..::PeMerGiaN::..
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Assalamu’alaikum wrh wbt…
Adik Fatimah ketika bersama Abi dan Ummi tercinta
Awal pagi tadi, sedang asyik melayani laman-laman kegemaran ana, ana menerima satu mesej daripada sahabat ana. Mesej berkaitan pemergian anakanda kepada Al-Ustaz Ramadhan Fitri, Nur Fatimah yang baru berusia 3 bulan. Si kecil ini telah bertarung selama 2 minggu di bawah Unit Jagaan Rapi (Intensive Care Unit – ICU), setelah mengalami deep coma akibat beberapa masalah yang mungkin berkaitan dengan gegeran di bahagian otaknya (rujuk mereka yang lebih mengetahui).
Walaupun di peringkat ana sendiri belum pernah bertemu apatah lagi bersua muka dengan si kecil mahupun abi dan ummi nya (ayah dan ibu nya), tetapi membaca post daripada Ustaz Hasrizal (Belasungkawa Anakanda Nur Fatimah) cukup menyayukan hati ini. Entah mengapa. Mungkin kerana rasa indahnya ukhwah dalam Islam meskipun tidak mengenali empunya diri. Sudah pasti tempat mu di Syurga, wahai si kecil. Semoga dirimu mampu membawa kedua ibu dan bapa mu turut sama di Firdausi. InsyaALLAH. Kepada kedua abi dan ummi Nur Fatimah, semoga antum berdua tabah dalam menghadapi kehilangan anak kecil pertama mu ini. Pasti ada hikmah di sebalik sesuatu yang dirancang-NYA. Al-fatihah untuk adik Nur Fatimah...
Perjalanan ke Sana
InsyaALLAH esok akan menyaksikan buat pertama kalinya ana menjejakkan kaki ke utara tanah air untuk bersama dengan sahabat-sahabat seperjuangan di sana. Al-maklumlah, kekurangan yang ada pada diri mengakibatkan kesusahan untuk ana bergerak ke mana sahaja. Tetapi ana menerimanya sebagai salah satu daripada dugaan ALLAH Yang Maha Kuasa. Dalam kesibukan menghadapi peperiksaan akhir yang bakal menjelang tidak lama lagi, ana masih mampu untuk ke sana memenuhi jemputan sahabat-sahabiyah ana. Semoga perjalanan ke sana nanti dirahmati dan direstui.
Wallahua’lam...