"BiDaDaRi dArI TiMuR"... NuKiLan istEri SeOrAng PeJuaNg
Assalamu'laikum wrh wbt...

Semalam ana baru sahaja selesai mengembara bersama isteri seorang Tok Guru dalam buah tangan pertamanya bertajuk 'Bidadari dari Timur' bersama dengan seorang lagi penulis yang lain. Ana berjaya mendalami perasaan seorang isteri seorang pejuang Islam di mana beliau menceritakan serba sedikit tentang perjalanan rumahtangga beliau bersama dengan insan yang disayanginya itu.

Ana amat tertarik dengan cara penulisan penulis yang cukup arif dalam pemilihan kata-kata yang digunakan dalam pengembaraan beliau bersama dengan para pembaca. Ana tak sangka, isteri Tok Guru juga pandai berkarya seperti juga suaminya.

Kisah yang dibawanya cukup ringan dan santai. Amat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat baik muslimin mahupun muslimat terutamanya isteri para pejuang (mahupun bakal-bakal pejuang) yang ingin mengorek rahsia rumahtangga bahagia beliau bersama suaminya setelah sekian lama melayari bahtera perkahwinan bermula dari dirinya disunting hinggalah kepada nasihat-nasihat berguna untuk para pembaca. Ana juga tertarik bilamana penulis mampu menceritakan kisah hidup rumahtangganya tanpa membuka aib keluarganya sendiri, tidak seperti kebanyakan mereka di luar sana yang juga heboh dengan cerita tentang rumahtangga, tetapi habis tergadai malu dan aib mereka sendiri.

Meminjam kata-kata daripada buku tulisan beliau:

Kata orang, "Kehidupan ini penuh dengan penderitaan dan kepahitan.

Tapi aku katakan: "Tersenyumlah, cukuplah kepahitan tu di atas langit."

Hmmm... Fikir-fikirkanlah...

Wallahua'lam...
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN