InDaHnYa KeLanTaN
Assalamu’alaikum wrh wbt...

Beberapa tahun yang lalu, ketika sedang asyik mendengar kuliah yang di sampai oleh seorang ustaz (maaf, ana lupa tajuknya), ana tertarik dengan satu kisah yang diceritakan oleh ustaz tersebut. Kisah ini diceritakan sewaktu beliau masih lagi penuntut ilmu di salah sebuah universiti lebih sepuluh tahun yang lalu...

Ketika ustaz tersebut menuntut di salah sebuah negara orang di Asia Tengah (ana juga lupa di mana, sama ada Mesir ataupun Jordan), beliau menemui beberapa orang pelajar yang turut sama menuntut dengannya tetapi daripada negara-negara ummat Islam lain yang sedang membangun (seperti negara di Asia Tengah dan Afrika Selatan). Dalam sesi ta’arufnya (suai kenal) itu, beliau ditanya berasal dari mana. Lalu ustaz tersebut menjawab, “Malaysia”. Tetapi mereka merasa hairan. Lalu bertanya lagi...

“Malaysia itu di mana?” tanya salah seorang daripada mereka.

“Asia Tenggara...” jawab si ustaz.

“... Singapura? Indonesia? Thailand?...” mereka masih lagi bingung. Barang kali ini pertama kali mendengar nama Malaysia.

Lalu ustaz tersebut menjelaskan, “Malaysia terletak antara Singapura dan Thailad.” Penjelasan yang ringkas yang pastinya mudah difahami mereka yang mengetahui bentuk geografi Bumi ini.

“Oooh, maksud kamu, Kelantan?” jawab salah seorang daripada sahabat barunya itu.


Si ustaz bagaikan tercengang. Lalu dalam ‘terkedu’nya itu menjawab, “Ya, ya. Kelantan...”

Si ustaz bermonolog sendirian, “Malaysia yang dah lama merdeka ni orang tak kenal, tapi Kelantan orang boleh kenal. Hebat...”

Lalu, semenjak itu, apabila di tanya oleh orang di sana, beliau hanya dengan selamba mengatakan yang beliau daripada ‘Kelantan’ walaupun asalnya tidak. Senang kerana ‘negara Kelantan’ lebih dikenali berbanding negara Malaysia.

-------------------------------------------------------------------------------------


Lewat petang itu, ana menunggu bas sambil di duduk di ‘tempat bas’ yang disediakan di salah sebuah kompleks membeli-belah. Penat, melepaskan lelah setelah penat pusing di kawasan yang berhampiran untuk mencari barang yang diinginkan. Alhamdulillah, ana berjaya menemui dan membelinya.

Lalu, sedang asyik menantikan ketibaan bas...

“Sini boleh hisap rokok kan?” tanya seorang ‘pak cik’ yang juga turut memecah ‘lamunan’ku itu.

“Ye ye. Boleh tak de masalah,”

“Kau tak hisap rokok?’’ ujar si ‘pak cik’.

Ana hanya menggeleng sambil tersenyum menunjukkan isyarat tidak. Moga beliau memahami.

“Tengok muka pon dah tau. Baguslah...” katanya lagi tanpa ana duga.

Setelah menyangka bahawa ‘dialog ringkas’ petang itu sudah berakhir, si ‘pak cik menegur lagi. Dan lagi. Akhirnya, ‘dialog ringkas’ itu tadi menjadi satu perbualan yang pendek tapi bermakna.

Si ‘pak cik’ itu menceritakan sedikit kronologi kehidupannya akhir-akhir ini. Bagaimana beliau sudah agak lama tidak bekerja setelah kemalangan beberapa bulan yang lalu. Isteri dan anak-anaknya pula ‘pergi’ meninggalkannya untuk duduk di rumah kakak si isteri. Mungkin kerana kos hidup yang memaksa mereka berpindah setelah si suami menganggur selama beberapa bulan. Pasti kos hidup yang tinggi menghantui kerana anak-anak masih lagi kecil dan sedang pesat membesar.

Air matanya hampir mengalir tika mana beliau menceritakan kerinduannya kepada anak kecilnya yang berumur 3 tahun. Yelah, ayah mana yang tidak sayangkan anak.

Dalam kisah hidup yang diceritakan itu, beliau juga turut menceritakan bagaimana sebelum ini beliau bekerja sebagai penarik motor (mungkin juga merujuk kepada kereta). Beliau telah pergi ke serata Malaysia tidak ketinggalan Kelantan. Apa yang menariknya, beliau menyatakan yang beliau suka sewaktu bekerja di sana dan kebanyakan ‘pelanggan’nya menyukai beliau kerana tidak seperti di negeri-negeri lain, beliau akan memberi peluang untuk ‘pelanggan’nya melangsaikan bayaran yang terlewat sebelum motorsikalnya itu di tarik. Biasanya setelah memberi ‘salam’ kepada tuan rumah, beliau menjelaskan bahawa motorsikalnya itu lewat bayarannya, dan beliau diberi tempoh hingga sekian sekian waktu untuk menjelaskan hutangnya itu sebelum motorsikalnya itu ditarik. Dan kerana ini, ramai ‘pelanggan’nya yang menyukainya.

Tahu apa alasan yang digunakan oelh si ‘pak cik’ ketika memberi peluang kepada rakyat di Kelantan sahaja sebegitu, katanya “Yelah, kita hormat dengan negeri itu kan,”.

Dalam hati ana, timbul satu perasaan ‘kagum’. Namun ana hanya menunjukkan perasaan itu melalui reaksi senyuman.

Belaiu bercerita lagi hingga akhirnya beliau meminta diri untuk pulang setelah kakak, abang ipar dan anak-anak kakaknya itu tiba setelah membuat passport masing-masing. Beliau sempat mengenalkan dirinya sebagai Nagga. Ya, seorang yang berbangsa India yang menganut agama Hindu (barangkali).

Selang beberapa minit, bas pun tiba dan ana pulang ke kampus.

-------------------------------------------------------------------------------------

Dua kisah benar yang ana sertakan di atas merupakan pengalaman sebenar seorang ustaz yang pernah menyampaikan ilmunya kepada ana, dan juga pengalaman ana sendiri beberapa hari yang lalu. Pada ana, penceritaan ana kali ini jelas dan straight forward, jadi harapnya antum semua boleh memahami dua kisah tersebut.

Ya, Kelantan Darul Na’im. Sudah hampir 20 tahun pemerintahan kerajaan pembangkang Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memerintah di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Walaupun kita sering diceritakan dengan kemunduran dan anti pembangunan Kelantan di bawah pemerintahan PAS, tetapi ada cerita-cerita lain yang pastinya kita tidak tahu. Mungkin juga cerita daripada mereka yang berada di luar sana sebagaimana sahabat sepengajian ustaz itu tadi yang mengenali sebuah negara yang tidak pernah wujud yang bernama KELANTAN.

Ana mengharapkan agar antum semua mampu membuat kesimpulan sendiri dengan dua kisah benar yang ana sampaikan ini. Di bawah pemerintahan ulama’, Kelantan mampu dikenali lebih daripada Malaysia oleh orang Islam di luar sana, dan rakyat Malaysia yang pastinya bukan beragama Islam dan berbangsa Melayu boleh mengagumi negeri tersebut hanya dengan pemerintahan Islamnya. Membangun Bersama Islam.

Bagaimana dengan anak orang Malaysia sendiri dan ummat Islam di Malaysia. Apa pula cerita serta pandangan antum terhadap Kelantan?
Sama? Serupa? Lebih kurang? Ataupun lebih buruk?


Hmmm... Indahya Kelantan. Mungkin boleh tukar sikit kot, INDAHNYA ISLAM...=)


Wallahua’lam...

p/s: Dialog dalam dua kisah di atas mungkin mempunyai tokok tambah yang sengaja dibuat untuk menampakkan jalan cerita. Dialog asal ustaz dan sahabatnya juga adalah dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Ana memohon maaf terutamanya kepada insan-insan yang terlibat. Juga kepada para pembaca sekalian.
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN