Tok GuRu Nik AbDuL AziZ NiK MaT
Assalamu'alaikum wrh wbt...

InsyaALLAH entry kali ana akan berkongsi serba sedikit berkenaan ceramah perdana yang disampaikan oleh Y.B. Tok Guru kita, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersempena dengan Muktamat Parti Islam Semalaysia (PAS) Pusat kali ke-55 yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam yang berlangsung pada malam Ahad, 6 Jun 2009.

Manusia ini dijadikan daripada Nabi Adam a.s. yang kemudiannya, daripada Adam itu manusia berkembang biak me
njadi pelbagai bangsa dan warna kulit. Ada antara kita yang dilahirkan sebagai orang Afrika, Melayu, Inggeris dan sebagainya. Oleh itu, adalah sesuatu yang biasa apabila diantara kita sesama manusia bertengkar antara satu sama lain kerana hakikat manusia itu dijadikan berbeza antara mereka. Kita tidak akan jumpa dengan dua orang manusia yang sama hatta dari segi rupa parasnya. Inikan pula pandangan dan pendapat mereka. Adik beradik yang berasal daripada ibu dan bapa yang sama pasti akan ada percanggahan antara mereka. Bukti sains juga ada menunjukkan bahawa manusia itu berbeza dari segi rantaian DNAnya.

Sebagai h
amba abdi ALLAH Ta'ala, sebagai manusia, yakni hamba ALLAH yang dikurniakan dengan aqal fikiran, kita perlu kembali kepada ALLAH untuk menyelesaikan masalah. ALLAH sebagai tukang (jurutera ataupun engineer) yang membuat manusia pastilah mengetahui apa yang diciptakannya. Hatta kita sebagai manusia sekalipun, jika kita membeli komputer misalnya. Jika komputer kita itu menghadapi masalah pasti kita akan pergi kepada tukang komputer iaitu orang pakar dalam komputer untuk memperbaikinya. Takkan kita pergi kepada tukang gulai (tukang masak) jika kita ada masalah dengan komputer kita. Mana boleh.

Manusia itu dijadikan daripada beberapa unsur. Antara unsur tersebut ialah tanah (jasad) dan roh. Tanah datang daripada bawah ke atas manakala roh pula datang daripada a
tas ke bawah. Dipertengahan itu pasti ada pertembungan dan percanggahan. Jadi hanya dengan kembali kepada Islam, manusia itu akan kembali tenang.

Asas pemikiran manusia adalah Islam. Islam mengajar dan menuntut kita supaya beringat kerana kita dijadikan berbeza-beza. Jadi, tidak timbul masalah bangsa kerana hakikat manusia itu tetap dijadikan daripada Adam a.s. Yang menjadi masalah utama ialah fikrah iaitu pemikiran manusia. Pemikiran manusia yang pelbagai itu yang menyebabkan ada manusia yang bersatu padu dan ada manusia yang berpecah belah. Dan kedatangan Islam adalah untuk mengubah pemikiran yang songsang dan salah untuk kembali kepada fitrah kita kepada Islam. Sebagai contoh, masalah krisis ekonomi yang sedang melanda dunia hari ini adalah kerana adanya unsur riba' (interest) serta gharar (keraguan). Islam dengan ajaran daripada Tuhan Yang Esa telah mengharamkan kedua-dua ini 1,400 tahun yang lalu.

Tuntutan supaya kita membaca dan menghayati Al-Quran sebenarnya adalah untuk kita bersama mengambil hidayah daripanya bukan untuk mendapat keberkatan. Hakikat inilah yang tidak difahami oleh umat Islam zaman sekarang ini. Di akhirat nanti, akan diasingkan antara orang yang baik dan orang yang buruk. Jika kita lihat di dunia ini, manusia yang melakukan maksiat kepada ALLAH dan manusia yang taat dan patuh pada perintah ALLAH duduk dalam satu kawasan yang sama. Tetapi keadaan ini akan berbeza ketika di akhirat kelak.

Setiap geraklaku kita, terutamanya sebagai ahli gerakan Islam adalah politik Islam. Kerana politik itu adalah cara bagaimana kita mentadbir sesuatu. Cara untuk kita hidup seharian adalah cara mengurus diri kita, mentadbir diri ke arah keredhaan ALLAH Ta'ala.


Alhamdulillah, niat ana untuk post ringkasan ceramah tok guru ini berjaya juga akhirnya. Di sini ana ingin memberi sedikit respon berkenaan dengan beberapa respond lain berkenaan tok guru. Semoga kita semua dapat berlapang dada.

Ana selalu ditanya dan selalu juga mendengar dan membaca pertanyaan orang berkenaan, "Tok Guru ni jamin masuk Syurga ke?" Ana suka dengan soalan ini. Kita perlu jelas dan faham bahawa tiada siapa yang dijamin akan ke Syurga melainkan para nabi dan rasul serta insan yang memang telah jelas disebut dan dipilih ALLAH, sebagai contoh 10 orang yang pernah disebut oleh Nabi s.a.w. Selepas itu tiada siapa yang boleh menjamin ataupun mengatakan sesiapa layak untuk ke Syurga atau tidak. Tetapi suka ana menjawab pertanyaan ini dengan satu kenyataan yang pernah diberikan oleh seorang ustaz sewaktu satu kuliah yang pernah ana hadiri. Ustaz itu berkata, "Kalaulah tok guru-tok guru ni tak jamin masuk Syurga, ni yang ada ni lagilah tak jamin masuk Syurga (sambil menuding jari kepada kami hadirin yang berada di situ)". Ana terfikir sejenak, betul apa yang dikatakan oleh ustaz itu. Jika seseorang yang jelas kezuhudan dan kewarakannya itu tidak dapat masuk ke Syurga, inikan pula kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa ini.

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, satu nama yang tak perlu untuk ana perkenalkan lagi. Beliau cukup dikenali oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia ini. Meskipun ramai yang menyanjungi kepimpinan beliau di Kelantan, ramai juga yang turut celupur menghina beliau. Normal sebagai pejuang Islam menerima pelbagai tohmahan dan cacian. Seorang yang cukup ana sendiri kagumi walaupun baru dua kali ana berjumpa dengannya, itupun dengan jarak yang jauh. Tetapi aura tok guru itu dapat dirasai. Bukan niat ana kali ini untuk menyanjungi beliau secara berlebihan, tetapi salahkah untuk ana menghargai seorang tokoh 'ulama'. Bukankah 'ulama' itu pewaris para nabi.

Hargailah para 'ulama' dan tok-tok guru yang masih ada supaya kita dapat memanfaatkan ilmu yang ada padanya sebaik mungkin. Bukan susuk tubuhnya itu yang kita idamkan, tetapi ilmu daripadanya yang kita impikan. Semoga ALLAH Ta'ala memberkati Tok Guru Nik Aziz dalam perjalanan umur beliau menempuh sisa-sisa usianya yang sudahpun mencapai umur 78 tahun. Dan ketahuilah, kami menyayangimu...

Wallahua'lam...
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN