ISLaM di MaLaYSia: ReALiTi dAn HaRaPan [BaHaGiAN 1]
Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum wrh wbt...


Wacana Perdana bertajuk “Islam di Malaysia: Realiti dan Harapan” merupakan wacana perdana yang diadakan di Kelantan Trade Center, Kota Bharu, Kelantan Darul Na’im beberapa minggu yang lepas. Dah lama sebenarnya nak masukkan post tentang wacana ini, cuma ada masalah sikit. Kali ini, ahli forum terdiri daripada Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah; bekas mufti Perlis, Dato’ Mohd Asri Zainul Abidin (Ustaz MAZA); bekas Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Dato’ Haji Nakhaie Ahmad; dan Exco Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malays National Organisation – UMNO), Ustaz Afandi Yusoff. Wacana ini dikendalikan oleh Prof Madya Dr. Mohammad Agus Yusof, Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ikuti ringkasan yang ana sediakan ini yang mana ana tonton videonya melalui YouTube.


Muqaddimah/Introduction

Dr MAZA (AP 2)
Ada di kalangan ulama’ yang kerjanya mencerca dan ada juga ulama’ yang kerjanya mengampu. Ulama’ tidak harus bersifat demikian kerana peranan ulama’ ialah menasihati pemerintah, melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar, bertegas dalam perkara yang salah dan mendokong perkara yang baik. Ulama tidak perlu memikirkan hanya perkara-perkara keduniaan seperti elaun, gaji, kereta, dll maka kita akan mewarisi negara seperti mana yang kita ada sekarang. Masa depan Malaysia terletak kepada para sarjana yang memiliki pemikiran yang luas (tidak bermaksud menuduhkan orang dengan gelaran ‘Wahabi’ hanya kerana berbeza pandangan).

Dato’ Nakhaie (AP 2)
Islam berada dalam keadaan yang baik. Islam tidak bermasalah kerana yang bermasalah ialah orang-orang Islam (pemerintah, ulama’, orang-orang awam). Umat Islam berpenyakit (merujuk kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia) akibat daripada kekalahan, kemunduran, keruntuhan akhlaq, keimanan yang lemah, dan banyak lagi. Umat Islam juga tuduh menuduh sesama umat Islam sendiri tetapi takut untuk mencela orang bukan Islam. Sejauh mana keupayaan para ulama’ untuk mengubah situasi ini (mengubat penyakit-penyakit ini). Umat Islam yang berjaya mengubati satu penyakit tetapi penyakit lain pula yang datang. Kita terlampau bergantung kepada orang bukan Islam dalam kehidupan seharian (seperti pakaian, persediaan solat, dll).

Ustaz Afandi (AP 4)
Islam tidak boleh lari daripada dua sumber utamanya (Al-Quran dan Sunnah). Persoalan yang timbul ialah Islam ‘siapa’ yang lebih baik (merujuk kepada Islam yang dibawa oleh PAS dan UMNO). Hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya seburuk-buruk manusia adalah manusia yang memakai pakaian taqwa tetapi perbuatannya ialah perbuatannya adalah perbuatan yang keji."

PAS pernah (dan masih) menuduh UMNO kafir kerana UMNO berkongsi kuasa dengan Persatuan Cina Malaysia (Malaysian Chinese Association - MCA) dan Kongress India Se-Malaysia (Malaysian Indian Congress – MIC). PAS juga pernah bermesyuarat (Dewan Ulama’ PAS) di rumah Menteri Besar (???) ketika itu memutuskan sesiapa yang berkongsi kuasa dengan kafir menjadi kafir dan hukumnya haram. Ianya memaksa kerajaan Malaysia mengeluarkan kertas putih bertarikh 8 November 1984 menyatakan memang benar UMNO dikafirkan kerana berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC. Perkara ini membawa kepada perpecahan umat Islam (solat dua imam, kubur berasingan, bergaduh suami isteri, dll).

Perkara kedua merujuk kepada amanat Tok Guru Hj Hadi Awang 1981 yang menyatakan UMNO kafir kerana melanggar hukum ALLAH, mengekalkan hukum penjajah dan tidak melaksanakan hukum hudud. ALLAH menyebut dalam surah An-Nisa’ ayat 140 yang bermaksud:

"Dan sungguh, ALLAH telah menurunkan (ketentuan) bagimu dalam Kitab (Al-Quran) bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat ALLAH diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir) maka janganlah kamu duduk bersama mereka, sebelum mereka memasuki pembicaraan yang lain. Kerana tentulah kamu serupa dengan mereka. Sungguh, ALLAH akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir dalam Neraka Jahannam."

Dan kini, PAS pula yang ‘bertahaluf siasi’ dengan Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party – DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mana kedua-duanya jelas tiada matlamat Islam.


Komen ana
Hmmm... Permulaan yang baik untuk kesemua panel. Cuma agak kecewa kerana muqaddimah daripada Ustaz Amar tidak disertakan kerana masalah teknikal yang berlaku sewaktu awal forum berjalan. Mungkin juga terlalu awal untuk ana komen panjang. InsyaALLAH kita akan jumpa dalam bahagian kedua dan seterusnya untuk pusingan yang berikutnya beserta sesi soal jawab.

Wallahua’lam...


p/s: Lama sangat rasanya tak update blog. Bukan tak de masa, Cuma banyak sangat perkara yang menghalang. Semoga ana istiqamah dalam perjuangan ini. Amiin...
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN