ISLaM di MaLaYSia: ReALiTi dAn HaRaPan [BaHaGiAN 2]
Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum wrh wbt...

Ustaz Mohd Amar, AP 1

Dr. Asri, AP 2


Pusingan pertama

Moderator (Soalan kepada AP 4)
Adakah salah apabila ada di kalangan orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat (PR) menggunakan ayat Quran?



AP 4
Apabila ayat-ayat ALLAH dibaca oleh orang Islam dengan niat lillahi taala (kerana ALLAH), ianya dikira ibadah. Tetapi apabila orang bukan Islam membacanya, ia tetap dikira tidak mendapat pahala kerana mereka tidak beriman. Orang bukan Islam boleh membaca ayat-ayat Al-Quran tetapi jika ianya bertujuan untuk mempermain-mainkan kalam ALLAH (kempen, pancing undi umat Islam) kerana ianya dikira memperdagangkan ayat-ayat ALLAH.


Moderator (Soalan kepada AP 1)
Selama 52 tahun kemerdekaan, UMNO gagal menegakkan Islam sehingga menimbulkan banyak masalah. Bagaimana hendak melaksanakan Islam bilamana UMNO hendak bersatu dengan PAS, tetapi PAS menolak? Adakah apa yang diperkatakan itu suatu realiti atau retorik semata?1

AP 1
Pimpinan PAS pernah menyatakan kesudian mereka untuk bermuzakarah dan berdebat dengan kepimpinan UMNO tentang isu kafir mengkafir ini. Tetapi UMNO menolak.2

Konsep PAS membawa Islam mengikut Al-Quran dan Sunnah. PAS tidak menafikan adanya usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam melaksanakan undang-undang Islam seperti meningkatkan kedudukan mahkamah Syariah dan undang-undang Islam. Tetapi dalam tempoh 52 tahun ini terlalu kecil usaha yang dibuat dan tidak nampak kesungguhan. Contohnya seperti Islam Hadhari. Jika betul Islam Hadhari adalah program yang baik dan benar, kenapa Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib tidak meneruskan usaha yang baik ini?

Soal hendak menegakkan Islam bukan hanya perlu bersama UMNO. UMNO hanya mencari PAS ketika dalam kesempitan. Menolong UMNO sama seperti menolong anjing tersepit. Selepas kita menolongnya daripada tersepit, anjing itu akan menggigit kita semula. PAS pernah bersama dengan UMNO suatu ketika dahulu dalam Parti Perikatan (nama lama BN sebelum menukarnya kepada Barisan Nasional). Tetapi selepas itu UMNO menendang PAS setelah BN kembali stabil. Dan kini, UMNO kembali ingin bersama PAS apabila mereka merasa lemah. Orang Islam tidak boleh jatuh dua kali dalam lubang yang sama.


Moderator (Soalan kepada AP 3)
PAS menyatakan timbul masalah umat Islam dalam negara ini salah satunya adalah kerana UMNO tidak mahu melaksanakan Islam. Apakah bezanya antara UMNO dan PAS dalam perjuangan mereka ingin menegakkan Islam?3

AP 3
Ukuran untuk menilai ingin melaksanakan Islam bergantung kepada kesaksian kita kepada Islam itu sendiri. Kenyataan yang menyatakan bahawa tiada langsung usaha Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan Islam adalah keterlaluan. Jika dilihat dari aspek keilmuan, bagaimana keadaan kita sebelum kemerdekaan berbanding dengan keadaan kita sekarang? Ilmu juga merupakan sebahagian daripada program Islam dalam memajukan Islam.

Sewaktu di dalam PAS4, beliau cuba menerapkan prinsip dakwah di dalam PAS supaya ianya menjadi harakah islamiyyah bukannya parti politik yang sekular yang mengikut acuan Barat. PAS ketika itu telah terikut-ikut dengan fahaman sekular parti politik dan bukannya mudah untuk mengubah fahaman ini untuk menjadikan PAS kepada harakah islamiyyah. Beliau tidak berjaya mengislamkan seorang pun orang bukan Islam sewaktu beliau dalam PAS. kebanyakan ahli PAS ketika itu hanya pandai berkata-kata menyalahkan tetapi tidak tahu untuk memperbetulkan diri sendiri.

Beliau menyertai UMNO sebagai peluang dan perancangan beliau dalam dakwah akhirnya berjaya membuahkan hasil apabila 7,000 orang di Sabah dan Sarawak berjaya diislamkan sewaktu beliau bersama YADIM.


Moderator (Soalan kepada AP 2)
Adakah Doktor menafikan bahawa Doktor adalah Wahabi dan adakah tanggapan itu betul?

AP 2
Wahabi di Barat dikaitkan dengan pengganas. Wahhabi juga dirujuk kepada orang Arab Saudi. Tetapi istilah Wahabi di Nusantara, Profesor Hamka pernah dituduh Wahabi. Syeikh Al-Hadi juga dituduh Wahabi. Asal Wahabi merujuk kepada Muhammad bin Abdul Wahab. Mereka dituduh bukan kerana mereka merupakan pengikut Muhammad bin Abdul Wahab tetapi kerana pandangan mereka yang berbeza dengan apa yang dilaksanakan di Nusantara.

Contohnya orang Melayu amat tegas dalam soal wali mujbir dimana seorang ayah boleh memaksa anak perempuannya berkahwin walaupun tanpa kerelaan anak perempuan itu kerana itu merupakan pandangan dalam Mazhab Syaf’ie. Apabila Kaum Muda menyatakan bahawa seorang ayah tidak boleh memaksa bahkan anak perempuan itu patut memilih pasangan hidup mereka sendiri, mereka ini dituduh sebagai Wahabi. Sehinggakan Syed Sheikh Al-Hadi disebut sebagai Khalifah Wahabi Tanah Melayu kerana pandangannya itu sebenarnya mengikut pandangan di luar kerangka mazhab Syafie. Di Kelantan, Tok Guru Nik Aziz pernah juga dituduh Wahabi kerana pandangannya yang berbeza.

Perbezaan pandangan adalah tidak salah dalam Islam bahkan Islam mengiktiraf mazhab yang empat kerana ianya merupakan pandangan ahli sunnah wal jamaah dan berdasarkan dalil. Muhammad bin Abdul Wahab dipuji oleh Syeikh Yusof Al-Qardawi sebagai tokoh pembaharuan dan ada jasanya dalam pembaharuan. Tetapi bukan semua tindakan beliau boleh diterima seratus peratus. Dan tuduhan-tuduhan yang menyatakan para ulama ini sebagai sesat dan kufur merupakan suatu tindakan yang besar. Sedangkan tulisan mereka ini antara rujukan dalam pembelajaran umat Islam di seluruh dunia.

Menghukum kafir mengkafir ini sepatutnya dilihat dalam kerangka yang lebih luas seperti pihak yang menyatakan bahawa Islam ini tidak sesuai dilaksanakan di zaman ini, maka ianya mungkin sesuai untuk menghukum mereka.


Wallahua’lam...



Nota kaki:
1. Mungkin merujuk kepada muqaddimah AP 1.
2. Respons AP 1 terhadap muqaddimah AP 4.
3. AP 3 pernah menjawat jawatan penting dalam PAS suatu ketika dahulu sebelum mengambil keputusan untuk keluar daripada PAS. Beliau kini dikatakan merupakan ‘orang UMNO’.
4. AP 3 menyatakan beliau lebih berorientasikan dakwah berbanding politik.
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN