KiNi ku KemBali MeNULis
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Setelah agak lama ku berehat kerana jadual final exam yang agak ketat sedikit mengekangku untuk menulis. Tetapi insyaALLAH dengan keadaan yang sedia ada ini, ana akn tetap terus menulis walaupun agak sukar kerana ranjau yang ada di hadapan sana...
Beberapa ketika ini, ana hanya memerhati dunia politik negara ini yang nampaknya semakin keruh setelah kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) yang lalu. Walaupun berjaya menguasai lima negeri, akhirnya atas kesilapan-kesilapan tertentu, akhirnya PR kehilangan Perak dari genggaman. Maka tertubuhlah apa yang dikatakan kerajaan haram kedua di dunia (selepas Israel) yang berlaku pada sebuah negara yang kononnya digelar negara Islam.
Tetapi keadaan tak nampak seakan-akan pulih di Perak. Malah politik di negara ini nampaknya bertambah mengelirukan apabila semakin banyak perkara yang (pada ana) tak patut berlaku, hakikatnya berlaku di sini. Setelah Perdana Menteri (PM) kita yang baru ini mengambil alih takhtanya daripada Tun Pak Lah, masalah tetap berlaku malah beliau seolah dihadiahkan dengan suatu azab baru yang menimpa dunia (mungkin bakal menimpa Malaysia juga) iaitu datangnya penyakit selesema babi (atau nama sopannya Influenza Jenis A H1N1).
Jelas nampaknya ALLAH Yang Maha Kuasa ingin memberi amaran kepada penduduk dunia tentang bahayanya haiwan bernama babi ini. Telah jelas apa yang diharamkan dalam Al-Quran tetapi kenapa manusia masih degil dan mahu mengingkarinya. Di Malaysia sahaja terdapat ribuan ekor babi yang diternak secara sah, yang tak sah tak tau lagi. Walaupun kajian yang terbukti jelas masih belum dijalankan bagi membuktikan babi menyebabkan penyakit ini, namun lahirnya virus yang lebih merbahaya daripa HIV ini adalah 'hybrid' daripada virus selesema (influenza) manusia, burung dan babi. Masih kira bernasib baik mereka di luar sana yang menternak babi kerana kerajaan Malaysia yang penyayang ini tidak melakukan langkah yang drastik dan agak ekstrem seperti yang diambil oleh kerajaan Mesir.
Berbalik kepada isu asal, hal demi hal terjadi di Perak. Yang terbaru apabila 'Menteri Besar' Perak, Dato' Zambry menyatakan untuk mengadakan sidang DUN Perak pada 7 Mei ini dengan dua agenda, undi tidak percaya kepada Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dan melantik Speaker DUN yang baru. Hal di Perak ini telah berlanjutan untuk jangkmasa yang amat lama untuk suatu isu yang sepatutnya dapat diselesaikan dengan mengadakan Pilihan Raya di Perak. Biarlah rakyat yang berhak dan sepatutnya memilih siapakah antara dua gergasi besar politik ini, yang menjdi pilihan hati mereka untuk memerintah Perak. Walaupun pada asalnya alasan kos yang besar diperlukan untuk mengadakan pilihan raya, tetapi setelah 2 - 3 bulan episod ini berlanjutan, Perak nampaknya semakin tenat dengan pelbagai isu yang nampaknya semakin jauh dari penyelesaian.
Belum lagi nak kira isu-isu lain yang sedang memeningkan rakyat yang bagaikan penonton yang pasti ada yang kebingungan dengan 'Negaraku' yang dicintai ini.
Selamatkan Malaysia dari sebarang korupsi dan masalah yang hanya akan menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Janganlah ada pihak yang mempermainkan amanah yang telah diberikan rakyat setelah antum semua dipilih sebagai wakil rakyat mereka. Rakyat jelasnya sudah muak dan jelek dengan telatah mereka yang hanya pandai bermain kata-kata ketika memancing undi sebelum pilihan raya. Tapi tak kurang juga yang masih tertipu dengan tipu daya mereka yang suka menipu.
~sotp~
salam ziarah kembali.
kat mane sekarang? kalau ada apa2 nak minta tlg contact la ana ya-0134028464.