SemoGa SeLaMat SemuAnYa
YaNG TeRPuJi SeBaiK-BaiK KeMuLiaaN
Assalamu’alaikum wrh wbt...
Sedar ataupun tidak, bagi para penuntut di kebanyakan institusi pengajian awam, semester kali ini akan berakhir tidak lama lagi. Dalam kesibukan membuat persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester, pasti ramai di kalangan sahabat yang sibuk mengulangkaji pelajaran masing-masing bagi memastikan apa yang dipelajari sepanjang semester ini, dapat di’simpul’kan dalam peperiksaan hujung semester. Tidak ketinggalan, ramai juga yang mula melatih diri untuk membiasakan diri menunaikan solat-solat sunat terutamanya solat sunat hajat. Satu perkembangan yang bagus untuk para mahasiswa/i, tetapi diharapkan semangat ini tidak berakhir di sini sahaja. Biarlah ianya istiqamah sepanjang kita menjadi penuntut ilmu sehinggalah dijemput malaikat maut nanti. Amiiin.
Pasti juga sahabat-sahabat tidak lupa bagaimana perasaan berdebarnya ketika keputusan peperiksaan yang akan keluar sewaktu cuti semester nanti. Ada yang gembira, tidak ketinggalan ada juga yang berdukacita. Semoga kita semua mampu menghadapi keputusan peperiksaanmasing-masing dengan hati yang tenang. Berjaya tidak bererti kita hebat, gagal juga tidak bererti kita lemah. Kedua-duanya ada maksud tersirat disebaliknya. Pasti.
Jika berjaya, ALLAH pasti ingin melihat sejauh mana rasa bersyukur kita kepada-NYA kerana semua yang dianugerahkan itu pastinya datang daripada ILLAHI. Jika gagal, pasti ALLAH ingin melihat sejauh mana redhanya kita atas setiap suratan takdir yang telah ditetapkannya atas kita.
Gagal itu pasti, berjaya dan cemerlang itu satu hadiah daripada-NYA. Semoga kita semua memahami makna tersirat disebalik apa yang dikatakan sebagai tawakkal itu. Pada ana, istilah tawakkal setelah berusaha itu agak silap. Kerana usaha tetap usaha, tetapi tawakkal kita adalah sepanjang masa. Kerana kita tidak mengetahui apa yang ditetapkan untuk kita. Mungkin sepanjang kita berusaha tanpa tawakkal, ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Bagaimana?
Ana mengucapkan selamat maju jaya buat semua sahabat seperjuangan. Jangan hanay leka dengan persediaan peperiksaan akhir semester hingga kita lupa persediaan peperiksaan akhir kehidupan nanti...=)
Wallahua’lam...