang sang Yahudi sedang kita di sini hanya menghabiskan duit mengundi peserta yang kita minati? Apakah semua ini sifat dan perangai ummat terbaik???

Fikir-fikirkanlah...

Dalam kita sibuk menyebarkan da'wah islamiyyah baik di mana sekalipun kita berada, janganlah kita lupa bahawa mereka yang terus berjuang di sana memerlukan bentuan kita. Bagi yang mempu bersama mereka di medan jihad, silakan ke sana. Bagi yang tak mampu, buatlah apa yang anda boleh lakukan dalam usaha kita bersama mencantas kemaraan sekaligus menidakkan kerajaan haram Yahudi ini. Bagi yang boleh menghulurkan bantuan berupa wang, silakan. Bagi yang hanya mampu menulis untuk membangkitkan semangat ummat ini, silakan. Bagi yang gigih memboikot barangan Yahudi dan sekutunya, silakan. Bagi yang hanya mampu berdoa memohon kemenangan pejuang-pejuang Islam di sana, silakan. Islam tidak memaksa kita untuk melakukan sesuatu di luar batasan kemampuan kita.

Dalam pada sibuk menyebarkan berita dan kisah berkaitan Palestin ini, jangan pula kita lupa untuk terus mengembalikan kegemilangan Islam di Malaysia ini. Ini juga merupakan da'wah. Jangan biarkan mereka yang tidak ingin melihat Islam terus gah ini terus berada di tangga teratas tampuk pemerintahan negara. Teruskan usaha antum semua. Pertingkatkan kefahaman mereka di sekeliling antum dengan kefahaman Islam yang sebenar. Jangan biarkan mereka terus leka dan ternoda dengan dunia yang penuh tipu daya ini.

Jangan biarkan diri anda terus diselubungi dengan kemaksiatan kepada ALLAH Ta'ala...

Wallahu a'lam...
1 Response
  1. Tanpa Nama Says:

    salam ziarah.seronok dapat membaca blog nta. boleh ana tahu siapa empunya blog? ex-kmpk? umum sgt profile nta.

    http://ehsanhalim.blogspot.com/


  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN