kHuTBaH AidiL aDHa
Assalamu’alaikum wrh wbt...

Salam Aidil Adha buat semua ummat Islam di seluruh dunia amnya, ummat Islam di Malaysia khususnya. Semoga sambutan ibadah korban pada tahun ini membawa seribu satu pengertian yang amat bermakna buat kita semua. InsyaALLAH...

Dua minggu blog ini sunyi tanpa sebarang post daripada ana. Kesibukan berprogram sepanjang dua minggu ini menghadkan ana untuk bersama dengan laptop dan alam maya sehingga keputusan untuk tidak membawa laptop ke tempat program diambil untuk memudahkan pergerakkan dan gerak kerja. Alhamdulillah, setelah selesai program dan pulang ke kampung halaman, ana dapat juga melepaskan rindu bersama dengan keluarga dan alam maya ini. InsyaALLAH, proses berblog sambil menyampaikan akan terus bersambung hingga ke akhirnya. Amiin...

InsyaALLAH, kali ini ana akan berkongsi dengan sahabat-sahabat semua berkenaan khutbah raya yang disampaikan sewaktu solat hari raya pagi tadi. Walaupun mungkin ana tak mampu nak sampaikan secara keseluruhan kerana tidak membawa sebarang alat catatan (melainkan otak), ana akan berkongsi sekadarnya.


Musuh Islam

Ummat Islam hari ini diancam dengan pelbagai ancaman dari pelbagai sudut. Baik dari segi zahir atau batin, ummat Islam sebenarnya tidak pernah lesu daripada diserang oleh musuh-musuh ini kerana banyak faktor. Mereka menyerang tanpa merasa jemu, siang dan malam, pagi dan petang . Maka, sebagai orang yang menyedari akan hakikat serangan-serangan ini, kita sepatutnya mengambil langkah yang proaktif untuk menghindarkan diri daripada terus diserang.

Secara ringkasnya, musuh-musuh Islam ini dapat dikategorikan sebagai 5 golongan. Tiga daripadanya merupakan musuh yang bersifat fizikal, manakala dua lagi merupakan sesuatu yang ‘ghaib’.

Musuh ummat Islam yang pertama ialah ummat Islam yang tidak mahu melihat Islam itu tertegak. Ana yakin dan percaya, inilah antara musuh Islam yang paling bahaya kerana mereka berlagak seperti mereka yang ingin menegakkan Islam tetapi mereka sebenarnya memusuhi Islam. Mereka tidak inginkan Islam walaupun nama mereka nama Islam, agama mereka agama Islam.

Golongan yang kedua ialah orang-orang munafiq. Mungkin hampir sama dengan golongan yang pertama tetapi mereka ini lebih bahaya kerana mereka ini berlakon menampakkan keislaman mereka di depan khalayak ramai. Tetapi hakikat bahawa merekalah antara perancang-perancang utama dalam menjatuhkan ummat Islam. Lakonan mereka hebat, sehingga ramai orang Islam yang meyakini keislaman mereka tetapi sebenarnya tertipu dengan lakonan mantap mereka.

Orang-orang kafir merupakan antara musuh tradisi Islam yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Walaupun golongan ini boleh dikategorikan sebagai kafir harbi dan kafir zimmi, apa yang lebih penting ialah permusuhan golongan ini terhadap Islam itu sendiri.

Hawa nafsu merupakan antara pendorong utama ummat Islam gagal dalam melaksanakan syariat Islam. Keberadaan hawa nafsu dalam diri setiap insan itu menambahkan lagi kepayahan dan kesusahan untuk melawannya. Ya, ianya tidak dapat dilihat tetapi kesan yang diakibatkannya amat amat mendalam.

Yang terakhir, musuh yang (ana yakin) paling banyak dipersalahkan, yakni Iblis dan syaitan. Musuh ‘paling tradisi’ dan kontroversi ini merupakan musuh yang paling jahat antara kesemuanya. Mereka tidak dapat dilihat, tidak pernah mengajak ke arah kebaikan, malah sering menghasut manusia ke arah kesesatan yang nyata, sehinggalah berakhir kepada kesyirikan kepada ALLAH dan dapat bersama mereka di Neraka Jahannam.


Apa yang Mereka Inginkan?

Mungkin ramai yang tertanya, mereka musuh kita, jadi apa yang mereka inginkan daripada kita? Tidak cukupkah dengan berakhirnya khilafah Islamiyyah pada 1924, ditambah lagi dengan penindasan demi penindasan yang tidak berperi kemanusiaan terhadap ummat Islam, nampaknya mereka masih tidak puas. Mereka terus terusan ‘membaham’ satu per satu daripada kegemilangan Islam termasuk ummat Islam dengan cukup rakus dan berperikebinatangan.

Berikut merupakan empat perkara utama yang ingin mereka ambil daripada kita. Semoga dijauhkan.

Pastinya mereka inginkan kitab suci kita, Al-Quran. Bukan ingin untuk menilai dan menafsir, tetapi inginkannya untuk memusnah dan mengubahkannya dengan harapan semoga ummat Islam jauh terpesogn daripada ajaran Islam yang sebenar, sebagaimana yang telah mereka lakukan terhadap kitab para anbiya’ sebelum ini. Tetapi janji ALLAH itu benar dan akan kekal benar. ALLAH telah berjanji akan memelihara isi kandungan Al-Quran daripada sebarang pengubahsuaian dan penyelewengan, mahupun ingin menambah, mengurang atau mengubah al-Quran itu sendiri. Tetapi, walaupun Al-Quran tidak berjaya diubah, pemahaman terhadap kitab suci ini berjaya dipesongkan dengan pelbagai cara. Ada yang menafsirkannya mengikut hawa nafsu, mengambil sebahagian dan meninggalkan yang lain, tidak ketinggalan hanya membacanya tanpa ada sebarang usaha untuk memahami apa yang terkandung di dalamnya. Adakah musuh-musuh Islam ini telah berjaya?

Jumaat merupakan hari yang agung dalam Islam. Tambahan pula Aidil Adha pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Jumaat juga merupakan hari di mana ummat Islam berkumpul dari seluruh pelusuk untuk menunaikan solat Jumaat yang didirikan pada waktu Zohor. Tetapi malangnya, kita hari ini dilekakan dengan tugasan harian kita dek kerana hari Jumaat merupakan hari bekerja (kecuali beberapa negeri di semenanjung tanah air). Dengan kesibukan inilah, ramai ummat Islam yang mengabaikan solat Jumaat atas alasan kerja, tidak ketinggalan mereka yang ‘menyibukkan’ diri dengan kerja yang bukan kerja. Sedang penganut Kristian beramal ibadat pada hari Ahad, penganut Yahudi meratap di Tembok Ratapan pada hari Sabtu, kita masih leka dengan kerja-kerja kita pada hari Jumaat. Adakah musuh-musuh Islam ini telah berjaya?

Kepentingan institusi keilmuan tidak dapat dinafikan kepentingannya terhadap jatuh bangun sesebuah tamadun itu. Atas faktor itulah musuh-musuh Islam ini sedang berusaha keras untuk menukar silibus pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Universiti Al-Azhar, antara universiti terkemuka ummat Islam yang terletak di bumi Kaherah, Mesir. Ana tidak mampu untuk mengulas panjang kerana tidak tahu akan kondisi sebenar P&P di sana, tetapi melihat graduan-graduan daripada universiti ini menambahkan kerisauan ana tentang keberjayaan musuh-musuh Islam ini. Tidak dinafikan ramai di kalangan ustaz dan ustazah yang menuntut di sana banyak kelihatan menyampaikan ilmu-ilmu mereka kepada kita, tetapi masih ramai lagi yang diam membisu apabila Islam diperkotak katikkan di mata dunia. Seolah-olah mereka yang memahami ini redha dengan apa yang berlaku. Adakah musuh-musuh Islam ini telah berjaya?

Dan yang terakhir, Ka’abah di Masjid al-Haram. Tempat tumpuan ummat Islam khususnya bila tiba waktu haji. Ummat Islam dari seluruh pelusuk dunia akan berkumpul di sini untuk menunaikan ibadah haji, yang mana jumlah ummat Islam yang berkumpul setiap tahun mencecah jutaan orang. Usaha musuh-musuh Islam untuk memusnahkan Ka’abah jelas dalam filem-filem mereka (jika kita memahami). Mereka masih merancang untuk melakukannya, mungkin untuk mengebom atau apa jua cara untuk memusnahkannya. Mungkin usaha ini agak susah, tetapi melihat kepada semakin ramai ummat Islam yang balik dari tanah Haram tanpa sebarang perubahan, bahkan ada yang bertambah teruk, ada juga yang membawa ‘hadiah’ daripada sana, seolah mengiyakan kemusnahan Ka’abah daripada ummat Islam. Kemusnahan tidak semestinya perlu secara fizikal, cukup dengan memesongkan hati mereka daripada hakikat yang sebenar. Adakah musuh-musuh Islam ini telah berjaya?

Wallahua’lam...
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN