...PaSRaH SegALanYa...
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiaoda siapa yang sudi membela
Ku tabahkan hati ku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai
Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Ku serahkan segala pada-Mu, Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati
Ya ALLAH tidak ku berdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktak telah ku temui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai
Ya ALLAH Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabah ku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan
Kini, di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malam ku berkalut benci
Assalamu'alaikum wrh wbt...
Nasyid di atas merupakan antara lagu-lagu nasyid yang berjaya menyedarkan siapa ana di dunia ini. Lagu nyanyian kumpulan DeHearty ini berjaya menyentuh jiwa sebaik sahaja ana mendengarnya beberapa tahun yang lepas. Cukup tulus. Cukup ikhlas. Luahan hati seorang hamba yang merasakan dirinya bagaikan keseorangan kerana dikhianati orang yang dipercayainya. Tetapi akhirnya dia sedar bahawa semua ini adalah ketentuan ILLAHI yang mana ia juga merupakan sebahagian daripada episod ujian dalam kehidupan seorang Muslim dan Mu'min. Dia juga mengerti bahawa walaupun kita tidak mempunyai sesiapa mahupun apa-apa di dunia ini, kita masih mempunyai ALLAH dan Rasul-Nya.
Daripada dunia penuh kegelapan yang ana lalui dahulu, perlahan-lahan ana mencari jalan keluar untuk kembali kepada agama ALLAH yang satu ini. Semuanya suatu rahmat dan nikmat yang paling diimpikan oleh semua makhluk beraqal bernama manusia. Kini, dalam alam perjuangan ini, amat bersyukur kerana di pilih untuk berada dalam sebahagian daripada rantaian perjuangan ini. Hanya mereka yang berada dalam perjuangan sahaja yang merasai nikmat, ujian, pahit getir; nilaian sebuah kehidupan. Semoga segalanya dalam rahmat ALLAH Ta'ala hendaknya. Amiin...
p/s: Sempena Muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ke-55 yang akan berlangsung, ana mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada semua perwakilan serta pemerhati dari seluruh negeri-negeri Malaysia.