aPa naK Jadi ni?
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamu’alaikum wrh wbt...

Baru beberapa hari lepas ana ‘memuji’ Kelantan kerana pendekatan Islamnya yang diambil oleh kerajaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Hujung miggu yang lalu, khabaran tidak baik ini menerjah ke fikiran. Apa nak jadi dengan industri sukan tanah air? Inikah yang dinamakan semangat kesukanan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia itu?

Pelik dan jelik. Itu antara apa yang mula bermain di fikiran ana. Memikirkan nasib ummat seagama yang semakin layu dan lalai dalam kesibukan hiburan dunia yang semakin melampau membuatkan ana tertanya-tanya, apa yang mereka nakkan sebenarnya? Kepuasan apakah yang dicari? Dimana silap pemerintahan Tok Guru Nik Abdul Aziz?

Tindakan liar beberapa orang penyokong pasukan Kelantan ini sebenarnya merupakan lanjutan daripada sikap mereka yang juga pernah ‘mengganas’ tidak berapa lama yang lalu ketika pasukan The Red Warriors ini juga tewas di tangan Negeri Sembilan sehingga membawa kepada tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) serta ‘mengharamkan’ perlawanan bola sepak diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu daripada sebarang kejohanan Piala Malaysia. Kini, apa pula tindakan yang bakal dikenakan kepada KAFA.

Insaflah wahai manusia. Bola sepak hanya sekadar satu permainan (ana tertarik dengan pendekatan penggunaan istilah ‘riadah’ daripada istilah ‘permainan’ yang disyorkan oleh Tok Guru). Sejauh manapun kita tidak berpuas hati, janganlah sampai menggadai maruah sendiri dengan mengambil tindakan tidak bertamadun itu. Membakar trak polis (kejadian lepas), membakar mercun serta membakar kerusi di stadium merupakan tindakan ‘tidak masuk akal’ yang ditunjukkan oleh penyokong Kelantan. Redhalah dengan ketentuan ILLAHI. Kalah menang adat dalam sesuatu pertandingan. Janganlah sampai satu hari nanti penyokong bola sepak Malaysia mengambil tindakan nekad membunuh diri hanya kerana satu jaringan seperti mana yang pernah terjadi kepada penyokong-penyokong bola sepak luar negara. Na’uzubillah...

Semoga tindakan yang berpatutan diambil oleh FAM dalam menangani isu ini. Jangan hanya menghukum mereka kerana mereka adalah rakyat Kelantan, tetapi hukumlah mereka untuk mengajar mereka erti sebenar menjadi manusia dan menyokong yang berakhlak mulia.

Wallaua’lam...

p/s: Pelik bila mana 10,000 polis tidak mampu mengawal jumlah penyokong Kelantan yang mencecah juga puluhan ribu (maaf, ana kurang pasti bilangan) sedangkan pihak polis mampu mengawal perhimpunan rakyat (yang menuntut keadilan) dalam siri-siri demonstrasi (atau lebih tepat perhimpunan) dengan cukup ‘cekap’ sehingga mampu menangkap mereka yang inginkan keadilan untuk rakyat negara tercinta. Mengawal penyokong yang sedia mengganas, tidak pula mereka berdaya. Mungkin kena panggil FRU jaga bola sepak lepas ni...=)
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN