RaNTai-raNTai PeRJuaNGaN
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamu’alaikum wrh wbt...
Justify Full
Rantaian perjuangan...

Satu ungkapan yang sering didengari oleh kebanyakan para pejuang Islam di luar sana. Baik daripada kalangan pelajar, mahasiswa, mahupun mereka yang berada di medan yang sebenar di luar sana. Persoalannya sejauh mana kita memahami maksud disebalik istilah rantaian perjuangan ini? Kenapa perjuangan ini dikaitkan dengan rantaian?

Rantai merupakan sesuatu yang bersambung. Ianya tetap ada p
angkal dan hujungnya. Di mana pangkal dan hujungnya itu bersambung antara satu sama lain membentuk satu rantaian yang bersambung. Tidak kiralah besar mana pun rantai itu, asalkan sifatnya sebegitu, ia tetap dikenali sebagai rantai. Apa yang menarik tentang rantai ini ialah kebiasaannya ianya ‘dilekatkan’ pada objek yang dikenali sebagai roda mahupun gear. Dengan kehadiran roda ini, rantai ini mampu berpusing selama mana ianya tetap utuh dan mampu untuk berpusing. Mudahnya, lihat sahaja pada rantai motosikal antum.


Sekarang, mari kita pergi kepada salah satu daripada mata rantai itu. Anggaplah mata rantai itu sebagai diri antum yang seorang itu. Mata rantai ini akan sentiasa bergerak mengikut arah gerakan yang ditentukan. Jika ke kiri, maka ke kirilah kita. Jika ke kanan, maka ke kananlah kita. Adakalanya mata rantai itu di atas, adakalanya di bawah. Adakalanya ia perlu digriskan atau diminyakkan dengan minyak pelincir supaya pergerakan rantai itu sentiasa lancar. Dan akhirnya, ketika mana mata rantai itu sudah rosak ataupun ‘mati’ fungsinya sebagai mata rantai, maka ianya perlu ditukar dengan mata baru. Hebatnya, mata rantai ini tidak perlu meminta untuk ditukar, bahkan ianya akan ditukar oleh tuan empunya rantai supaya rantaian itu mampu berfungsi seoptimum mungkin.

Begitulah kita para pejuang sekalian. Sebagai mata rantai dalam perjuangan, kita perlu menyedari hakikat bahawa adakalanya kita akan berada di bawah dan adakalanya di atas. Adakalanya kita hebat dan bersemangat, dan adakalanya kita lemah dan tidak bermaya. Maka teruskan perjuangan, insyaALLAH kita akan kuat kembali. Kita juga perlu menambahkan ilmu pengetahuan yang ada dalam diri kita supaya kita tidak kering dan mati hati. ‘Minyakkan’ hati antum dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Jangan hanya ilmu haraki yang menjadi idaman, tetapi ilmu yang lain juga perlu didalami.

Selain itu juga, mata rantai ini sifatnya bersama. Ia menanggung beban mata rantai yang lain di samping bantu membantu dalam memastikan kelangsungan perjalanan rantai itu. Begitu juga kita. Jangan hanya bangga dan besar diri sedangkan kita tidak akan mampu berjuang berseorangan tetapi memerlukan ramai lagi sahabat-sahabat untuk bersama dalam perjaungan. Bersama memikul bebanan tanggungjawab dan bersama menghadapi perit getir perjuangan. Percayalah, ianya mungkin pahit ketika dilalui, tetapi akan manis apabila diingati kembali.

Wallahua’lam...
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN