GaGaL iTu PaSTi
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Assalamu’alaikum wrh wbt...

Selesai pilihanraya kecil (PRK) DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan beberapa minggu yang lalu, ada antara sahabat ana yang mengucapkan kata-kata ini, “Kalah tu biasa dalam PAS. Yang tak biasanya bila kita menang. Menang tu hadiah daripada ALLAH,”. Ada juga yang berkata, “Kalah tu benda biasa dalam perjuangan. Menang tu yang hadiah,”.

Dan ana akui, kekalahan dalam medan perjuangan memang perkara biasa. Hakikat kemenangan merupakan suatu hadiah istimewa buat para pejuang Islam. Lihat sahaja sirah perjuangan para anbiya’ dan mereka yang berjuang untuk Islam. Kebanyakannya menerima kekalahan dahulu sebelum kemenangan tiba.

Tetapi untuk post kali ini, bukan ini yang ana ingin ceritakan. Hanya sekadar muqadimah.


Gagal vs Berjaya

Gagal dan berjaya merupakan antara ungkapan-ungkapan kita seharian sebagai hamba ALLAH. Tidak ketinggalan juga bagaimana kita sebagai hamba ALLAH menghadapi ujian kegagalan dan kejayaan ini setiap hari dalam hidup. Ya, kita gagal dan berjaya setiap hari. Setiap apa yang kita lakukan ada gagal dan berjayanya yang tersendiri. Cuma sejauh mana kita menilai kebesaran atau keseriusan tahap kegagalan dan kejayaan kita itu.

Setiap pagi kita memulakan hidup dengan bangun di awal pagi untuk menunaikan solat subuh (bagi yang beragama Islam). Ada juga yang bangun lebih awal untuk mengabdikan diri ketika ramai di kalangan manusia yang lena dibuai mimpi (qiyammullail). Setelah selesai subuh, maka mulalah manusia bertebaran di muka Bumi ini melaksanakan tugas masing-masing. Dalam kesibukan itu, solat-solat yang wajib tidak ditinggalkan. Amalan-amalan lain juga pasti menjadi pilihan mereka yang mementingkan kehidupan selepas kematian. Balik ke rumah untuk bersama keluarga mahupun teman. Mengakhiri hari itu dengan tidur untuk merehatkan badan dan minda untuk menghadapi hari esok yang bakal mendatang. Episod harian ummat manusia akan berlaku bermula dengan pagi mereka hinggalah tamat malam itu dengan tidur mereka. Kemudian episod ini akan berulang lagi hinggalah nyawa dijemput malaikat maut. Mungkin ada sedikit yang berbeza tetapi lebih kurang itulah episodnya. Jika berubah pun, mungkin hanya dari segi jalan cerita, plotnya tetap sama.

Pasti setiap kali sebelum tidur itu ramai di kalangan kita ada aim yang tertentu untuk bangun pagi pada sekian-sekian waktu. Setelah paginya mencelah, ada yang tepat dengan sasarannya itu, ada yang lebih awal, ada juga yang terlewat. Ada juga yang tidur hingga ke akhirnya. Jika tepat dan lebih awal, alhamdulillah. Jika lewat, pasti ada yang sedikit mengeluh. Ah, mungkin kerana keletihan menjalani kehidupan pada hari sebelumnya. Hmmm, kita gagal untuk pagi itu. Gagal untuk menepati sasaran bangun pada awal pagi seperti yang telah dirancang pada malamnya.

Itu adalah antara contoh kegagalan yang mudah dan ringkas dalam kehidupan harian kita. Ada banyak lagi contoh yang antum semua boleh generate sendiri. Gagal menunaikan janji dengan teman, gagal melaksanakan tugasan yang diberikan, gagal dalam memuaskan hati keluarga dan sahabat-sahabat, gagal dalam ujian ataupun peperiksaan yang diambil, dan lain-lain.

Jika itu gagal, kita juga berjaya setiap hari. Berjaya menunaikan semua kerja yang diberikan. Berjaya menjawab semua soalan latihan yang diberikan cikgu mahupun pensyarah. Berjaya memasak masakan suami mahupun isteri kesayangan. Dan banyak lagi.

Tetapi yang menjadi tanda tanya ialah, sejauh mana kita mengambil sesuatu kegagalan atau kejayaan dalam kehidupan seharian kita itu sebagai sesuatu yang serius. Lihat insiden yang sering berlaku ini.

Antum telah tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan yang bakal antum terima sekejap lagi bakal mengubah nasib antum selepas ini. Sama ada layak atau tidak meneruskan pengajian di universiti pilihan hati. Setelah mengambil slip keputusan daripada guru masing-masing, antum mendapati banyak subjek yang antum duduki menunjukkan gred 7D. Antum kecewa. Antum menangis teresak-esak mengenangkan nasib sambil ditenangkan oleh ahli keluarga. Ada di kalangan sahabat-sahabat antum yang mendapat semua A dalam subjek yang diambil. Ada juga yang banyak A nya berbanding gred-gred yang lain. Antum melihat mereka menangis kegembiraan. Memeluk ahli keluarga dan sahabat handai di samping mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar mereka selama ini.

Dua situasi yang sama tetapi berbeza. Gagal dan berjaya. Bandingkan dengan insiden di bawah ini pula.

Malam itu antum amat-amat keletihan. Assignment dan kerja persatuan yang bertimbun amat-amat meletihkan aqal mahupun tubuh antum. Pukul 1 pagi, baru antum dapat merebahkan diri ke katil lalu terus terlena. Jam loceng dan handset telah disetkan alarmnya kepada pukul 5.30 pagi. “Subuh pukul 6 pagi. Mesti sempat turun masjid,” monolog antum sebelum melelapkan mata. Pagi menjengah, jam loceng berbunyi, handset juga berbunyi. Alarm yang diset telah berbunyi, namun dek kerana keletihan, hanya tangan dan minda separuh sedar antum yang terjaga lalu menutup kedua-dua jam loceng dan handset. “Bising” barangkali apa yang dilafazkan minda separuh sedar antum. Sedar daripada tidur, jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. “Ya ALLAH, dah lewat ni,”. Antum bergegas ke tandas menyucikan diri lalu menunaikan solat Subuh yang terlewat itu. Dalam pada itu, ada juga sahabat seperjuangan antum yang mampu bangun awal dan mampu turun ke masjid untuk solat berjemaah. Malangnya mereka tidak serumah/sebilik untuk mengejutkan antum mengerjakan solat bersama. Selesai ‘Subuh Gajah’ itu, antum pun bersiap dan pergi membeli sarapan pagi.

Juga dua situasi yang sama, tetapi berbeza.


Elakkan Perpecahan


Sahabat-sahabat,
Cuba bandingkan antara dua situasi ini. Kedua-duanya antum gagal. Kedua-duanya sahabat-sahabat antum berjaya. Bezanya, satu insiden bermandikan air mata, satu lagi hanya satu sesalan kecil menjengah di hati. Kenapa berbeza? SPM dan solat Subuh, mana lebih utama? SPM? Subuh?

Semuanya bergantung kepada sejauh mana antum mengambil serius sesuatu perkara. Ada perkara ringan yang kita pandang berat, dan ada juga perkara berat yang kita semua pandang ringan. Tidak dapat menjawab test, antum mungkin sampai termenung berjam-jam memikirkan masa depan paper yang antum ambil itu. Ya, ianya perkara berat cuma kita terlalu memberatkan fikiran memikirkan tentangnya. Peliknya, jika kita gagal menunaikan solat tepat pada waktunya, mungkin ada, tetapi tidak ramai yang sanggup termenung berjam-jam memikirkan kealpaan kita menunaikan waktu tidak pada waktunya. Solat dan test, mana lebih berat? Mana lebih besar? Mana lebih penting?

Jangan sampai perkara remeh temeh membebankan pemikiran kita sedangkan banyak lagi perkara yang lebih penting untuk difikirkan telah kita abaikan dek kerana leka dan hanyut dalam memikirkan tentang perkara-perka kecil ini. Begitu juga cukuplah sahabat-sahabat yang tidak sudah berdebat tentang perkara-perkara furu’ (cabang taupun ranting) dalam Islam sehingga mampu memecahbelahkan ummat Islam yang sedia berpecah belah ini.


Janganlah hanya perbezaan pendapat membuat timbul rasa tidak puas hati yang amat sehingga kita sanggup mengenepikan larangan ALLAH untuk kita bersatu dengan menubuhkan jemaah lain, kafir mengkafir sesama kita. Hindarkan semua ini demi kesatuan ummat Islam. Kita perlu pandai memilih mana satu keutamaan kita sebagai ummat Islam, terutamanya buat mereka yang bergelar pejuang Islam. Jangan sampai tersalah pilih keutamaan hingga terabai perkara yang lebih penting.

Masih ingatkah kita pada janji kita ini?

“Sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, dan matiku hanya kerana ALLAH Sekalian Alam.”


Wallahua’lam...

0 Responses
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN