insYaALLAH
Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can't see which way to go

Don't despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you'll find your way
LaZiMi InsYaALLAH
Kami berlindung dengan-MU ya ALLAH daripada syaitan yang direjam...

Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum wrh wbt...

InsyaALLAH, satu lafaz mudah yang sering kali kita abaikan dalam pertuturan harian kita. Mungkin kerana lupa, mungkin juga alpa, mungkin juga kerana bangga.

Dalam satu kuliah yang disampaikan melalui corong radio beberapa hari yang lalu, ana berkesempatan mendengar kuliah berkenaan lafaz mulia ini. Dalam sirah nabi junjungan Muhammad s.a.w., terdapat satu peristiwa yang wajar kita renungi dan hayati semoga kisah ini menjadi pedoman dan ikhtibar dalam kehidupan harian kita.


Rasulullah Terlupa

Pada suatu ketika, kaum kafir Quraisy sudah hampir putus asa untuk menghalang dakwah mulia baginda Rasulullah s.a.w. Perbagai cara telah dilakukan, pelbagai gelaran telah diberikan. Daripada ‘orang gila’ hinggalah kepada ‘tukang sihir’ semuanya tidak menghalang baginda daripada menyampaikan dakwah mulia ini demi Islam yang dicintai.

Lalu mereka bertemu dengan puak Yahudi, dan bertanya tentang cara lain untuk menyekat dakwah baginda. Akhirnya si Yahudi memberikan 3 soalan, yang mana soalan-soalan ini perlu diajukan kepada Muhammad. Jika benar baginda seorang Rasul, pasti baginda dapat menjawabnya. Lalu pergilah kaum kafir Quraisy ini menemui baginda Nabi beserta dengan 3 soalan ini tadi.
MaLaYSia, oH TaNaH AiR Ku
Kami berlindung dengan-MU ya ALLAH daripada syaitan yang direjam...

Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum wrh wbt...

Jika di Parlimen kecoh dengan isu yang dibangkitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkenaan kaitan One Israel dengan 1Malaysia. Di laman maya tidak berapa lama yang lalu pernah heboh dengan kemunculan simbol-simbol Fremasonary, salah sebuah pertubuhan terbesar Yahudi yang cuba menguasai dunia dengan pelbagai cara, dalam Anugerah Juara Lagu ke-24. Dan kini, ana lampirkan satu surat yang pernah diberikan kepada Mantan Perdana Menteri Israel, Ehud Barak daripada Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri (kini Tun) Mahathir Muhammad meminta dana untuk membantu United Malays National Organization (UMNO) dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum ke-10 pada tahun 1999.

MaRi BeRSaMa BuKTiKan KeCinTaaN KePaDa RaSuLuLLaH S.a.W.
Kami berlindung dengan-MU ya ALLAH daripada syaitan yang direjam...

Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum wrh wbt...


Tindakan biadap golongan kuffar terhadap umat Islam kian menyerlah apabila yang terbaru, 3 akhbar Sweden menyiarkan karikatur yang menghina baginda Nabi s.a.w. Mereka yang tidak serik-serik melakukan perbuatan biadab ini seolah-olah tidak gentar dengan ancaman yang pernah dilafazkan umat Islam suatu ketika dahulu, sewaktu kejadian yang hampir sama dilakukan oleh kartunis Belanda dan Denmark. Ancaman yang pernah dikeluarkan itu nampaknya diambil remeh oleh golongan yang jelas menentang Islam ini kerana... Hmmmm... kerana....
UnTiTLeD (TauBaT SeORaNG HaMBa)
Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa

Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah taubat ku ini

Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redha-Mu ya Tuhan

Di hamparan ini ku meminta
Moga taubat ku diterima
NiKMaTnYa LeTiH
Kami berlindung dengan-MU ya ALLAH daripada syaitan yang direjam...

Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum wrh wbt...


Apabila kita semua terlalu banyak melakukan sesuatu perkara, pasti akan datang satu perasaan yang dinamakan letih. Letih ini pula biasanya datang dalam 2 bentuk, letih fizikal dan letih mental (otak). Keletihan yang dialami oleh fizikal akan menyebabkan kita mengalami sakit-sakit badan. Tetapi jika otak kita yang letih, pasti seluruh tubuh kita akan menjadi layu. Kerana otaklah yang mengawal seluruh aktiviti anggota badan.
SeLaMaT DaTaNG ke KeMBaRa MeNuJu CINTA
Kami berlindung dengan-MU ya ALLAH daripada syaitan yang direjam...

Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum wrh wbt...

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH Ta’ala kerana hanya dengan izin-NYA jua kerja-kerja penambahbaikan blog ini berjalan dengan lancar. Walaupun jarak masa yang ana ambil agak lama untuk proses penambahbaikan ini, namun ana cuma mengharapkan apa yang telah terhidang ini menjadi lebih menarik bahkan lebih bermanfaat kepada anda-yang-sudi-membaca.

Beberapa penambahbaikan telah dilakukan antaranya pertukaran nama blog ini daripada ‘SaVe us frOm ouRseLveS’ kepada ‘KeMBaRa MeNuJu CINTA’. Pertukaran nama ini adalah memandangkan kebanyakan isi ataupun content dalam blog ini yang menggunakan Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris dan juga melihat betapa ‘dekatnya’ makna ‘KeMBaRa MeNuJu CINTA’ kepada ana berbanding tajuk yang asal. Ada juga terfikir nak jadikan laman blog ini kepada ‘SaVe us frOm ouRseLveS, VeRSioN 2.0’, tetapi memandangkan tajuk laman blog ini juga telah bertukar, jadi tidak perlu rasanya. Walaubagaimanapun, URL blog ini tidak dapat ditukar atas sebab-sebab teknikal...=)

InsyaALLAH dengan imej yang lebih ‘menyala’ ini akan menambahkan seri laman blog ini disamping entry-entry yang lebih kerap, padat dan tepat. Tidak seperti sebelum ini di mana ada beberapa entry yang agak panjang dan meleret mungkin membosankan anda-yang-sudi-membaca.

Beberapa link juga telah ditambah bagi memudahkan pengunjung pergi ke laman-laman lain tanpa perlu menggunakan enjin pencari (search enjine).
ReSt 4 a wHiLE
Assalamu'alaikum wrh wbt...

blog Ini akan menjaLaNI prOSeS peNambahBaikAn.

seBaraNG kesuLitaN amaT diKEsaLi
ISLaM di MaLaYSia: ReALiTi dAn HaRaPan [BaHaGiAN 2]
Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum wrh wbt...

Ustaz Mohd Amar, AP 1

Dr. Asri, AP 2


Pusingan pertama

Moderator (Soalan kepada AP 4)
Adakah salah apabila ada di kalangan orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat (PR) menggunakan ayat Quran?

ISLaM di MaLaYSia: ReALiTi dAn HaRaPan [BaHaGiAN 1]
Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum wrh wbt...


Wacana Perdana bertajuk “Islam di Malaysia: Realiti dan Harapan” merupakan wacana perdana yang diadakan di Kelantan Trade Center, Kota Bharu, Kelantan Darul Na’im beberapa minggu yang lepas. Dah lama sebenarnya nak masukkan post tentang wacana ini, cuma ada masalah sikit.
KeTiKa CinTa bERtaSbiH & NuR KaSih: aLTeRNaTif HiBUraN iSLaM
Dengan nama ALLAH Yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

Assalamu’alaikum wrh wbt...


YaHoo MeSSenGeR!
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamu’alaikum wrh wbt...

Tiba-tiba datang ilham untuk ana berkongsi berkenaan dengan teknologi dalam blog ni. Memandangkan ada sedikit kemahiran dalam bidang teknologi maklumat (IT) ini, insyaALLAH sedikit sebanyak ana akan berkongsi apa sahaja yang ana kira bermanfaat untuk dikongsi bersama. Semoga ianya bermanfaat bagi yang sudi membaca...=)

Untuk post pertama berkaitan tajuk ini, ana akan berkongsi dengan antum semua berkenaan dengan cara untuk membuka lebih daripada satu akaun Yahoo Messenger (YM) dalam satu-satu masa.

Caranya senang sahaja:
RaNTai-raNTai PeRJuaNGaN
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamu’alaikum wrh wbt...
Justify Full
Rantaian perjuangan...

Satu ungkapan yang sering didengari oleh kebanyakan para pejuang Islam di luar sana. Baik daripada kalangan pelajar, mahasiswa, mahupun mereka yang berada di medan yang sebenar di luar sana. Persoalannya sejauh mana kita memahami maksud disebalik istilah rantaian perjuangan ini? Kenapa perjuangan ini dikaitkan dengan rantaian?
kHuTBaH AidiL aDHa
Assalamu’alaikum wrh wbt...

Salam Aidil Adha buat semua ummat Islam di seluruh dunia amnya, ummat Islam di Malaysia khususnya. Semoga sambutan ibadah korban pada tahun ini membawa seribu satu pengertian yang amat bermakna buat kita semua. InsyaALLAH...

Dua minggu blog ini sunyi tanpa sebarang post daripada ana. Kesibukan berprogram sepanjang dua minggu ini menghadkan ana untuk bersama dengan laptop dan alam maya sehingga keputusan untuk tidak membawa laptop ke tempat program diambil untuk memudahkan pergerakkan dan gerak kerja. Alhamdulillah, setelah selesai program dan pulang ke kampung halaman, ana dapat juga melepaskan rindu bersama dengan keluarga dan alam maya ini. InsyaALLAH, proses berblog sambil menyampaikan akan terus bersambung hingga ke akhirnya. Amiin...
aPa naK Jadi ni?
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamu’alaikum wrh wbt...

Baru beberapa hari lepas ana ‘memuji’ Kelantan kerana pendekatan Islamnya yang diambil oleh kerajaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Hujung miggu yang lalu, khabaran tidak baik ini menerjah ke fikiran. Apa nak jadi dengan industri sukan tanah air? Inikah yang dinamakan semangat kesukanan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia itu?

Pelik dan jelik. Itu antara apa yang mula bermain di fikiran ana. Memikirkan nasib ummat seagama yang semakin layu dan lalai dalam kesibukan hiburan dunia yang semakin melampau membuatkan ana tertanya-tanya, apa yang mereka nakkan sebenarnya? Kepuasan apakah yang dicari? Dimana silap pemerintahan Tok Guru Nik Abdul Aziz?

Tindakan liar beberapa orang penyokong pasukan Kelantan ini sebenarnya merupakan lanjutan daripada sikap mereka yang juga pernah ‘mengganas’ tidak berapa lama yang lalu ketika pasukan The Red Warriors ini juga tewas di tangan Negeri Sembilan sehingga membawa kepada tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) serta ‘mengharamkan’ perlawanan bola sepak diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu daripada sebarang kejohanan Piala Malaysia. Kini, apa pula tindakan yang bakal dikenakan kepada KAFA.

Insaflah wahai manusia. Bola sepak hanya sekadar satu permainan (ana tertarik dengan pendekatan penggunaan istilah ‘riadah’ daripada istilah ‘permainan’ yang disyorkan oleh Tok Guru). Sejauh manapun kita tidak berpuas hati, janganlah sampai menggadai maruah sendiri dengan mengambil tindakan tidak bertamadun itu.
DaRi SaHaBat kePaDa SaHabaT
Sahabat…
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…

Aku gembira mendengar tangisanmu, kerana pengorbananmu…
Dari melihat tawamu dalam pengkhianatan..

Aku bangga andai di kau mati dimedan kebenaran
Dari hidup dalam kesesatan.
Kerana jangan lupa sahabat…
Muliamu bukan pada pangkat dan harta
Tetapi kerana Islam adalah pakaianmu…
SetaHun YanG LaLu
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamu’alaikum wrh wbt...

Selesai menunaikan solat maghrib berjemaah di surau kolej, ana bersama dua lagi rakan bercadang menuju ke cafe di luar kawasan kolej untuk makan malam. Namun, mesej yang yang terpapar di skrin merupakan satu detik menandakan bermulanya satu episod baru dalam hidup ini.

“Ini mesej dari ayah,” monolog ana sendirian.

“Assalamu’alaikum, atuk tak dapat diselamatkan, dah meninggal dunia... jam 6.55 p.m. Harap tabah... & jangan risau... Banyak bersabar.”

Ana terkedu di muka pintu surau.

“Kenapa?” rakan ana bertanya.

“Atuk aku meninggal...”

Seolah satu gempa yang melanda diri apabila pada saat yang genting itu, atuk ana yang disayangi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Teringat lagi kenangan bersamanya ketika beliau masih lagi sihat.

Makan malam pada malam itu ‘senyap’ tidak seperti selalu. Nasi yang ditempah pun seolah-olah hilang perencah manis masinnya. Air mata tak dapat dibendung lagi. Hanya kesabaran yang nipis dalam diri ini yang mampu menahan diri agar tidak meraung dan meratap di khalayak ramai. Pada saat-saat diri ini bersama beberapa lagi mahasiswa/i menghadapi peperiksaan akhir semester,
GaGaL iTu PaSTi
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Assalamu’alaikum wrh wbt...

Selesai pilihanraya kecil (PRK) DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan beberapa minggu yang lalu, ada antara sahabat ana yang mengucapkan kata-kata ini, “Kalah tu biasa dalam PAS. Yang tak biasanya bila kita menang. Menang tu hadiah daripada ALLAH,”. Ada juga yang berkata, “Kalah tu benda biasa dalam perjuangan. Menang tu yang hadiah,”.

Dan ana akui, kekalahan dalam medan perjuangan memang perkara biasa. Hakikat kemenangan merupakan suatu hadiah istimewa buat para pejuang Islam. Lihat sahaja sirah perjuangan para anbiya’ dan mereka yang berjuang untuk Islam. Kebanyakannya menerima kekalahan dahulu sebelum kemenangan tiba.

Tetapi untuk post kali ini, bukan ini yang ana ingin ceritakan. Hanya sekadar muqadimah.


Gagal vs Berjaya

Gagal dan berjaya merupakan antara ungkapan-ungkapan kita seharian sebagai hamba ALLAH. Tidak ketinggalan juga bagaimana kita sebagai hamba ALLAH menghadapi ujian kegagalan dan kejayaan ini setiap hari dalam hidup. Ya, kita gagal dan berjaya setiap hari. Setiap apa yang kita lakukan ada gagal dan berjayanya yang tersendiri. Cuma sejauh mana kita menilai kebesaran atau keseriusan tahap kegagalan dan kejayaan kita itu.
SemoGa SeLaMat SemuAnYa
Assalamu’alaikum wrh wbt...

Sedar ataupun tidak, bagi para penuntut di kebanyakan institusi pengajian awam, semester kali ini akan berakhir tidak lama lagi. Dalam kesibukan membuat persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester, pasti ramai di kalangan sahabat yang sibuk mengulangkaji pelajaran masing-masing bagi memastikan apa yang dipelajari sepanjang semester ini, dapat di’simpul’kan dalam peperiksaan hujung semester. Tidak ketinggalan, ramai juga yang mula melatih diri untuk membiasakan diri menunaikan solat-solat sunat terutamanya solat sunat hajat. Satu perkembangan yang bagus untuk para mahasiswa/i, tetapi diharapkan semangat ini tidak berakhir di sini sahaja. Biarlah ianya istiqamah sepanjang kita menjadi penuntut ilmu sehinggalah dijemput malaikat maut nanti. Amiiin.

Pasti juga sahabat-sahabat tidak lupa bagaimana perasaan berdebarnya ketika keputusan peperiksaan yang akan keluar sewaktu cuti semester nanti. Ada yang gembira, tidak ketinggalan ada juga yang berdukacita. Semoga kita semua mampu menghadapi keputusan peperiksaanmasing-masing dengan hati yang tenang. Berjaya tidak bererti kita hebat, gagal juga tidak bererti kita lemah. Kedua-duanya ada maksud tersirat disebaliknya. Pasti.
UnTitLED (aNaK SoLeH)
Kami anak-anak mu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku, wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku, wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul junjungan
Moga disyafaatkan
Ya ALLAHU ya RABBI
Ya FATTAHU ya ‘ALIM
Ya RAHMANU ya RAHIM
  • aSMa' ALLAH aL-HuSNa

    PaNJi iSLaM... ALLAHUAKBAR!!!

    DeMi MaSa

    TeNTaNG InSaN KeRDiL iNi

    Foto saya
    INsan Hina YaNg LahiR daRi RahiM seOranG Ibu YAng taK PErnAH MerUnguT MenDidik DiriKu ini... MenGharaPKAn RedhA ILLAHI dAlam PerjUangAn MuLia Ini... MEncaRi KaedAh dAkwAh yanG TerBaik AgAr dAkwah Yang ku Bawa INi MamPu MembAwa leBih RAmai InsAn menGeNal PenCipTA... KiTA hanYalaH sebAhaGian DaripAdA RAntaIan PerjuaNGan yanG PenuH meHnAH dAN TriBulasi... KiTa bUkAnlAh PemuLA, BukAN JUga PenAmat DalAm PeRjUAngAn InI... MoGA ALLAH BerSAMa KiTa Sentiasa...

    MuTiaRa KaTa

    Wahai Tuhan ku Yang Esa
    Bila kenangkan Qahar-Mu
    Rasa gerun di hatiku
    Kerana takutkan seksa-Mu

    Hamba-Mu rasa berputus asa
    Siapakah dapat bersihkan diri
    Dari segala dosa yang memburu
    Setiap hari setiap ketika

    Tika kenang Ghafar-Mu
    Putus asa tiada lagi
    Semangatku pulih semula
    Harapanku subur kembali

    Ujian menimpa menekan di jiwa
    Tak sanggup meneruskan perjuanganku
    Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
    Mengganti hukuman-Mu di akhirat

    Di waktu mengenang rahmat-Mu
    Terasa diri kurang bersyukur
    Pada-Mu harusku bermohon
    Moga syukurku bertambah

    Alangkah susahnya
    Mendidik nafsuku
    Yang dapat melihat kebenaran-Mu
    Bantulah hamba-Mu
    Dalam mendidik jiwaku ini

    YaNG SuDi BeRSaMaKu

    MaNiS BiCaRa iNDaH TuTuR KaTa


    ShoutMix chat widget

    TRaFiK

    KiRaaN KeHaDiRaN