..::anTaRa DuA ... HanYa SaTu PaSti MeNanTi::..
Assalamu'alaikum wrh wbt...

Kepenatan mula menguasai diri apabila di antara dua pilihan yang ada dalam pemerhatian, hanya satu yang pasti akan menjadi pilihan. Berat rasanya nak buat keputusan kali ni sebab perkara ni melibatkan masa depan ana. Walaupun dah banyak keputusan yang ana ambil sebelum ini, yang bolehlah ana katakan agak sukar untuk dibuat, tetapi kali ini rasanya lain daripada yang lain. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk ana terus berada di sini dan pastinya hari yang akan tiba itu, tiba juga akhirnya nanti. Cuma keputusan apa yang bakal ana ambil untuk mendepani masalah yang sedang dihadapi ini yang sebenarnya lebih merungsingkan.

Hari demi hari telah berlalu untuk ana memilih di antara dua itu. Kedua-duanya ada risiko yang tersendiri. Kedua-duanya ada kebaikannya yang tersendiri. Kesusahan dan kepayahan ana selama ini untuk menghadapi siri ujian seterusnya dalam hidup ini terus bersambung lagi. Pasti ianya takkan berakhir selagi nyawa dikandung badan.

Yang pasti, sukarnya membuat keputusan amatlah pedih untuk ditelan. Sekali ana tersalah langkah untuk meneruskan kehidupan, pasti tiada cara lagi untuk berundur ke belakang. Meskipun ramai yang mengambil berat tentang diri ini, ana hargai kemuliaan hati antum semua. Tetapi kali ini ana harus hadapinya sendirian agar kematangan itu datang jua dalam membuat keputusan.

Untuk meneruskan di sini, atau beralih ke tempat lain. Ana akan cuba sedaya upaya mencari jalan penyelesaian terbaik agar semuanya berjalan lancar. Tidak semestinya seperti yang ana rancang, tapi pastinya seperti apa yang telah DIRANCANG oleh Yang Maha Perancang.

Aku kerdil, aku hina, aku bukanlah sesiapa. Hanya insan lemah yang masih terus-terusan melakukan dosa yang kerap kali menodai jiwa ini walaupun aku tidak mahu untuk mengulanginya lagi. Tapi apa kan daya. Diri ini terlalu kerdil untuk hidup sendiri. Kerana fitrah manusia itu tidak begitu.

Memang dunia maya bukan tempat yang strategik untuk mengadu masalah kerana ianya tidak mengerti hati dan perasaan manusia. Tetapi leganya perasaan apabila dapat meluahkan apa yang terbuku di hati sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban yang sedang ku tanggung ini.

Ya ALLAH,
Aku sedar diri ku hina di sisi-MU,
Kerap kali ingin meminta ampun,
Sekerap itu juga aku membuat dosa,
Kerap kali aku berjanji tidak akan mengulanginya,
Sekerap itu juga aku memungkiri janji ku,
Aku ingin menjadi pejuang Islam,
Tapi layakkah diriku ini?
Tidak mampu untuk aku hadapi segalanya,
Ampunkan aku Ya ALLAH...
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN