SetaHun YanG LaLu
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamu’alaikum wrh wbt...

Selesai menunaikan solat maghrib berjemaah di surau kolej, ana bersama dua lagi rakan bercadang menuju ke cafe di luar kawasan kolej untuk makan malam. Namun, mesej yang yang terpapar di skrin merupakan satu detik menandakan bermulanya satu episod baru dalam hidup ini.

“Ini mesej dari ayah,” monolog ana sendirian.

“Assalamu’alaikum, atuk tak dapat diselamatkan, dah meninggal dunia... jam 6.55 p.m. Harap tabah... & jangan risau... Banyak bersabar.”

Ana terkedu di muka pintu surau.

“Kenapa?” rakan ana bertanya.

“Atuk aku meninggal...”

Seolah satu gempa yang melanda diri apabila pada saat yang genting itu, atuk ana yang disayangi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Teringat lagi kenangan bersamanya ketika beliau masih lagi sihat.

Makan malam pada malam itu ‘senyap’ tidak seperti selalu. Nasi yang ditempah pun seolah-olah hilang perencah manis masinnya. Air mata tak dapat dibendung lagi. Hanya kesabaran yang nipis dalam diri ini yang mampu menahan diri agar tidak meraung dan meratap di khalayak ramai. Pada saat-saat diri ini bersama beberapa lagi mahasiswa/i menghadapi peperiksaan akhir semester, berita ini membuatkan ana ‘terpaku’ seketika. Ana kehilangan seorang datuk.

Malam itu ana meneruskan ‘keputusan tanpa pertimbangan’ balik menuju rumah. Walaupun sukar untuk pulang dalam keadaan diri yang masih terkejut, tetapi ana tabahkan jua diri untuk pulang. Jari jemari pantas menaip sesuatu mengkhabarkan pemergiannya itu kepada sahabat handai, meminta semoga didoakan kepulangan allahyarham.

Tiba di rumah, keluarga dan saudara mara daripada kampung halaman masing-masing telah pun tiba. Ada juga yang masih dalam perjalanan. Sekujur tubuh kini di depan mataku. Terbujur kaku tanpa sebarang reaksi. Ana menangis lagi...

Malam itu ana tidur bertemankan air mata sambil diri mendoakan agar allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman.

Pagi itu, selesai solat subuh, kami bersiap untuk sarapan dan hal-hal berkaitan pengurusan jenazah. Alhamdulillah, mujur qariah di situ ringan tulang membantu walaupun allahyarham bukanlah dari kalangan orang tempatan. Maklumlah, atuk datang daripada kampung di utara tanah air untuk dijaga oleh keluarga ana. Kerja-kerja memandi, mengkafan, mengsolat, dan mengebumikan jenazah berjalan dengan lancar. Ana bersama beberapa orang cucu-cucu atuk yang lain sempat membantu qariah memandikan jenazah. Sempat juga mendoakan allahyarham ketika solat dan di pusaranya. Sayunya hati mendengar talkin dibacakan...

Selesai semuanya, ana pulang ke rumah. Petang itu juga ana harus bergegas pulang ke kampus kerana paper seterusnya hanya selang beberapa hari. Mujur ada sahabat yang memahami derita yang ana rasai.


Atuk yang ku kenali

Atuk bukanlah seorang yang terlalu hebat dalam agamanya. Tetapi ana respect dan berbangga mempunyai seorang datuk yang sebegitu. Ana hanya ada dua datuk di dunia ini. Walaupun atuk tidak pernah mendapat pendidikan yang formal dan hebat dalam bidang agama, maklumlah kesusahan hidup pada zaman pra-kemerdekaan cukup memeritkan mereka yang pernah merasainya, allahyarham cukup taat menunaikan perintah-Nya. Tambahan, atuk juga pernah menjadi askar simpanan ketika bersama tentera Malaya ketika itu menentang komunis.

Indahnya malam-malam atuk apabila allahyarham sering bangun diawal pagi untuk bermunajat kepada ALLAH. Setiap kali pulang ke kampung halaman, atuklah yang akan menyediakan tempat tidur untuk anak cucunya. Dibentangkannya tilam dan toto untuk kami, dipasangkannya kelambu, disediakan bantal yang mencukupi bahkan adakalanya melebihi bilangan kami sekeluarga. Alangkah indahnya saat-saat yang telah berlalu itu.

Masih segar di ingatan Syawal terakhirnya bersama kami. Tubuhnya tidak gagah lantaran dimamah usia. Badannya yang juga agak berisi kerana hidup ‘membujangnya’ yang agak lama. Atuk pandai masak. Ana sukakan masakan atuk ibu juga mengakuinya. Sedihnya, Syawal terakhir itu kami tidak berpeluang solat Aidilfitri bersamanya. Maklumlah, masalah keluarga. Tetapi Syawal itu tetap Syawal yang paling bermakna kerana ianya yang terakhir bersama atuk yang disayangi.

Siapa sangka, kurang sebulan selepas Syawal, atuk jatuh daripada katil ketika dalam jagaan pak long. Khabarnya atuk hendak ke tandas malam itu ketika seisi rumah sedang tidur. Selepas itu, sakit atuk makin melarat. Atuk kemudiaannya di bawa ke rumah ana untuk dijaga oleh keluarga ana. Sempat juga ibu ana menjaganya untuk sebulan. Sempat juga ana membantu menjaganya ketika allahyarham tidak mampu untuk bergerak kerana badannya yang seakan lumpuh. Pengalaman membantu keluarga menjaga atuk cukup manis.

Petang itu, sebelum ana pulang ke kampus daripada melawat atuk di rumah, ana bersama along sempat bersalaman dengan atuk. Kami sempat mencium tangan dan dahinya. Siapa sangka, itu salam dan ciuman terakhir kami.

“Belajar rajin-rajin ye cu,” itu kata-kata terakhirnya sebelum ana melangkah keluar dari rumah. Siapa sangka, itu juga ‘amanat’ terakhirnya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir kurang seminggu daripada itu. Ana redha, ana pasrah dengan pemergiannya.

Kata salah seorang pak cik yang memandikan allahyarham, “Jenazah berbau wangi waktu dimandikan,”....

Semoga rohnya dicucuri rahmat.


~cucumu yang merinduimu, 8 November 2009~


p/s: Maaf, entry kali ni ditulis bertemankan air mata. Baca dengan hati yang tenang...
0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN