Assalamu'alaikum wrh wbt...
Sebelum apa-apa, ana ingin mengucapkan tahniah ke atas kemenangan calon Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihanraya kecil (PRK) DUN Penanti semalam. Dr Mansor Osman daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi PRK tersebut dengan majoriti 5,558 undi menewaskan 3 lagi calon Bebas. Tiada apa pun yang nak ana komen di sini melainkan tertanya-tanya tentang satu perkara. Kenapa dan mengapa jumlah mereka yang keluar membuang undi merosot kepada 46.15 % berbanding 82.13 % pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-12 yang lalu? Pelik dan tetap menjadi tanda tanya. Tidak perlulah kiranya pihak berkuasa menjalankan penyiasatan terhadap isu kecil ini tetapi pelik tetap kekal pelik. Adakah mereka di Penanti tidak keluar mengundi kerana memang dah tahu PR akan menang atau ada sabotaj daripada pihak-pihak tertentu???
Itu satu kisah tentang politik negara kita ini. Lagi satu kisah yang ingin ana bawa untuk renungan kita bersama ialah PRK demi PRK, berturutan satu demi satu selepas daripada PRU ke-12 tahun lepas. Tidak perlu rasanya untuk ana mengulas setiap satu PRK yang berlangsung tetapi cukuplah sekadar renungan kita untuk memikirkan kenapa ianya boleh terjadi. Yang terbaru selepas DUN Penanti ialah DUN Manek Urai di Kelantan. Apa yang sedang berlaku di sini?
Belum masanya untuk ana menghuraikan pandangan ana tentang perkara tersebut, cukuplah untuk kita fikirkan bersama. Pasti ada hikmah di setiap kejadian yang ALLAH berikan kepada kita khususnya sebagai hamba-Nya yang beriman. ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. Mungkin di sini, kita perlu melihat kembali adakah pemerintah yang ada sekarang perlu di tukar segera ataupun ada sesuatu yang tak kena sewaktu PRU ke-12 yang lalu. Semua ini bagaikan menuntut diadakan PRU ke-13 secepat mungkin. Selepas alasan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa kos untuk mengadakan Pilihanraya di Perak adalah tinggi, PRK demi PRK terpaksa diadakan.
Wallahua'lam...
Assalamualaikum wbt.
Maaf atas komen yang tak berkaitan dengan entry. Ana rasa kenal pemilik blog ini inya Allah tapi nampak anta mahu merahsiakan identiti. Jadi, nak mohon izin link ke blog ana.