SaYanG aTau BenCi [BaHagiaN 1]
Assalamu’alaikum wrh wbt…

Kisah yang bakal ana kongsikan di bawah ini adalah pengalaman hidup ana selama beberapa tahun ana hidup menjadi hamba ALLAH di muka bumi ini. Semua nama yang ana ajukan adalah rekaan semata-mata tetapi kisah yang ana ceritakan merupakan kisah benar. Kisah ini ana paparkan, semoga ianya bermanfaat kepada mereka yang sudi membacanya. Terimalah…


Kisah Satu

Ashikin dan Shaiful merupakan pasangan kekasih yang amat ideal. Walaupun kisah cinta mereka tidak mendapat liputan meluas seperti cinta artis dan selebriti, namun mereka tetap bahagia bersama.

“Abang janji, lepas habis je abang punya degree, abang akan cari jalan untuk kita nikah secepat mungkin k…” kata Shaiful yang seolah-olah mengikat cinta mereka berdua.

Mereka cukup bahagia dalam konteks percintaan ‘Islamic Couple’ yang mereka cipta, seolah-olah meng’halal’kan bercinta sebelum perkahwinan yang sah itu. Akan tetapi mereka lupa yang ALLAH mengatur segala-galanya.

Setelah selesai pengajian di Matrikulasi, mereka berpisah. Seorang ke utara tanah air, manakala seorang lagi di terbangkan ke seberang sana merentasi Laut China Selatan. Kedua-duanya ingin menggapai cita-cita yang sekian lama mereka idamkan segulung ijazah dalam bidang kegemaran masing-masing. Meskipun jarak memisahkan mereka, tetapi rasa rindu, kasih dan saying tetap mekar dalam diri mereka.

“Macamana dengan janji kita dulu, bang?”

“InsyaALLAH, abang tetap akan tunaikan. Ayang janganlah risau. I love you sooo much...”

Kata-kata yang mengeratkan lagi percintaan mereka.

Setelah tamat semester satu, dalam proses mengenal dunia sebenar, kedua-dua mereka mula memahami hakikat sebenar penciptaan mereka di muka bumi ini. Kedua-duanya sedar bahawa mereka dilahirkan sebagai hamba ALLAH, bukannya untuk menghambakan diri pada nafsu serakah masing-masing. Saling bercinta sehingga seolah melupakan Pemilik Cinta. Walaupun kondusi Islamik sudah ada pada diri mereka, tetapi nafsu tetap mengaburi mata mereka pada hakikat sebenar kehidupan.

Lalu mereka inginkan perubahan pada diri mereka. Mereka ingin berubah. Mengejar dahulu cinta ILLAHI sebelum menemui cinta manusia. Tetapi halangan tetap ada. Kerana insan yang ingin berubah kepada yang lebih baik, pasti akan diuji.

“Awak kita clash boleh tak. Saya rasa apa yang kita buat ni salah.” Ashikin meluahkan kata-kata.

“Alah sayang, apa yang salahnya. Memanglah kita kadang-kadang terover, tapi takyah lah sampai nak clash. Kita still couple tapi kita wat cam biasa-biasa je. Cam masa kita mula-mula kenal dulu. Ayang ingatkan abang, and abang ingatkan ayang. Kita kurangkan mesej, tapi kita banyakkan bagi kata-kata semangat and kata-kata hikmah. Kan ok kalau gtu,” Shaiful cuba memujuk kembali.

“Tak awak. Saya dah banyak kali rujuk kat ustaz ustazah, akak-akak senior saya kat sini. Diorang semua cakap yang couple ni haram. Takde pon yang kata benda ni boleh. Ada caranya untuk kita mendirikan rumah tangga. Tapi bukan dengan cara ni,” Ashikin tegas dengan pendiriannya. “Maafkan saya, lepas ni kalau betul-betul ada hal yang mustahak, baru awak contact saya. Maafkan saya. Assalamu’alaikum.” Telefon bimbit dimatikan.

“Sayang… Sayang…” Shaiful bagaikan terkedu dengan perbuatan Ashikin sebentar tadi.

“Huh, cakap je sayang. Pembohong” hati Shaiful mula berbicara.

Semenjak itu, mereka tidak berbicara. Malah sms juga sudah tidak diutus seperti selalu. Seolah-olah lupa tarikh lahir masing-masing. Seolah-olah lupa ulangtahun mereka sebelum ini. Seolah-olah mereka berdua adalah orang asing. Saling tidak mengenal antara satu sama lain. Emel dibuang, gambar dibakar, YM dipadam, nombor telefon juga turut dibuang.

Jika dahulu berkasih sayang, mengapa sekarang benci-membenci?
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN