Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua sahabat dan kenalan yang mengenali diri ini, tidak lupa buat mereka yang pernah melawawat blog ini serta mereka yang sudi membaca dan memberi komen yang membina untuk ana terus berada dalam alam maya penuh dugaan dan cabaran ini. Ampun maaf dipinta andai segala perlakuan dan perbuatan ana yang membuat antum semua tersinggung, almaklumlah kerana kekerdilan diri ini yang banyak membuat dosa.
Sambutan raya kali ini agak lain daripada tahun-tahun sebelum ini apabila ketiadaan insan yang disayangi, datuk ana setelah beliau pergi menyahut seruan ILLAHI hujung tahun lepas. Jadinya, inilah pertama kali menyambut Syawal tanpa datuk di sisi.
Meskipun ketiadaan mereka yang tercinta, hidup ini mestilah diteruskan. Tradisi berduka dan bersedih-sedihan ketika datangnya Syawal bukanlah sesuatu yang dianjurkan dalam Islam. Sedangkan 1 Syawal merupakan hari di mana kita meraikan kemenangan setelah satu bulan berjaya bermujahadah melawan nafsu serakah. Buat mereka yang masih gagal dalam merubah diri sepanjang Ramadhan lalu, janganlah berputus asa kerana hidayah itu datang bukan dalam bulan-bulan tertentu. Apa yang penting, kita berusaha bersama dalam usaha kita mencari hidayah ILLAHI agar kehidupan kita lebih diberkati dan dirahmati.
Salam Aidilfitri daripada ana sekeluarga. Maaf Zahir dan Batin...
Wallahu a’lam

Assalamu’alaikum wrh wbt...
Salam kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia. Tahniah kepada semua umumnya kerana berjaya mempertahankan kemerdekaan negara kita selama 52 tahun ini. Semoga kemerdekaan ini kekal hingga ke akhirnya. Amiin...
Apabila orang bercerita tentang kemerdekaan, pasti akan timbul isu berkaitan dengan maksud kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan yang sering diuar-uarkan di media massa serta kemerdekaan yang difahami oleh sebahagian besar muda mudi zaman kini hanyalah berkisah disekeliling ‘kulit’ kemerdekaan itu. ‘Isi’ ataupun main issue berkenaan kemerdekaan ini sering dialpakan oleh ramai pihak.
Lama rasanya ana tak update blog ana ni. Maklumlah, keadaan yang tak mengizinkan dari banyak aspek sedikit sebanyak menghalang ana daripada update blog ni. Walaupun kebanyakan bahan dah siap dan ada juga dalam proses, insyaALLAH ana akan tetap komited dalam berblog selagi diizinkan ALLAH.
Banyak sebenarnya pandangan dan ulasan yang nak ana kongsikan berdasarkan banyak isu semasa yang timbul dari hari ke hari. Tapi nak buat macam mana, keadaan tidak mengizinkan.
Antara isu terbaru yang cukup menarik perhatian ana adalah isu sebat terhadap Kartika. Nak bagi respon memang agak susah. Tetapi dalam keadaan rakyat dan beberapa pemimpin Negara yang 'keliru' dengan pelaksanaan hukuman sebat ini, ana serahkan kepada para pembaca untuk menilai mana baik dan mana buruknya.
Dalam kesempatan ini juga ana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua umat Islam. Kepada semua sahabat seperjuangan di mana jua antum berada, semoga madrasah Ramadhan ini menjadi medan tarbiyah terbaik kita dalam proses kita mendepani cabaran demi cabaran yang mendatang yang pastinya lebih mencabar. Semoga kita semua dapat meraih sebanyak mungkin manfaat daripada bulan istimewa yang dikhaskan buat umat Islam ini.
Wallahua'lam...
Isu yang agak baru. Macam biasa, kenyataan Tok Guru sekali lagi diputarbelitkan oleh media arus perdana yang juga alat Kerajaan BN untuk menghilangkan kepercayaan rakyat kepada PR khususnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Kenyataan yang mana beliau menyatakan UMNO membawa ajaran Islam palsu bukannya Islam yang tulen, serta ajaran Islam palsu ini tak bawa kita masuk Syurga dimainkan oleh media arus perdana supaya Tok Guru seolah-olah sudah hilang ‘pedoman’ sebagai seorang ulama’.
Persoalan yang timbul:
1. Kenyataan tersebut menyatakan UMNO membawa ajaran Islam yang tidak betul dan tidak boleh bawa kita masuk Syurga, bukannya ahli UMNO tidak masuk Syurga. Yang membacanya tidak faham atau boleh dikategorikan sebagai ‘kurang pandai’. Ahli UMNO dan UMNO itu sama ke? Kalau macam itu, Islam dan umat Islam itu samalah. Umat Islam ramai yang melakukan maksiat, nak salahkan Islam ke? Atau nak salahkan umat Islam? Jadi sama ke Islam dengan umat Islam. Kalau tak sama, sama ke UMNO dengan ahli UMNO???
2. Para Mufti turut mengambil tindakan ke atas Tok Guru atas alasan kenyataan itu boleh mengelirukan umat Islam khususnya di Malaysia. Nak tanya sedikit, kalau isu ini boleh dibawa sampai ke pihak mufti, apa cerita dengan kenyataan Tun Mahathir suatu ketika dahulu sewaktu beliau masih lagi menjadi Perdana Menteri (PM)? Bukankah beliau pernah menyatakan Nabi Muhammad tak cukur janggut sebab pada zaman itu tiada Gilette. Apa tindakan pihak berkuasa agama Islam?
Walaupun agak lewat untuk ana respon terhadap isu ini, tetapi ana tetap berdegil nak juga bagi respon. Biarlah orang nak kata apa pun. Yang penting kebenaran tetap ditegakkan.
Isu yang pelik sebenarnya kerana banyak perkara yang boleh kita ambil pengajaran daripadanya dan kita juga dapat melihat bagaimana Kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang ini sedang tenat dan terdesak untuk meraih kembali sokongan daripada rakyat.
1. Sebelum Selangor diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR), 50 tahun Kerajaan Barisan Nasional memerintah Selangor. Ada dibangkitkan isu arak? Sedangkan arak tetap berleluasa dijual di Selangor walaupun yang memerintah Kerajaan BN. Kilang arak yang sebesar-besarnya, yang terletak di Shah Alam dimana kalau anda lalu di kawasan lebuhraya, jelas terpampang kilang arak. Siapa yang bina?
2. Antara isu berkaitan dengan arak ini ialah apabila arak dijual di kawasan majoriti penduduknya Islam (pada ana, istilah Islam lebih tepat daripada Melayu). Masalahnya sekarang, iklan arak di akhbar-akhbar Bahasa Inggeris dan di pawagam macamana pula? Apa Kerajaan BN ingat yang beli surat khabar Bahasa Inggeris itu semuanya orang bukan Islam? Bukan ke ramai pensyarah dan cikgu menggalakkan anak murid mereka membeli surat khabar Bahasa Inggeris ini? Cakap nak memantapkan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Yang duduk melangok di panggung wayang itu bukan majoritinya orang Islam?
Tuduh Tuan Guru Nik Aziz kata Undi Pas masuk syurga
- Tok Guru nafikan dalam sidang akhbar 18/8/2009 di Kota baharu
- Tok Guru hendak saman surat khabar tersebut.
- Kes YB Dato’ Haji Mahfuz yang menang saman fitnah terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harian di Mahkamah Tinggi adalah buktinya. Berita Harian diarah bayar RM120.000 dan Utusan Malaysia kena bayar RM150.000.
- Ini menunjukkan bahawa akhbar ini akan buat apa sahaja untuk fitnah terhadap Pas, kerana mereka tidak takut neraka dan dosa.
Pas dengan Umno sama sahaja
- Jawabnya tak sama kedua-dua ini.
- Macam ikan keli dengan semilang, nampak sama tapi tidak serupa. Keli-keli, semilang-semilanglah
- Dasar Pas ialah Islam yang merangkumi perkara dunia dan akhirat
- Islam yang diperjuangkan oleh Pas ada pahala dan neraka.
- Umno tidak ambil kira soal ini.
- Isteri pemimpin umno dan ahlinya kebanyakan tidak menutup aurat, sedangkan ini ayat yang qat’I yang diarahkan oleh Allah.
SIAPA MENANG PUN SAMA SAHAJA, KAMI TIDAK DAPAT APA-APA
- Dakwaan ini tidak betul
- Kita pilih pemimpin bukan untuk kira kepentingan peribadi kita sahaja.
- Tetapi kena tengok secara menyeluruh apa yang rakyat dapat daripada sebuah kerjaan tersebut.
- Pilihanraya bukan soal berapa panjang parit dan longkang dikorek, bukan berapa meter paip air yang disalur
- Kerajaan PR ia memikirkan pembangunan dan kebajikan rakyat sepenuhnya.
InsyaALLAH kali ini ana akan respon kepada beberapa perkara mahupun isu yang timbul, hangat diperkatakan mahupun dipaparkan di dada akhbar mainstream untuk ana kongsi bersama agar kita boleh menggunakan aqal kurniaan ALLAH ini sebaik-baiknya. Sebelum itu...
Pneumonia, bukan H1N1
Beberapa minggu yang lepas, tahap kesihatan ana di tahap yang agak membimbangkan apabila demam yang ana alami selama hampir 1 bulan tidak menunjukkan tanda ianya akan kebah. Meskipun kebimbangan diserang virus Influenza A H1N1 tinggi dalam diri ana, ana tetap menjalankan kehidupan seperti biasa. Masuk ke minggu ke-3, keadaan menjadi agak membingungkan apabila suhu bandan memuncak. Semua tanda yang menunjukkan ana diserang virus Influenza H1N1 jelas kelihatan, namun menjadi hampa kerana apabila ke klinik doktor hanya memberikan ubat.
Atas kesedaran sendiri, ana mengambil keputusan untuk ke hospital di tempat ana melakukan check sekali lagi. Alhamdulillah, ana hanya disyaki mengidap tanda-tanda awal pneumonia (paru-paru berair). Masih di tahap awal tapi tetap membimbangkan.
Isu 1: Perhimpunan Mansuhkan ISA

Kenapa ISA?
Undang-undang yang telah diperkenalkan sejak zaman awal pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) ini pada asalnya untuk menahan pemberontak Negara yang mengancam keselamatan Negara yang berbilang kaum ini terutamanya di kalangan komunis. Tetapi undang-undang itu sudah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu apabilanya ianya digunakan untuk menangkap mereka yang tidak bersalah. Ramai di kalangan rakyat Malaysia khususnya mereka yang menyebelahi pembangkang (terutamanya daripada PAS dan KeADILan) yang telah diperangkap menggunakan undang-undang rimba ini atas alasan yang tidak munasabah.
Assalamu'alaikum wrh wbt...Mengapa Malaysia?
Malaysia merupakan antara negara di dunia ini yang mengaku bahawa ianya adalah sebuah negara Islam. Itu bukanlah isu utama. Yang peliknya kenapa sebuah negara yang (kalau betullah) merupakan sebuah negara Islam diazab ALLAH S.W.T. dengan azab yang sungguh menyiksakan ini. Meskipun kata mereka yang bertanggungjawab bahawa Malaysia masih lagi dalam keadaan selamat (kes dah cecah 700 lebih pun kira slamat lagi ye... hmmmm...), tetapi mereka bagaikan tidak dapat terus menipu rakyat dengan mengatakan demikian kerana semakin ramai rakyat yang menderita penyakit ini dan semakin banyak tempat awam yang ditutup kerana penularan virus ini.
Tiada sajak untuk disertakan bersama...
Tiada kata-kata indah untuk diungkapkan kali ini...
Tiada gambar-gambar menrik untuk menghiasi...
Yang tinggal hanyalah kenangan bersamamu yang tak mungkin dapat ku lupakan...
Kerana kau tidak meninggalkan ku hanya untuk seketika...
Tetapi kau pergi selamanya menyahut seruan ILLAHI...
Pemergian seseorang yang disayangi dalam hidup ini merupakan sesuatu yang amat memeritkan. Meskipun 'pengalaman' ini adalah sesuatu yang amat baru dalam hidup ana, tetapi kehilangan itu tetap dapat dirasai.
Beberapa bulan yang lepas, ketika saki baki ni'matnya sambutan Aidilfitri serta debaran para penuntut universiti berhadapan saat-saat getir menduduki peperiksaan akhir semester, ana dikunjungi berita pemergian datuk ana beberapa hari sebelum peperiksaan akhir semester berakhir. Meskipun pemergiannya itu berlaku dekat dengan diri ini, tetapi ana dapat rasai pemergian seorang insan yang cukup banyak berjasa kepada diri ini.
Masih ana ingat kata-kata terakhirnya ketika ana berada di kampung sebelum berangkat pulang ke universiti.
"Belajar baik-baik ye, cu..."
Masih dapat ana rasai kesayuan ketika mengingati kata-kata ini walaupun ketika saat artikel ini ditulis.
Kaedah SakaratulmautBukan semua manusia di muka Bumi ini menghadapi sakaratulmaut dalam keadaan yang sama. Bahkan orang Muslim dan Mu'min itu pun mempunyai pelbagai keadaan ketika menghadapinya. Orang yang jahil sakit ketika matinya bukan semata-mata kerana dosa-dosa yang pernah dilakukannya, tetapi ada juga yang tandanya ALLAH Ta'ala ingin mengampunkan dosa-dosanya. Berbeza dengan orang yang 'alim, jika mereka sakit ketika saat kematian mereka, ada dua tanda. Sama ada sakitnya itu kerana ada dosanya yang belum terampun ataupun ALLAH ingin mengangkat darjatnya lebih tinggi di sisi-NYA.
“Hasrizal, bangun!” saya dikejutkan.
Allah… jam menunjukkan pukul 3 pagi. Siapa pula ini?
“Oh, abang. Baiklah saya bangun” saya terkejut melihat abang Zam berdiri di sisi katil. Seperti biasa di tangan kirinya ada sebatang kayu, teman berjalan malam.
Badan saya terasa amat sakit. Maklum sahaja siang tadi sekolah mengadakan sukan tahunan. Saya seperti biasa, mewakili ‘rumah hijau’ untuk acara tarik tali, dan lontar peluru. Sungguh memenatkan.
Tetapi, tidak pula saya menyangka yang tengah malam ini ada usrah. Abang Zam tidak memberitahu terlebih dahulu. Allah sahaja yang tahu betapa beratnya mata, tubuh badan dan hati saya untuk bangun. Tetapi sudah menjadi kebiasaan, usrah tidak pernah ditolak ansurkan.
Saya bersiap. Di dalam gelap malam saya berjalan menuju ke bilik BADAR. Jam sudah hampir 4 pagi. Angin subuh bertiup sejuk mencelahi bukit hijau di pinggir sekolah.
“Kita mulakan usrah kita dengan al-Fatihah” Abang Zam memulakan usrah.
Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras. Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini? Kata Hasan al-Banna, “Apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?”
Mereka menjawab, “solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat Islam adalah wajib”.
Lantas Hasan al-Banna menjawab, “Apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat Islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat? Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian”.
Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da’i Otak Faqih.
Assalamu'alaikum wrh wbt...InsyaALLAH entry kali ana akan berkongsi serba sedikit berkenaan ceramah perdana yang disampaikan oleh Y.B. Tok Guru kita, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersempena dengan Muktamat Parti Islam Semalaysia (PAS) Pusat kali ke-55 yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam yang berlangsung pada malam Ahad, 6 Jun 2009.
Manusia ini dijadikan daripada Nabi Adam a.s. yang kemudiannya, daripada Adam itu manusia berkembang biak menjadi pelbagai bangsa dan warna kulit. Ada antara kita yang dilahirkan sebagai orang Afrika, Melayu, Inggeris dan sebagainya. Oleh itu, adalah sesuatu yang biasa apabila diantara kita sesama manusia bertengkar antara satu sama lain kerana hakikat manusia itu dijadikan berbeza antara mereka. Kita tidak akan jumpa dengan dua orang manusia yang sama hatta dari segi rupa parasnya. Inikan pula pandangan dan pendapat mereka. Adik beradik yang berasal daripada ibu dan bapa yang sama pasti akan ada percanggahan antara mereka. Bukti sains juga ada menunjukkan bahawa manusia itu berbeza dari segi rantaian DNAnya.
Assalamu'alaikum wrh wbt...“Sesungguhnya kubur itu merupakan stesyen-stesyen akhirat. Barang siapa yang berjaya, maka selepas itu ia lebih mudah. Dan barang siapa yang tidak berjaya, maka selepas itu lebih berat lagi.”
Istilah kubur yang digunakan oleh kita masyarakat melayu hari ini merujuk kepada alam barzakh. Oleh yang demikian, meskipun seseorang itu meninggal di lautan, dibaham harimau, ditelan ular sawa, mahupun tidak dijumpai mayatnya;
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiaoda siapa yang sudi membela
Ku tabahkan hati ku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai
Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Ku serahkan segala pada-Mu, Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Sebelum apa-apa, ana ingin mengucapkan tahniah ke atas kemenangan calon Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihanraya kecil (PRK) DUN Penanti semalam. Dr Mansor Osman daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi PRK tersebut dengan majoriti 5,558 undi menewaskan 3 lagi calon Bebas. Tiada apa pun yang nak ana komen di sini melainkan tertanya-tanya tentang satu perkara. Kenapa dan mengapa jumlah mereka yang keluar membuang undi merosot kepada 46.15 % berbanding 82.13 % pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-12 yang lalu? Pelik dan tetap menjadi tanda tanya. Tidak perlulah kiranya pihak berkuasa menjalankan penyiasatan terhadap isu kecil ini tetapi pelik tetap kekal pelik. Adakah mereka di Penanti tidak keluar mengundi kerana memang dah tahu PR akan menang atau ada sabotaj daripada pihak-pihak tertentu???
Assalamu'laikum wrh wbt...Semalam ana baru sahaja selesai mengembara bersama isteri seorang Tok Guru dalam buah tangan pertamanya bertajuk 'Bidadari dari Timur' bersama dengan seorang lagi penulis yang lain. Ana berjaya mendalami perasaan seorang isteri seorang pejuang Islam di mana beliau menceritakan serba sedikit tentang perjalanan rumahtangga beliau bersama dengan insan yang disayanginya itu.
Ana amat tertarik dengan cara penulisan penulis yang cukup arif dalam pemilihan kata-kata yang digunakan dalam pengembaraan beliau bersama dengan para pembaca.
Bandar suci ummat Islam yang ketiga ini nampaknya semakin dilupakan dunia khususnya ummat Islam itu sendiri, termasuklah di negaraku ini. Walaupun hakikat sebenar bahawa rakyat masih kekal menderita jauh di sana, tetapi kita sebagai rakyat yang kononnya prihatin dengan nasib ummat sesaudara kita di sana nampaknya semakin jauh daripada kebenaran sebenar. Ramai lagi rakyat di negaraku ini yang tidak tahu hakikat sebenar yang berlaku di sana.
Walaupin pada awal tahun lalu, banyak usaha yang dilakukan pelbagai pihak termasuklah parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu-individu yang melakukan pelbagai usaha mengutuk dan melaknat perbuatan kejam sang Yahudi laknatullah itu, tetapi akhir-akhir ini, berita tentang penderitaan rakyat Palestin bagaikan terus dipinggirkan. Yang banyak difokuskan hanyalah berkaitan dunia hiburan yang semakin menjelekkan itu.


