JanGan TerLaLu aWaL
Assalamu’alaikum wrh wbt…


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bergelora lagi?

Pasti ini antara kata-kata mereka yang berada di luar sana yang hanya mengharapkan media arus perdana yang sedia ada untuk membuat sesuatu pandangan/kritikan/ulasan (kalau bukan ini ayatnya, pasti sesuatu yang lebih kurang sama maksudnya).

Selalunya ana mengambil suatu langkah yang ‘selamat’ dengan tidak ingin menyatakan pandangan mahupun pendapat ana kalau sesuatu isu yang baru dan fresh itu sedang masih hangat di pasaran. Tetapi mungkin berbeza kali. Jauh sekali ingin mengkritik, sekadar pandangan yang tak seberapa.

Ramai yang cepat melatah, sedangkan bukan ini yang diajar agama kita Islam, tambahan lagi mereka yang berada dalam gerakan Islam itu sendiri. Isu-isu yang timbul kadang kalanya timbul bukan kerana sebarang masalah ahli, tetapi datangnya daripada musuh-musuh Islam yang terang dan nyata ingin menjatuhkan gerakan Islam. Siapa? ALLAH jua lebih mengetahui. Apabila menyebut tentang musuh-musuh Islam, janganlah kita hanya memandang kepada orang-orang kafir semata. Hakikatnya, di kalangan orang munafik dan fasiq itu, adalah lebih dahsyat ancamannya jika kita benar-benar memahami. Antara musuh nyata dan ‘halus’, pasti yang ‘halus’ itu lebih merbahaya. Samalah seperti seekor harimau yang jelas kita nampak di depan mata, berbanding syaitan yang membisikkan pelbagai kata-kata hasutan tanpa kita sedari ‘kehadirannya’.


Kapak dan Bakau


Seorang lelaki memasuki hutan dengan niat untuk menggondol beberapa batang kayu balak yang terdapat disalah sebuah hutan simpanan. Masalah paling besar yang dihadapinya ialah beliau hanya ‘mempunyai mata kapak, bukan kapak yang sempurna ‘sifatnya’. Tetapi atas dasar ketamakannya terhadap harta dunia itu, yang pastinya apabila dijual akan mendatang wang yang berjuta-juta nilainya.

Dengan kudrat lelaki yang ada pada dirinya, beliau pun mula melakukan proses penebangan pokok balak yang pertama yang besarnya melebihi 3 pemeluk lelaki dewasa. Dengan hanya memegang mata kapak itu dengan tangannya, beliau meneruskan juga proses menebang pokok itu. Sakit, namun digagahi juga. Setelah beberapa minit berusaha, jelas usahanya itu bagaikan sia-sia. Pokok hanya bercalar sedikit, namun calaran pada tangannya yang mulai luka dan calaran pada hatinya yang sedikit berang mula menguji kesabarannya. Dia berang lalu menenangkan dirinya dengan duduk sebentar sambil mengubati luka di tangannya itu.



Sedang asyik memikirkan jalan yang terbaik untuk menebang pokok bakau itu, kerana jelas beliau tidak mahu bekas yang ada pada tangannya itu hanya sia-sia, beliau terpandang dahan-dahan pokok bakau di atas lalu timbullah suatu idea yang bernas. Dengan kudrat yang masih berbaki, beliau memanjat pokok itu dan mendapatkan dahan pokok yang paling ‘sesuai’ untuk dijadikan alat bentuannya. Setelah berjaya, beliau turun dan melakukan apa yang terdaya untuk memasukkan dahan yang baru diambilnya itu ke dalam lubang yang terdapat pada mata kapak itu. Beliau berjaya.

Dengan semangat dan nafsunya yang membara-bara, beliau menggunakan kapak ‘baru’nya itu untuk proses menebang pokok itu. Sedikit demi sedikit dan akhirnya pokok itu tumbang. Senyum lebar jelas terlukir di wajahnya. Beliau mampu pulang dengan habuan dunia yang cukup lumayan, akhirnya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kisah di atas yang ana ceritakan ini sebenarnya ada kaitan dengan apa yang telah ana perkatakan awal tadi.

Kiaskan pokok bakau tersebut dengan Islam yang kuat dan mantap segalanya, lelaki dan mata kapak itu sebagai musuh Islam yang nyata.

Islam telah sekian lama menatap di muka Bumi ini dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Kita pernah menguasai 2 per 3 dunia suatu ketika dahulu, tidak pernah dicapai oleh tamadun-tamadun lain sebelum ini. Dan musuh-musuh Islam pula dengan nyatanya ingin menjatuhkan Islam sedaya upaya dengan kekuatan yang mereka ada.

Dan telah nyata, dalam siri-siri peperangan bermula dengan yang berlaku pada zaman Rasulullah hinggalah ke akhirnya, kekuatan fizikal dan bilangan bukanlah penentu kejayaan dan kemengan. Walau tidak dinafikan kita pernah tewas, tetapi bilangannya adalah sedikit. Mereka mampu melawan umat Islam dengan kekuatan fizikal tetapi ‘calar’ yang ditinggalkan hanyalah sedikit.

Dengan akal licik yang dimiliki mereka, mereka pun mendapatkan bantuan ‘ahli’ dalam Islam itu sendiri, iaitu mereka yang iri hati dengan kebangkitan Islam walaupun mereka adalah Islam. Inilah golongan munafik yang hanya memandang dunia sebagai habuan. Mereka sudi membantu dengan beberapa habuan keduniaan yang mereka idam-idamkan.

Dan akhirnya, dengan bantuan daripada orang munafik ini, musuh-musuh Islam akhirnya mampu menewaskan Islam sehinggalah tamatnya zaman khilafah Islamiyyah pada sekitar tahun 1924.

Inilah dia coretan ringkas kronologi kejatuhan kerajaan Islam, diqiaskan dengan kisah di atas tadi.



Jangan Terlalu Awal

Terngiang-ngiang kata sahabat ana beberapa hari yang lepas setelah ana bertemu dengannya.

“PAS takkan jatuh disebabkan UMNO, tapi PAS boleh jatuh dengan sebab jemaah-jemaah lain.”

Ya, ana akui kesahihannya. Kita tidak tau kerja siapakah semua ini. Mungkin ianya benar, tetapi ada suatu kisah tersirat yang sengaja disorokkan agar perpecahan dalam satu lagi gerakan Islam itu dapat direalitikan. Jangan cepat melatah wahai sahabat-sahabt ku. Tunggu dan lihat dahulu apa yang bakal berlaku, jangan terlalu cepat menghukum jika kita kita tidak tahu ‘jalan cerita’ yang sebenarnya. Jangan terlalu awal melabel, kerana kita belum tahu apa yang ingin disampaikan mereka.

Bersabarlah. Pasti ada hikmah. Mungkin juga teguran direct daripada Yang Maha Esa agar kita tidak alpa. Jangan cepat melatah...

Wallahua’lam...

0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN