UsRah, FaThi YakAn DaN PeRJuaNGan: AgaR jaLaN ItU TiDak DiaLpaKaN
1990

“Hasrizal, bangun!” saya dikejutkan.

Allah… jam menunjukkan pukul 3 pagi. Siapa pula ini?

“Oh, abang. Baiklah saya bangun” saya terkejut melihat abang Zam berdiri di sisi katil. Seperti biasa di tangan kirinya ada sebatang kayu, teman berjalan malam.

Badan saya terasa amat sakit. Maklum sahaja siang tadi sekolah mengadakan sukan tahunan. Saya seperti biasa, mewakili ‘rumah hijau’ untuk acara tarik tali, dan lontar peluru. Sungguh memenatkan.

Tetapi, tidak pula saya menyangka yang tengah malam ini ada usrah. Abang Zam tidak memberitahu terlebih dahulu. Allah sahaja yang tahu betapa beratnya mata, tubuh badan dan hati saya untuk bangun. Tetapi sudah menjadi kebiasaan, usrah tidak pernah ditolak ansurkan.

Saya bersiap. Di dalam gelap malam saya berjalan menuju ke bilik BADAR. Jam sudah hampir 4 pagi. Angin subuh bertiup sejuk mencelahi bukit hijau di pinggir sekolah.

“Kita mulakan usrah kita dengan al-Fatihah” Abang Zam memulakan usrah.

Saya tersengguk-sengguk. Begitu juga dengan sahabat-sahabat yang lain. Boleh dikatakan sepanjang usrah itu kami semua mabuk antara tidur dan jaga.

Usrah berakhir hampir jam 5 pagi. Kami bingkas bangun menuju Musolla, mengambil peluang untuk bertahajjud sebelum menjelang Subuh.

Selepas solat Subuh, seperti biasa apabila tiada sesiapa bangun, saya akan berdiri untuk menyampaikan tazkirah pendek. Sudah menjadi kebiasaan saya sentiasa menyiapkan di dalam kepala satu tajuk. Jika ada sahaja keadaan di mana saya dikehendaki menyampaikan tazkirah, saya sudah bersedia. Habis sahaja tazkirah diberi, saya akan siapkan satu lagi tajuk sebagai persediaan untuk bila-bila peranan saya diperlukan lagi.

Habis tazkirah, saya pergi bertemu dengan Abang Zam.

“Assalamualaikum abang” saya bersalaman. Abang Zam menyambut salam dan tersenyum.

“Ana nak minta maaf sebab sepanjang usrah malam tadi ana tertidur. Letih sangat” saya dihantui rasa bersalah. Jarang benar saya mengantuk di dalam usrah.

Abang Zam tersenyum.

Katanya, “Tak apa Hasrizal. Ana buat usrah malam tadi bukan untuk menyampaikan ilmu. Tetapi sekadar nak menguji kesediaan anta dan ikhwah hadir dalam keadaan yang penat begitu. Kalau sudah sanggup bangun dan datang ke usrah, sudah selesai dengan sempurnalah silibus malam tadi!”

Saya terdiam. Begitu rupanya…

13 JUN 2009

Peristiwa itu sudah 19 tahun berlalu. Saya baru di Tingkatan 3. Tetapi kesannya terasa hingga ke hari ini.

19 tahun yang lalu usrah masih asing. Pelajar yang ada semangat kepada Islam masih pelik. Zaman itu baju Melayu moden ala Raihan masih belum wujud. Memakai baju sedemikian, disebut baju haraki kerana yang berfikrah sahaja memakainya.

Saya biasa dengan sindiran di zaman itu. Sindiran guru, sindiran teman, pemulauan dan kadang-kadang dimaki hamun bersama ugutan… semuanya ditelan, demi sebuah kesedaran, pada usia semuda 15 tahun, mahu hidup untuk Islam. Mudah-mudahan mati juga untuknya.

Usrah zaman itu sangat bermakna. Setiap pertemuan membekas di dalam diri hingga terbawa ke usia tua. Tatkala dipesan oleh Naqib agar jangan keluar dari rumah kecuali dengan pena dan kertas yang sentiasa ada di poket, disiplin itu kekal hingga ke hari ini setelah usia menjangkau lebih separuh perjalanan (atau mungkin sudah di hujungnya).

Setengah jam berkongsi ilmu.

Setengah jam berkongsi kefahaman.

Setengah jam berkongsi pengalaman.

Usrah bermula dengan Kaffaratul Majlis dan bermula dengan Surah al-Fatihah… apabila segala yang dibicarakan dalam halaqah dua jam itu, dihidupkan saban hari hingga ke pertemuan yang berikutnya.

Rumah adalah tempat lahirnya diri ini, usrah tempat kelahiran itu diberi erti.

KEHILANGAN

Masakan tidak tumpah air mata, dan bergetar tubuh dan jiwa, tatkala menyambut berita sedih kepulangan insan yang paling kerap meneman hidup di gelanggang usrah, biar pun tidak pernah berkenalan atau bersua muka, namun juzuk-juzuk diri ini banyak terbentuk daripada sentuhan Murabbi umat ini… Al-Sheikh Fathi Yakan.

Sebanyak-banyak doa kuiringkan, agar kepulanganmu kepada Allah, adalah kepulangan kekasih kepada Kekasih yang dirindu. Kehilanganmu bukan sekadar kehilangan manusia bernama bapa, suami, teman dan guru di sisi insan-insan yang berada di sekitarmu. Tetapi pemergianmu adalah kehilangan buat umat, tercabutnya satu lagi mata rantai ilmu dan ilmuwan, dari umat yang masih di perjalanan, mencari kemenangan.

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan merentapnya dari dada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan Ulama. Apabila tiada lagi ilmuan, maka nantinya manusia akan mengambil pemimpin-pemimpin yang jahil, pemimpin itu ditanya lalu mereka berfatwa tanpa ilmu, maka sesatlah golongan yang bertanya, sebagaimana sesatnya juga golongan yang ditanya” [Hadith riwayat al-Tirmidhi]

Kepulangan Sheikh Fathi Yakan ke Rahmatullah pada Subuh Sabtu 13 Jun 2009 yang lalu, meninggalkan kita sejumlah hasil tulisan dan pengalaman, buat teladan umat ini;

Janganlah disepikan khazanah itu.

Jalanlah dialpakan jalan itu.

Atau nanti binasalah umat ini tanpa bimbingan, tanpa panduan, tanpa da’ie dan tanpa dakwah, yang semua itu menjadikan kita, umat terbaik dalam sejarah manusia ini.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG


~Artikel di atas dipetik daripada www.saifulislam.com bertarikh 14 Jun 2009~

p/s: Perbezaan artikel di atas berbanding artikel sebenar hanyalah dari segi format kerana ingin menyelaraskan dengan post-post dalam blog ini. Tiada sebarang perubahan yang dilakukan dari segi ayat mahupun perkataan. Wallahua'lam.


*Al-Fatihah buat roh Al-Marhum Syeikh Fathi Yakan yang pergi dijemput Illahi, bertemu Kekasih yang Dirindui, tanggal 20 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 13 Jun 2009. Semoga rohnya bersama dengan orang yang cicintai lagi dikasihi Illahi*
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN